Home » , , , , » Mobile Bookcafe... Kedai Buku Bergerak Pertama Di Malaysia...

Mobile Bookcafe... Kedai Buku Bergerak Pertama Di Malaysia...


Buat pertama kalinya, sewaktu di dalam perjalanan ke pejabat pagi tadi, Farah terserempak dengan kedai buku bergerak yang diberikan nama Mobile Bookcafe ni... Ada sesiapa yang pernah terserempak, pernah membeli buku di Mobile Bookcafe??? Farah tak pernah...Jujur ni jujur... Tetapi sebenarnya Mobile Bookcafe bukanlah satu perkara baru di Malaysia... Sedari tahun 2014 lagi dah wujud sebenarnya... Itupun bila Farah menggali informasi daripada sumber di SINI.

Menurut sumber, Mobile Bookcafe ini adalah ibarat mini perpustakaan bergerak. Van bergerak ini mampu memuatkan sebanyak 1,000 naskhah di atas rak, sementara 1,500 naskhah lagi stok yang disimpan di dalam bahagian van pada satu-satu masa. Pelbagai genre buku turut dijual oleh Mobile Bookcafe, antaranya buku ilmiah, novel, masakan, karya sastera, komik mahupun buku agama. Ianya dimiliki oleh En. Muhammad Ali dan Muhammad Azam Nor Anwar. Dan Mobile Bookcafe ini adalah diinspirasikan daripada kedai buku bergerak milik Penguin Books di Amerika Syarikat. 

Menurut En. Muhammad, pada asalnya beliau ingin membuka kedai buku, namun kerana kos menyewa bangunan yang terlalu tinggi menyebabkan dia terpaksa mengubah niat asalnya itu dan akhirnya mendapat idea untuk mewujudkan kedai buku bergerak seperti yang ada sekarang.

Sumber dari SINI : Pemilik Mobile Bookcafe
Berdasarkan artikel, berdasarkan "survey" yang dijalankan pihak Mobile Bookcafe memperoleh jualan yang memberangsangkan di kawasan seperti Puncak Alam, Selangor dan Kulim, Kedah. Lokasinya kebiasaannya adalah di kawasan pasar tani, tempat letak kereta, karnival mahupun berhampiran perpustakaan. 

Mudah kan??? Bila ada kedai buku bergerak macam ni??? Haaa, tiada alasan lagi malas nak ke kedai buku, ataupun nak malas membaca, sehingga ke muka pintu pun tidak mustahil Mobile Bookcafe ini boleh beroperasi. Yang jadi Farah lebih-lebih teruja dan suka adalah kerana ianya diusahakan oleh bumiputera sendiri. Mestilah kita harus menyokong usaha-usaha yang positif sebegini kan??? 

Untuk pembacaan lanjut mengenai Mobile Bookcafe ini di dalam laman web yang lain boleh merujuk kepada SINI dan SINI. Dan boleh juga melawat ke Laman Facebook Rasmi Mobile Bookcafe untuk maklumat yang selanjutnya. 

Dapatkan Artikel Terbaru Dari www.bubblynotes.com Melalui E-mel Anda

Author : Farah Waheda Wahid Terimakasih telah berkunjung

Artikel Mobile Bookcafe... Kedai Buku Bergerak Pertama Di Malaysia... , diterbitkan oleh Farah Waheda Wahid pada hari Thursday, April 30, 2015.Enjoy Reading this!.About me: Farah Waheda Wahid Working Mommy Blogger of 1 (a boy). I blog about everything that moms love...mommyhood, beauty, fashion, health, food, tech and travel. Being a mom of 1 young kids, I like to find a balance between blogging about family related topics and things that are just for mom :) My blogs primary objective is to share my experiences with my readers, so it might help them with anything similar they may be experiencing, or to introduce them to new ideas. I blog from Selangor, Malaysia and have a preschooler toddler.

7 comments:

  1. ooo :o tak pernah jumpa lg ade ehhh???tp bagus la...jadi xde la alasan lg xnak baca buku...

    ReplyDelete
  2. menarik ni..kalau buat seluruh malaysia ni bagus..menggalkan budaya rajin membaca :)

    ReplyDelete
  3. Encik Muhammad bin Ali (MBA) tu bos kat opis lama..idea dia memang terbaik...

    ReplyDelete
  4. Menariknya..kalau terserempak kena beli la sebab bukan senang nak jumpa macam ni..

    ReplyDelete
  5. tak pernah jumpa lg ni, syoknya kalau ada kat kelantan ni :)

    ReplyDelete
  6. Menarik.. best tu.. kedai buku bergerak...

    ReplyDelete
  7. menarik ni.. kalau bawak anak2 pasti mereka suka

    ReplyDelete

DISCLAIMER: All content provided on this "Bubblynotes.Com - Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger" blog is for informational purposes only. The owner of this blog makes no representations as to the accuracy or completeness of any information on this site or found by following any link on this site. The owner of Bubblynotes.Com -Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger will not be liable for any errors or omissions in this information nor for the availability of this information. The owner will not be liable for any losses, injuries, or damages from the display or use of this information. This terms and conditions is subject to change at anytime with or without notice.

Shoplinks Asia