Semakin Hari Semakin Manja???

Farah Waheda Wahid
6

"Selfie" dengan gaya yang berbeza kaedahnya anak teruna Farah yang seorang ini. Beginilah lagaknya pada hujung minggu yang lepas. Melekat sahaja dengan Mommy dan tidak mahu lepas langsung... Mommy ke dapur dia pun ke dapur, pegang jer hujung baju Mommy. Awak risaukan kalau-kalau dia terjatuh... Mommy ke hadapan dia pun ke hadapan... Hu hu hu... Macam ada bau jer ni? Ihikss...Bau apa? Bau nak kena tinggal selama semalam tak lama lagi... Al-maklumlah, kami berdua kan tidak pernah berengang walau semalam punnn... Inilah kali pertama kami akan berjauhan semalam... Huwaaaaa... Mommy pun sama Ash, berat hati nak tinggal Iman Ash ni... Begitulah nama panggilan yang Farah selalu panggil dia... Iman Ash... 

Bila Ash macam ni, lagilah Mommy berat hati nak tinggalkan Ash... Terlalu manja??? Ash memang manja, tetapi tidak terlalu manja... Ho ho ho, Iman Ash adalah seorang anak teruna yang manja...Untung "uolss" siapa dapat jadi "girlfriend" Iman Ash...Ahakss... Bakal-bakal lelaki romantik dan penyayang ni... Ihiksss...Ke situ pula Mommy kannn??? Ok ok, jangan melalut... jangan ke laut, jangan ke darat... 


Tapi biasalah, anak-anak ni punya rasa kan? Kalau nak dapat adik lain getar ragamnya...#ehhh tapi Ash belum nak dapat adik lagi...Wakakaka...Tak ada sebarang "planning" pun lagi... Dan tak terfikir pun lagi... Kan dah cakap ulang-ulang kali, tak perlu nak ulang lagi kann??? Dan bila nak ditinggalkan pun lain getar ragamnya... Hek sikit Mommy, hok sikit Mommy... Serius... memang langsung tak boleh berenggang, menjadikan Mommy sangat-sangat berat hati, tapi tak boleh nak buat apa lah punn, nak tak nak, mahu tak mahu, Mommy terpaksa pergi juga...Arahan kerja ni anak oiii.... Bukan Mommy suka-suka pergi berjimba begitu... Hu hu hu, kalau berjimba sudah tentu-tentu Mommy akan "carry" Ash sekali... Ikutkan hati ini memang nak bawa jer dia... Hu hu hu, tetapi, itu kenyataan, ada satu-satu masa Ash kena belajar ditinggalkan Mommy seketika... 


Ini kalau tengok gambar-gambar ni nanti bila tiba waktu tu, mau Mommy meraung sakan ni... muahahahaha... Nampak sangat perasaan terganggu nak tinggalkan anak, sebab dah lebih 2 kali dah ni bercerita perkara yang sama...Ihikss...Maafler kalau-kalau ada yang boring... Tapi betullah, semakin hari semakin manja Ash ni... Hu hu hu, ciri-ciri "Mommy's Boy" pun ada ni... Tapi memanglah pun kann? Anak manja Mommy... La la la la... 

Oh ya...manja manja juga, tetapi ada batasannya... Bila Anak Terlalu Manja... "Are They The Boss???"... Dengan Mommy tak mungkin... Bagi para ibu bapa, sila klik tajuk entri yang dipautkan untuk mengenali 10 tanda perilaku yang menunjukkan ciri-ciri anak manja yang mungkin sukar dikawal dan bagaimana untuk anda segera bertindak menanganinya sebelum terlambat... *_^ 

Post a Comment

6Comments

DISCLAIMER: All content provided on this "Bubblynotes.Com - Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger" blog is for informational purposes only. The owner of this blog makes no representations as to the accuracy or completeness of any information on this site or found by following any link on this site. The owner of Bubblynotes.Com -Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger will not be liable for any errors or omissions in this information nor for the availability of this information. The owner will not be liable for any losses, injuries, or damages from the display or use of this information. This terms and conditions is subject to change at anytime with or without notice.

  1. ank sy pn skrg ni manja jugak..nak dpt adik lg manja kot asenye hehe...kdg2 nak berdukung..g bilik air berdukung, nak g dapur berdukung ( kdg dtg mood dia lah), lepas tu memang xblh mrh lgsg,mula lah buat muka sedih..memang lucu...dia baru2 ni je pndi buat muka sedih tu..xtahu lah belaja dri mn.hehe

    ReplyDelete
  2. cmner nak jadi abg long ni makin manja...
    kang jeles pulak ngan adik.
    hehehhehehehehehhe.

    ReplyDelete
  3. Anak lelaki saya ni pun manja melampau..padahal saya ni garang tak tahu nak cakap la..tapi dia punya ciri2 anak manja yang ada dalam senari tu memang ada..letih dah nasihat,pujuk tapi tak tahu la..kena banyak kan ushaa lagi..mungkin...

    ReplyDelete
Post a Comment

#buttons=(Accept !) #days=(20)

Bubblynotes.Com uses cookies to enhance your experience. Check Now
Accept !