Roomage.MY Solusi Penjimatan Ruang Bilik Tidur Anak...

Farah Waheda Wahid
5
Pagi-pagi Sabtu Farah ada terjumpa satu laman Facebook yang menarik dan ianya terus menarik diri ini untuk melawat ke laman web rasmi mereka. Iaitu Roomage.MY. Jika sebelum ini kebanyakan dari kita kemungkinan hanya tertumpu kepada satu pusat pembelian perabot atau kelengkapan bilik tidur anak-anak kepada sahaja, mungkin kini kita telah pun mempunyai alternatif lain ke arah itu. 

Penjimatan ruang bilik tidur yang sempit adalah satu masalah yang mungkin dihadapi oleh kebanyakan ibu bapa di dalam menata rias bilik tidur anak-anak. Kadang-kadang tu, rasa semacam kita telah meminimakan penggunaan ruang bilik tidur anak-anak tetapi masih juga kelihatan sempit dan sesak. Mungkin Roomage.MY adalah penyelesaian terhadap masalah ini. Cuba lihat apa yang mereka tawarkan... 

Sumber dari SINI
Sumber dari SINI
Sumber dari SINI
Sumber dari SINI

Al-maklumlah memandangkan Ash dah menginjak ke usia 1 tahun 5 bulan, Farah sudah mula terfikir-fikir dan teruja untuk menyediakan satu bilik di atas yang sememangnya kosong dan menghias serta menjadikannya sebagai bilik tidur Ash. Ahakss bukan sudah mula untuk memisahkan tidur antara kami berdua, silap-silap kalau bilik ini disediakan seawal ini, mahu Mommy pun tumpang tidur sama. Dan dalam penyediaan bilik tidur ini, seharusnya ianya sesuatu yang nampak moden dan menjimatkan ruang dan Ash pun rasa suka sahaja untuk masuk ke bilik tersebut. 

Terpikat pula jadinya dengan rekabentuk perabot bilik tidur yang ditawarkan oleh Roomage.MY... Ada yang rasa tertarik juga? 

Untuk Maklumat Lanjut: 



Post a Comment

5Comments

DISCLAIMER: All content provided on this "Bubblynotes.Com - Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger" blog is for informational purposes only. The owner of this blog makes no representations as to the accuracy or completeness of any information on this site or found by following any link on this site. The owner of Bubblynotes.Com -Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger will not be liable for any errors or omissions in this information nor for the availability of this information. The owner will not be liable for any losses, injuries, or damages from the display or use of this information. This terms and conditions is subject to change at anytime with or without notice.

  1. Ash...cepat pilih...mummy nak belikan tu....

    ReplyDelete
  2. aisehhh.... mmg jimat ruang.. ada modal boleh jalan :) nice idea

    ReplyDelete
  3. Ermm nice gak ni...tp poket kena tebal gak ni...hee3...

    ReplyDelete
  4. cantiknya! kalau camni mak budak pun nak duduk bilik budak hehehe

    ReplyDelete
Post a Comment

#buttons=(Accept !) #days=(20)

Bubblynotes.Com uses cookies to enhance your experience. Check Now
Accept !