Santai Di Bongkah...

Sumber dari SINI
Diri sendiri tidak pernah menyampaikan diri ke Bangi Gateway lagi sebenarnya. Masih belum berkesempatan dan masih tidak tahu apa yang ada di sana untuk menarik diri ini ke sana. Ekekekeeke...Tetapi, tiba-tiba telah terjumpa dengan sesuatu yang mungkin boleh menarik minat diri ini dan juga ibu bapa lain di luar sana. Agak-agak kalau bosan-bosan di hujung minggu atau musim cuti sekolah...bolehlah datang beramai-ramai ke Bongkah

Bongkah??? Iya, tempat ini diberikan nama Bongkah. Satu pusat permainan yang berasaskan blok LEGO. Dan kita semua tahu bahawasanya, melalui permainan LEGO kanak-kanak bukan sahaja dapat mencipta daya kreatif mereka tetapi juga dapat mengembangkan lagi kemahiran kognitif mereka. Ianya mampu meningkatkan imaginasi, kuat meneroka dan memanipulasi benda-benda yang menarik perhatian mereka. 

Jadi apa yang menarik di Bongkah ni?

1. Pelanggan boleh menyewa set LEGO untuk dibina dalam masa sejam dan boleh ditambah jam permainan jika mahu.

2. Bongkah menyediakan 30 set LEGO dari pelbagai tema seperti City, Star Wars, Lone Ranger, Hobbit, Chima dan Ninjago. Bilangan set bertambah dari minggu ke minggu.

3. Terbuka kepada pelanggan berusia 4 sehingga 99 tahun. Ha nampak bukan setakat kanak-kanak, ibu, bapa, atuk, nenek semua boleh bermain dengan LEGO di sini. Sebab LEGO ni bukan setakat kanak-kanak jer yang minat. Kita yang dewasa ni pun minat kan? kan? kan? 

4. Dengan keahlian biasa (RM50 setahun) anda akan mendapat satu LEGO Polybag, 2 LEGO Collectible Minifigure (CMF), 1 akses PERCUMA sejam pada hari lahir ahli (boleh ditebus pada hari lahir ahli atau seminggu sebelum atau selepas hari lahir ahli). Set akan diberi setiap 4 bulan sekali, bermula dari hari pendaftaran. Ahli boleh memilih set mana yang mahu ditebus dahulu. Jenis Polybag/CMF berubah mengikut tahap stok semasa. 

5. Jika keahlian V.I.P (RM100 setahun) anda akan mendapat satu LEGO Polybag, 4 LEGO Collectible Minifigure (CMF) dan 2 akses PERCUMA sejam yang boleh ditebus pada bila-bila masa. Set akan diberi setiap 2 bulan sekali, bermula hari pendaftaran. 

Macam mana pula dengan harga pakej??? Bayaran ialah RM 15/sejam; setiap jam kehadiran melayakkan anda mendapatkan 1 cop kehadiran. Kumpul 10 cop kehadiran untuk mendapatkan satu kemasukan PERCUMA sejam yang boleh ditebus pada bila-bila masa.

Waktu lawatan? Dibuka setiap hari kecuali ISNIN, 11 pagi sehingga 8 malam.

Menarik juga kan? Kalau tak tahu hendak ke mana membawa anak-anak, bolehlah bawa ke sini. Di mana??? 

Bongkah
D-2-2, Bangi Gateway
Persiaran Pekeliling
Seksyen 15
43650 Bandar Baru Bangi
Selangor Darul Ehsan

Instagram:
#bongkah


Hubungi:
010 - 267 0927 
(Kamarul / Jijie)

Sumber: SINI

Dapatkan Artikel terbaru dari Situs ini melalui e-mail Anda.

Author : Farah Waheda Wahid Terimakasih telah berkunjung

Artikel Santai Di Bongkah... , diterbitkan oleh Farah Waheda Wahid pada hari Tuesday, April 14, 2015.Enjoy Reading this!.About me: Farah Waheda Wahid Working Mommy Blogger of 1 (a boy). I blog about everything that moms love...mommyhood, beauty, fashion, health, food, tech and travel. Being a mom of 1 young kids, I like to find a balance between blogging about family related topics and things that are just for mom :) My blogs primary objective is to share my experiences with my readers, so it might help them with anything similar they may be experiencing, or to introduce them to new ideas. I blog from Selangor, Malaysia and have a preschooler toddler.

8 comments:

  1. Bestnyaaaaaaaa..... Nanti nanti nak jadi ahli la...

    ReplyDelete
  2. aik... ade gak ehhh... mcm nak g jer... hehehe... ade pass free tak? Wakaka...

    ReplyDelete
  3. Seronok bawa anak2 kat sini kan Waheedah..

    ReplyDelete
  4. ohhh ada yer dekat Bangi... akk baru taww.. ni kalau bagitau Adam dia suka ni.. sebab dia mmg minat Lego..

    ReplyDelete
  5. Bestnye kalo dpt bw ank2 main di sana nnt...area situ best sbb ada byk butik tudung..sambil menyelam minum air ^^

    ReplyDelete
  6. Ada aje org idea nak buat business kan Farah.
    Tapi ini idea bagus dan pasti menarik ramai org berkunjung.
    JB ada legoland di Bangi ada bongkah.. asasnya lego.

    ReplyDelete
  7. wahh menarik gak ni... tak yah beli semak umah, pi main & semakkan kat sana jer hehehehe

    ReplyDelete

DISCLAIMER: All content provided on this "Bubblynotes.Com - Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger" blog is for informational purposes only. The owner of this blog makes no representations as to the accuracy or completeness of any information on this site or found by following any link on this site. The owner of Bubblynotes.Com -Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger will not be liable for any errors or omissions in this information nor for the availability of this information. The owner will not be liable for any losses, injuries, or damages from the display or use of this information. This terms and conditions is subject to change at anytime with or without notice.

Shoplinks Asia

iWON.MY