Mr.Cinderella Mommy...

Farah Waheda Wahid
9

Walaupun gambar ini tidak jelas, tetapi disebabkan nak dijadikan cerita di pagi-pagi Selasa ini, Farah tetap tempek gambar ini... Ahakss...setiap gambar mempunyai cerita yang tersendiri, setiap gambar diabadikan sebagai "moments" yang akan dikenang sepanjang hayat gitchewss... 

Inilah dia Mr.Cinderella Mommy... Haippp bukan dera anak ok? Ash sendiri yang sibuk nak menolong Mommy sewaktu Mommy mengemas rumah malam semalam. Masalahnya, Mommy "vacuum" dia pula guna bulu ayam yang konon-kononnya lap habuk... Mommy sibuk mengemas, dia pun sibuk mengemas juga, tetapi tidak tahulah apa yang dikemasnya kannn??? Bersepah-sepah bulu ayam tercabut adalah lagi... Ha ha ha... Tetapi baguslah, kalau ada niat di hati Ash nak membantu Mommy dan ada sifat rajin nak bantu Mommy kemas rumah kann??? Siapa kata tak ada anak perempuan dan cuma ada anak lelaki sahaja rugi??? Siapa? Siapa? Siapa? ... Anak lelaki pun boleh membantu melakukan kerja-kerja rumah ok??? Ok lettew... latih dia rajin mengemas rumah esok-esok dah sampai tempoh matang untuk berumahtangga, untungggg cik puan badan dapat suami yang ringan tulang membantu mengemas rumah. Sekurang-kurangnya ringan sedikit cik puan badan dari tugasan rumah yer tak??? Tapiiii.... jangan cuba-cuba nak mengelat jalankan tanggungjawab sebagai isteri, semua suruh suami buat, semua harapkan suami...memang siaplah dengan Mommy... Tolong jangan dera anak "I is" please??? Ha ha ha...melalut jauh pagi-pagi... 

Melentur buluh biarlah dari rebungnya... Ini Mommy tengah perlahan-lahan latih Ash lah ni...Ihikss... Tetapi Mommy tak paksa, Ash sendiri yang pergi ambil bulu ayam tu dari tempat simpanan... Mungkin sebab dia dah terbiasa melihat makanya menjadi ikutan... Mendidik anak-anak melakukan aktiviti mengemas dan membersihkan rumah adalah satu didikan awal amalan kebersihan di rumah. Asuhan seawal usia 5 hingga 6 tahun boleh dimulakan di rumah. Mengajak anak-anak turut serta di dalam kerja-kerja rumah memberikan banyak faedah. Selain dari menjadikan mereka berdikari, ia juga memupuk rasa bertanggungjawab dan merupakan latihan awal mereka tentang tugas-tugas berkaitan kebersihan di kediaman. 

Menurut sumber di SINI, merujuk kepada buku Mrs Clean Jeans Housekeeping for Kids, karya Tara Aronson, terdapat beberapa langkah yang boleh dipraktikkan bagi menggalakkan anak-anak melakukan tugas-tugas mengemas sesuai dengan usia mereka:

Di antara 10 cara untuk melibatkan anak-anak ialah:

Senaraikan Tugasan
Ajak anak berbincang, ceritakan kepadanya tentang tugas-tugas yang perlu kita lakukan bersama dalam kediaman. Gunakan ayat yang paling mudah difahaminya. Terangkan kepadanya bahawasanya sudah tiba masanya untuk dia membantu ibu bapa melunaskan tugas di kediaman. Pastikan anak kecil ini akan teruja untuk melakukan kerja-kerja orang dewasa kerana pada peringkat umur ini mereka gemar berlagak dewasa - sangat kotttt??? badan kecil molek tetapi hati sangat besar...ha ha ha... 

Beri Dia Kebebasan
Kebebasan dapat menyerlahkan kreativiti seseoranga termasuklah kanak-kanak! Biarkan anak keci kita memilih tugas yang disukainya. Elakkan daripada memaksa dan biar dia melakukan dengan rela hati. Kekerapan sekali seminggu atau 4 kali sebulan pastinya tidak membebankan. Penerangan kita sebagai ibu bapa amat penting supaya anak-anak kita memahami tugas yang perlu dilunaskan olehnya.

