Siapa Bosan Teman Isteri Membeli-Belah??? Sini Ada Tips-nya...

Farah Waheda Wahid
2
Sumber dari Google
Lorrr sampai macam ni sekali bosannya abang dalam gambar ni temankan isteri membeli-belah... Ahaksss... biasa lihat atau pernah lihat tak keadaan ini??? Si suami bosan menemani isteri yang membeli-belah lama sangat.... sampai terduduk di satu sudut melayan telefon sampai begitu rupa...Errr... ye ker? Lama sangat ke orang perempuan ni kalau ber-"shopping"??? Elehhh, lelaki pun ada yang sama juga kannnn??? Kalau membeli-belah ambil masa yang lama...Ha ha ha...Ada jer lelaki yang "shopping" macam perempuan... Sama ada lelaki yang akan bosan ataupun wanita yang akan bosan... "either or"... he he he... 

Ada lelaki yang bila dah bosan setiap kali menemani isteri membeli-belah ni akan jadi "moody"... Bila jadi "moody" jelas kelihatan di raut wajah, bila isteri dah nampak muka suami dah berubah... "mood" suami dah berubah, terus rasa serba salah dan tak sedap hati nak membeli-belah... terus rasa macam alahaiiii macam tak syoknya... Tak pernah mengalami, sebab tak pernah ada masalah membeli-belah bersama-sama...ihikss... Kami sama-sama suka menghabiskan masa yang panjang kalau memilih dan membeli barangan...cumanya boleh bayangkan sebab pernah nampak depan mata sendiri kejadian seumpama ini berlaku. Yang si suami tinggikan suara marah isteri pun Farah pernah saksikan... 

Tapi kann...inilah nak cerita pada para suami ataupun tunang ataupun kekasih di luar sana yang mengalami masalah bosan bila menemani pasangan masing-masing membeli belah ni... sebenarnya... "shopping" itu memang menyeronokkan jika kena pada caranya... ekekekeke.... Ada sedikit tips dari artikel di SINI...

1. Berniat hiburkan isteri atau pasangan ketika "shopping"... "sebagai suami / tunang / kekasih, aku ingin menghiburkannya kerana Allah Taala". Jika niat ini benar-benar ikhlas datang dari hati kita, sekaligus terpancar sinar kegembiraan pada wajah. Teruskan niat ini sepanjang sesi membeli-belah. Haippp...ini bukan Farah yang kata yer...artikel yang kata... Farah kongsi jer... 

2. Kosongkan aktiviti anda pada hari itu semata-mata untuk bersamanya. Usah sesekali membuat janji temu dengan sesiapa selepas "shopping"... Ngeee... "specially just for us" lah kann??? ^_* ... Ini kerana, waktu kecederaan yang diambil oleh wanita, biasanya melebihi 50% dari yang dijanjikan. Lebih membimbangkan nanti, orang yang dijanji telah menunggu tetapi isteri atau pasangan masih beratur di kaunter bayaran. Akhirnya kemanisan yang dikecapi 4 jam tadi tercemar dengan hanya 4 minit kelewatan si isteri atau pasangan.

3. Alangkah bagusnya jika anda meletakkan "silent mode" pada telefon bimbit. Terhindar daripada sebarang gangguan. Huiyooooo... entahlah secara jujur rasa macam tak praktikal pula yang ini. Ekekekekee.... 

4. Sewaktu dalam perjalanan ke pusat membeli-belah, eloklah tanyakan kepada isteri atau pasangan barangan yang ingin dibeli, jenis, alternatif yang boleh dia terima jika kehendak pertama tidak ditemui dan julat harga yang dijangkakan. Ini membolehkan mereka lebih bersedia dan berseronok dapat membeli barangan kesukaan mengikut bajet anda.

5. Setibanya di butik atau kedai, buat-buat sibuk dengan membantunya mencari barang diingininya. Jangan sekadar "happy wheels demo" berdiri tercegat di pintu kedai atau tinggalkan dia sendirian sambil kita pula merayau ke kedai lain.

6. Wanita selalunya suka minta pandangan kedua sebelum membeli. "Tengok ni abang, cantik tak kain ni kalau saya pakai?". Jangan terus kata "OK, lawa" dan kemudian terus senyap. Beri pendapat disertakan dengan sedikit kata-kata pujian. Ahaksss... "But this does not work for me"...Kalau "I is" dah nak yang itu, itu juga yang jadi pilihan walaupun minta pendapat...ekekekeke... sebab nak tengok pandangan kedua, kalau rasa bernas bolehlah digunapakai kan? Kalau rasa berat jer... Cakap jer terus terang... "Tapi, "I" suka yang ini sebab..."...Sudahnya... "Ok, ikut suka hati "you"..."...Ekekekeke... 

7. Sekiranya dia meminta pandangan mengenai sesuatu barang yang ingin dibeli, jangan terus membelek tanda harga. Perbuatan ini mungkin mengakibatkan sentap... Ho ho ho...Berilah dulu pandangan kita dari sudut nilai estetiknya. Sebab faktor harga adalah penilaian terakhir buat mereka. Wanita ni kan, sanggup jer berbelanja lebih jika barangan itu memenuhi keperluan dan kehendak mereka.

8. Mata tu mata, jaga sikit, jangan terlampau sangat menjeling wanita lain yang sedang "shopping". Dia nampak tauuuu... Lainlah jika anda mengusik jurujual wanita itu dengan alasan untuk membantunya tawar-menawar harga barangan.

9. Sebelum isteri atau pasangan mencuba pakaian luar atau dalam, masuk dan periksa semua bahagian kecil di bilik salin baju untuk memastikannya bebas daripada sebarang kamera tersembunyi. Bimbang juga kan kalau-kalau ada yang merakam dan menyebarkannya ke internet? Sekarang ni kan bahaya... 

10. Ini untuk yang dah berkahwin yer tidak sesuai untuk tunang ataupun kekasih... setibanya di rumah, bantu dia buka barangan yang dibeli tadi. Pasti dia teringin mencuba sekali lagi. Pujilah dia, kerana bijak memilih barangan itu. Tidak rugi punnn mengambil hati.

Ha ha ha, rasa-rasanya bolehlah mencuba yer semua insan yang bergelar lelaki... tengok "whether it works or not"...dan sama ada bosan menemani pasangan membeli-belah tu hilang ke tidak? Daaaa.... 

Post a Comment

2Comments

DISCLAIMER: All content provided on this "Bubblynotes.Com - Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger" blog is for informational purposes only. The owner of this blog makes no representations as to the accuracy or completeness of any information on this site or found by following any link on this site. The owner of Bubblynotes.Com -Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger will not be liable for any errors or omissions in this information nor for the availability of this information. The owner will not be liable for any losses, injuries, or damages from the display or use of this information. This terms and conditions is subject to change at anytime with or without notice.

  1. Alhamdulillah... So far ok stkt ni.. Cuma sy kurg bershopping sjak aada ank yg sdg mmbsr ni...

    ReplyDelete
  2. hahaha tips yang best...boleh la sy praktis kan nnti ;p

    ReplyDelete
Post a Comment

#buttons=(Accept !) #days=(20)

Bubblynotes.Com uses cookies to enhance your experience. Check Now
Accept !