Projek Ubahsuai "Porch" Rumah???

Farah Waheda Wahid
9
Borak-borak kosong dengan Nek Ma Ash semalam... Nek Ma kata bukan tak beri Ash bebas bermain di luar rumah di kawasan "porch" sewaktu Mommy dia bekerja, tetapi cuaca di kawasan taman perumahan Farah terlalu terik dari seawal 10.30 pagi berlarutan sehingga ke petang. Hurmm... memang iya pun... kawasan taman perumahan kami ni panasnya teriknya semacam. Kalau jemur kain tu tak ada masalah untuk kering dengan cepat, lewat angkat jemuran sedikit pun kain baju boleh jadi garing, warna pakaian akan mudah luntur. Jadinya kalau menjemur itu, kena angkat cepat-cepat ikut "timing" kalau dah kering... Dan cukuplah kalau berjemur seketika kulit akan menjadi gelap. 

Dalam borak-borak itu terselit "hint" permintaan untuk ubahsuai "porch" rumah supaya berbumbung dari Nek Ma Ash... muahahaha... Memang Farah tak pernah ubahsuai kawasan hadapan rumah pun, Farah cuma mengubahsuai dalaman sahaja. Aduyaiii... dah ada permintaan dah tu. Memang terlintas di dalam hati tentang projek ubahsuai "porch" rumah ni... Dan yang berada di dalam kotak pemikiran... 

Sumber dari Google
Nak lakukan sebegini... ^_^... cuma modalnya sahaja belum ada lagi... Kalau nak buat, bagi Farah haruslah buat betul-betul supaya puas hati kan? Sebab nak tinggalnya lama... dan biarlah kepuasan melihat keadaan rumah sendiri itu datang. Kalau tidak, Farah rasa ibarat macam terkilan pun ada? Ha ha ha... boleh macam tu? 

Kalau nak cepat tu, boleh jer... tapi buat jenis yang begini lah... 

Sumber dari Google

Boleh... tapiii Farah kurang gemar... haaa macam mana tu? Buat sementara? Tak mahulah, nanti nak buat yang lain melibatkan kos lagi... Hu hu hu... Makanya, baik tunggu dulu sampai dana betul-betul ada, kemudian baru mulakan projek pengubahsuaian "porch" tu... Nak tunggu sampai bila? In Shaa Allah ada rezekinya tu nanti...Ash dengan Nek Ma bersabarlah yer untuk seketika... In Shaa Allah, bukan dalam waktu terdekat tetapi bukan juga dalam tempoh masa yang sangat jauh. Beri ruang dan peluang Farah selesaikan satu persatu yang perlu diselesaikan dahulu.

Jika rezeki itu ada, pastinya tidak ke mana yer tak? ^_*

Post a Comment

9Comments

DISCLAIMER: All content provided on this "Bubblynotes.Com - Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger" blog is for informational purposes only. The owner of this blog makes no representations as to the accuracy or completeness of any information on this site or found by following any link on this site. The owner of Bubblynotes.Com -Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger will not be liable for any errors or omissions in this information nor for the availability of this information. The owner will not be liable for any losses, injuries, or damages from the display or use of this information. This terms and conditions is subject to change at anytime with or without notice.

  1. kalau pasang awning yg gambar ke dua tu banyak keburukannya.. selain bising bila hujan, nanti anak nk tidur pun susah, kena pasang siling penyerap bunyi yg alang alang kos tu lebih baik buat car porch yg simen terus kan...
    maybe boleh consider awning jenis fibre glass... tk bising, harga x mahal sgt

    ReplyDelete
  2. Porch yg menarik tentu bagi first impression ttg rumah kan? Muz pon ada rumah impian gak! Hehe

    ReplyDelete
  3. yg peting dana tu kena cukup dulu . sambil2 tu buat survey material dan design ... perlahan2 yg ptg berbaloi ...

    ReplyDelete
  4. fokus mana yang penting dahulu kan, hhehehe. sambil mengumpul sambil fikir idea design porch tu hehehehe

    ReplyDelete
  5. Assalammualaikum.. farah,

    Insaallah ada rezeki tu.. farah kan... kumpul2 dulu kan...

    mselim3

    ReplyDelete
  6. yup.. me too.. nk buat polikarbonat nye awning cost about RM5K hubby tanye,, so kami hold dulu.. sbb kalau boleh mmg tknk pasang awning mcm gambar kat atas tu.. bising...
    alang alang buat.. biarla yg puas hati..

    ReplyDelete
  7. banyak rancangan kak farah ni. huhu. hari tu nak buat projek bilik ash.mihmihmih. semoga diperkenankan niat dihati kak farah. amin

    ReplyDelete
  8. insya allah...bila tiba masanya...berubahlah porch tu kan mummy ash..boleh la ash main dengan selesa nanti...

    ReplyDelete
  9. Sy pun dlm cadangan nk ubah suai rumah kami kt johor tu... Nk buat lebih kurg cm gmbr ke dua tu..

    ReplyDelete
Post a Comment

#buttons=(Accept !) #days=(20)

Bubblynotes.Com uses cookies to enhance your experience. Check Now
Accept !