Tetapkan Masa
Kita perlu menetapkan masa yang bersesuaian untuk perlaksanaan tugasnya. Oleh sebab anak kita masih tidak mengetahui masa, kita perlu ingatkan anak-anak kecil kita apabila tiba masanya untuk dia melipat pakaian atau mengemas meja permainan dan meja tulisnya. Tidak mustahil, lama-kelamaan hal tersebut akan menjadi rutinnya tanpa perlu diingatkan berulang kali! 

Berikan Tempoh Masa Yang Sesuai
Tugas ini memerlukan komitmen bersama. Ibu bapa perlu berikan tempoh yang sesuai dan memastikan perlaksanaan tugas-tugas membersihkan dan mengemas ini tidak mengganggu jadual harian anak kecil. Jangan pula ponteng aktiviti mingguan mereka seperti kelas berenang atau kelas seni mempertahankan diri dek kerana kerja rumah yang perlu disiapkan. 

Berikan Panduan dan Penerangan Secara Praktikal
Awas ibu bapa semua! Berikan panduan dan penerangan yang secukupnya kepada anak-anak sebelum membiarkan mereka melakukan sendiri tugas-tugas yang dipertanggungjawabkan ini agar matlamat mendapatkan kediaman bersih dan kemas tercapai. Pada peringkat usia 5-6 tahun, anak kita sudah boleh memahami langkah-langkah mudah.

Jadikan Ianya Satu Bentuk Permainan
Ciptakan satu suasana yang menyeronokkan dengan nyanyian dan lagu. Pasang muzik kegemaran sepanjang perlaksanaan aktiviti membersihkan ini agar anak-anak kecil kita tidak bosan dan kekal cergas. 

Ganjaran, Motivasi dan Upah
Pujilah anak-anak kita apabila dia berjaya melakukan tugas-tugasnya. Sekali sekala kita boleh menyuntik motivasi kepada anak-anak dengan memberikan ganjaran atau upah yang bukan berbentuk wang seperti buku, tiket menonton wayang atau hidangan makan tengah hari kegemaran mereka. Boleh baca contoh di dalam entri The Non-Toys Gifts for Children... bagi mendapatkan sedikit ilham jika mahu... 

Lakukan Aktiviti Secara Berkumpulan
Bagi menimbulkan keseronokkan, laksanakan kerja rumah dalam kumpulan. Misalnya gabungkan anak kecil kita dengan kakaknya yang berusia 10 tahun untuk mengemas bilik tidur yang dikongsi mereka. Ha ha ha... dalam kes Ash, kita bergabung tenaga berdua beranak jerlah Ash... sebab memang kita berdua jer... Pada usia 5-6 tahun anak-anak sudah faham erti kerjasama dan bantu-membantu. Aktiviti ini akan lebih menyeronokkan dan merapatkan hubungan kekeluargaan.

Jumlah Tugas
Berapa pula tugas yang mampu dilaksanakan dalam sehari? Gunakan formula ini untuk menentukannya. Formulanya ialah:
  • Umur dibahagikan dengan 2 = jumlah tugas yang mampu dilaksanakan sehari mengikut umur
  • Sebagai contoh bagi anak berusia 5 tahun, maka boleh dipertanggungjawabkan 2 hingga 3 tugasan seperti membantu kita melipat pakaian bersih, mengemas permainan dan menyiram pokok di dalam tempoh yang ditetapkan.
Hadkan Penggunaan Gajet Berbahaya
Penggunaan peralatan yang tajam seperti gunting dan pisau juga perlu dielakkan pada usia ini. Jika perlu menggunakan peralatan seperti penyiram pokok atau penyapu, kita boleh melatih mereka terlebih dahulu teknik penggunaan yang betul. Penerangan dan demo menerusi langkah demi langkah oleh kita untuk mengelakkan kecederaan yang tidak diingini. 

