Sendiri Panjat Sendiri Turun... Mommy Semput!!!

Farah Waheda Wahid
6
Semalam memang dah peruntukkan untuk "bonding time" secara santai dan sememangnya tiada sebarang aktiviti di luar sangat... Sengaja peruntukkan untuk Ash dan Mommy berdua sahaja secara eksklusif... Ahakss... secara eksklusif sangattt "uolss"... Iyalah... tak lama lagi kan Ash bakal ditinggalkan semalam... Nak kata lama pun tidak, tak lama pun tidak... tengah-tengah... Boleh rujuk entri Bakal Ditinggalkan Semalam!!! dan Malam Mesti Menangis Teresak-Esak Punya Ni... "Confirm!!!"... Makanya semalam kami berdua beranak boleh dikatakan agak lekat di rumah jugalah... setelah berminggu-minggu hujung minggu padat dengan aktiviti-aktiviti yang sangat menggembirakan serta mengujakan kami... ihikss... 

Mulanya pagi sehingga pukul 4.00 petang macam tu, kami maraton kartun yang Ash suka dan bila Ash tidur Mommy pula maraton "movie"... Perghhh... lama dah tak maraton macam ni... Sesekali seronok juga layan... Selepas itu, petangnya kami jalan-jalan di tepi tasik, "evening walk" kaedahnya... ambil angin jalan-jalan... cuaca pun baik jer... Tiba-tiba... Ash ajak naik kereta dan tunjuk-tunjuk ke arah sesuatu... Ahhh... sudah, nak ajak ke mana pula budak kecik ni... Ikutkan... Masukkan Ash dalam kereta dan kemudiannya... terasa nak bawa dia ke "indoor playground"... Teruslah kereta menuju ke kawasan "indoor playground"... 

Sampai-sampai sahaja di situ, suis terpasang pula tiba-tiba Ash... Sangat teruja, sangat seronok, sangat becok mulutnya... Dan mentang-mentanglah dah dapat kaki kannn??? Semua nak buat sendiri... 





Sendiri panjat sendiri turun... tapi dengan pengawasan Mommy lah semestinya... tak ada makna nak bagi lepas macam tu sahaja... masih kecil lagi dan orangnya pun kecil molek sangat... Mana boleh biarkan... Biarpun taman permainan itu "indoor" dan bukannya "outdoor"... Keselamatan Anak Di Taman Permainan, haruslah dipantau... Kalau jadi apa-apa, nanti Mommy jugaaa yang susah hati dan susah... Sebelum apa-apa baik beringat yer tak??? 

Panjat dan turun, panjat dan turun... ok dia dah mula seronok... bha ha ha... yang Mommy dah mula semput nak mengawal... dan dah mula berpeluh... sebab Ash lagi cepat dari Mommy, jadi Mommy kena lebih cepat dari Ash... Ha ha ha... Bagus juga macam ni... senaman... nak tunggu bersenam sendiri entah bila pula yer tak? Asyik sibuk dan tidak berkesempatan sahaja selalunya.. jadi kita bersenam dengan anak pula seadanya... 

Lama-lama tak boleh jadi... sebab seperti tiada tanda-tanda dia mahu berhenti atau penat. Lagi ramai kawan-kawan lagi naik syeh dia... Amboiiii... kemainnn.... seronok betul dia berkawan yer??? Bila kawan-kawan semua dah mula nak balik, dia tak nak juga berhenti... dush dush dush... Ok... sudahnya sebab nak pujuk dia balik dan Mommy tak larat dah berpuluh kali naik dan turun berlari nak tangkap dia dari bawah papan gelongsor tu... Mommy pun naik dan pegang Ash dan turun bersama-sama Ash... Bha ha ha... Jadi bebudak sekejap... 

#ehh tapi seronok juga... dah lama tak layan papan gelongsor... muahahaha... teringat pula zaman kanak-kanak dahulu... Balik tak? Mestilah balik takkan tak balik pula... Dalam kereta, ada orang tu kannn... habis sebotol air suam dihisapnya... dahaga lettew dah bersenam dan bermain sepuas-puasnya tu... Ahaksss.... 

Post a Comment

6Comments

DISCLAIMER: All content provided on this "Bubblynotes.Com - Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger" blog is for informational purposes only. The owner of this blog makes no representations as to the accuracy or completeness of any information on this site or found by following any link on this site. The owner of Bubblynotes.Com -Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger will not be liable for any errors or omissions in this information nor for the availability of this information. The owner will not be liable for any losses, injuries, or damages from the display or use of this information. This terms and conditions is subject to change at anytime with or without notice.

  1. Ash dan mommy mengisi masa bersama ye..suka suki..ash main sendiri..mommy memerhati..yeyy..

    ReplyDelete
  2. hehehe dah besar dan jadi hero dah nie ;)

    ReplyDelete
  3. hehehe anak jantan gitukah farah !

    ReplyDelete
  4. Bestnya tgk Ash...Aqil xmo main ni.takutttttttttt...wuuuuuu

    ReplyDelete
Post a Comment

#buttons=(Accept !) #days=(20)

Bubblynotes.Com uses cookies to enhance your experience. Check Now
Accept !