"Sunglass" Mommy, "Sunglass" Ash???

Farah Waheda Wahid
5

Nampak-nampak gayanya dah mula kena beli sepasang lagi cermin mata hitam ni... #ehh 2 pasang, satu untuk diri sendiri dan satu untuk anak teruna Farah yang seorang ini sahaja... Ekekekeke.... kerana? Kerana dia pun dah mula pandai nak bergaya dengan "sunglass" dari perwatakan semasa... 

"Sunglass" Mommy ibarat dah jadi "sunglass" Ash... Bila naik sahaja kereta dia akan tergamit-gamit meminta cermin mata hitam Farah sebelum Farah sendiri yang sempat memakainya... Hushh... habis Mommy nak pakai apa ni sayang intan payung Mommy??? Ahakss... Mommy pakai "sunglass" tu sebab silau bila memandu dan kadang-kadang bila matahari mencacak mata terkecik-kecik dan sesekali rasa tidak selesa akibat mata pedih dek kerana sinaran matahari... Al-maklumlah... Mommy awak ni ada "astigmatisme"... 

Tak boleh nak buat apa dah... sebabnya dia dah "conquer"... Betullah, anak-anak kecil ni cepat sungguh menyerap apa yang kita lakukan... Ini semua gara-gara kerana dia melihat Mommy sering memakai kaca mata hitam lah ni ketika memandu di tengah hari dan matahari mencacak di atas kepala dan juga ketika jalan-jalan ambil angin di siang hari kalau Mommy dia rasakan perlu. Apa yang dilihat, itu yang ditiru... 

"Moral of the story" serta peringatan kepada diri sendiri... Sentiasalah beringat untuk menjaga tutur kata serta tingkah laku dan perbuatan kita sebagai orang dewasa dan ibu bapa di hadapan anak-anak... Kita tidak mahu anak mengikut contoh yang tidak baik kan? Makanya, kita terlebih dahulu harus menunjukkan contoh yang baik, perilaku yang baik, tutur kata yang baik di hadapan anak-anak... Janganlah kita ni pula yang melakukan serta mengatakan yang bukan-bukan di hadapan anak-anak, kerana sekiranya berlaku anak-anak mengatakan atau melakukan perkara yang tidak kita ingini... jangan kita salahkan anak-anak... lihat pada diri kita sendiri dahulu dan kaji kembali apa yang pernah kita katakan atau tunjukkan di hadapan mereka... 

Bukan senang kan nak mendidik anak-anak? Lebih-lebih lagi di zaman teknologi serba canggih ini... Banyak cabarannya... Patutlah ada kata-kata yang terkeluar seperti tidak pandai mengajar anak... serta perumpamaan, bapa borek anak rintik.... ataupun boleh jadi ibu borek anak rintik... Hu hu hu... Bukan kata sesiapa tau... Ini lebih kepada peringatan kepada diri sendiri... Jangan nak mengada-ngada dan perasan Farah nak tuju pada sesiapa... Babap karang... Ekekekeke.... 

Post a Comment

5Comments

DISCLAIMER: All content provided on this "Bubblynotes.Com - Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger" blog is for informational purposes only. The owner of this blog makes no representations as to the accuracy or completeness of any information on this site or found by following any link on this site. The owner of Bubblynotes.Com -Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger will not be liable for any errors or omissions in this information nor for the availability of this information. The owner will not be liable for any losses, injuries, or damages from the display or use of this information. This terms and conditions is subject to change at anytime with or without notice.

  1. wahh ash dah nak pakai sunglass. Nanti minta mummy beli satu ye. Heheh :D

    ReplyDelete
  2. budak memang suka sun glasses ni.. tp tkut gak rosak mata klu selalu bg pakai kan... klu kejap2 ok je.. ihihhi

    ReplyDelete
Post a Comment

#buttons=(Accept !) #days=(20)

Bubblynotes.Com uses cookies to enhance your experience. Check Now
Accept !