TUGAS MENGIKUT UMUR

5 Tahun
  • Mengumpul dan menyimpan barang-barang permainan ke dalam sebuah kotak.
  • Meletakkan pakaian kotor ke dalam bakul.
  • Melipat pakaian bersih dan menyimpannya ke dalam laci.
  • Meletakkan pinggan dan mangkuk kotor ke dalam sinki.
  • Menyimpan kembali buku ke rak dan mengemas alat tulis ke dalam kotak khas.
  • Menyimpan DVD ke raknya.
  • Mengelap perabot.
  • Menyiram pokok.
6 Tahun
  • Aktiviti mengemas di atas dan;
  • Memandikan haiwan peliharaan dan membersihkan mangkuk makanannya.
  • Membantu membersihkan makanan mentah seperti sayur-sayuran dan buah-buahan.
  • Mengemas bilik tidur sendiri.
  • Membersihkan lantai menggunakan penyapu. 
  • Membersihkan lantai atau permaidani menggunakan penyedut hampa gas dengan bantuan (bergantung kepada saiz penyedut hampa gas).
  • Mengasingkan sampah dengan bahan buangan yang boleh dikitarkan semula. 
  • Membuang sampah dari bakul sampah ke tempat pengumpulan sampah utama di rumah.
  • Menyapu daun-daun kering di halaman. 
  • Melakukan aktiviti berkebun yang asas seperti mencantas pokok dan menggemburkan tanah.
Begitulah serba-sedikit.. Di dalam kes Mr. Cinderella ni, Farah tidak meletakkan sebarang tugasan kepada dia punn... biarkan dia dengan bebas lakukan dan ajuk apa yang dia lihat... Beri dia minat untuk membantu dulu... Tak apa bersepah pun, tak pun memang kena kemas rumah balik pun kannn??? Tetapi sekurang-kurangnya Ash telah pun memulakan langkah pertama dengan menunjukkan minat daripada pemerhatian ke atas aktiviti rutin Mommy... 

Post a Comment

9Comments

DISCLAIMER: All content provided on this "Bubblynotes.Com - Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger" blog is for informational purposes only. The owner of this blog makes no representations as to the accuracy or completeness of any information on this site or found by following any link on this site. The owner of Bubblynotes.Com -Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger will not be liable for any errors or omissions in this information nor for the availability of this information. The owner will not be liable for any losses, injuries, or damages from the display or use of this information. This terms and conditions is subject to change at anytime with or without notice.

  1. alahai..anak bujang mummy dah pandai mengemas...pandainya dia...heeee

    ReplyDelete
  2. Julia suka baca konsep berikan kebebasan awal kepada anak untuk pilih ruang kerja yang dia minati...oh i suka sgt, julia suka konsep farah bg tau jangan memaksa anak buat sesuatu...its true dear...now Qi suka nak sidai baju dia sendiri, suka angkat baju kotor ke laundry...ohhhhhh rasa mcm nak nangis...ash, auntie juju tgk semakin rajin explore sana sini with books...bagus anak auntie.

    ReplyDelete
  3. amboi... rajinnya dia tolong mummy dia ;)

    ReplyDelete
  4. Salam, dtg menjengah bila ada sedikit kelapangan. Walau jrg bertamu, ingatan itu tetap ada dikalbu. hehehe anak mommy kan.. !

    ReplyDelete
  5. Haha I just know Mr. Cinderella here....

    ReplyDelete
  6. btul tu... bia dorang explore sendiri... cuma kita la penat kan.. uhuhuh

    ReplyDelete
  7. Kesiannya... Hrhe.. Ank sy dh mula bljr utk buat krja umah.. Ank pmpuan kan.. Wajib la tahu.

    ReplyDelete
  8. rajinnya Ash...tolong mummy n nek Ma ek

    ReplyDelete
  9. Good info kak Farah dearie.memang melentur buluh biar dari rebungnya kan..rajinnya Ash..meh jadi menantu auntie..tapi anak auntie dah tua..huhuhu

    ReplyDelete
Post a Comment

#buttons=(Accept !) #days=(20)

Bubblynotes.Com uses cookies to enhance your experience. Check Now
Accept !