Home » , , , , , , , » Mengendalikan Ragam Anak Sewaktu Bangun Pagi...

Mengendalikan Ragam Anak Sewaktu Bangun Pagi...

Sumber dari Google
Nak melalui fasa anak meragam sewaktu bangun pagi untuk ke sekolah ni, belum lagilah kan??? Tunggu lagi beberapa tahun nanti... In Shaa Allah... Hu hu hu... Tak taulah sama ada dia meragam ataupun tidak bila dikejutkan untuk bangun pagi akan datang ni nanti... Tetapi yang terjadinya terlintas di kotak pemikiran untuk  berceloteh melalui jejari tentang perkara ini disebabkan Farah terbiasa juga mendengar rungutan ibu bapa yang mana anak-anak mereka sangat susah dan liat untuk bangun pagi untuk ke sekolah... Ada yang "tantrum" sampai menangis-nangis, mengamuk-ngamuk... dan ada yang setelah bangun boleh tidur kembali...Heeee...kita yang dewasa ni pun kalau tidak cukup tidur atau mengantuk tak boleh nak buka mata yer tak? Dan kita yang dewasa ni pun kalau tidak cukup tidur atau mengantuk boleh jadi lelap balik kalau memang dah tak boleh nak buka mata... 

Anak-anak yang sudah mula ke sekolah tadika semestinya perlu bangun awal dari tidur. Yang menjadi masalahnya seperti yang Farah nyatakan di atas, kadang kala sebagai ibu bapa, perlu menjadi satu 'pertarungan' di pagi hari untuk mengejutkan anak-anak ni bangun tidur awal tanpa sebarang masalah. Mana nak kejar siapkan anak, mana nak kejar hantar anak dan mana nak kejar masa ke pejabat yer tak? 

Ada cara tak di dalam mengendalikan ragam anak sewaktu bangun pagi ni? Sedikit perkongsian tips serta panduan dari artikel di SINI

Perkenalkan Jam Loceng
Ahakss...teringat pula zaman-zaman sekolah dulu... tentu anak kecil anda teruja apabila anda membelikannya jam loceng mengikut karakter kartun kegemarannya. Katakan kepadanya fungsi jam loceng tersebut adalah untuk membantunya untuk bangun awal. Deringan jam loceng dianggap sebagai rakan tidur yang akan mengejutkan mereka bangun tidur tanpa sebarang masalah. Pastinya ia menjadi semangat buat anak untuk bangun tidur awal sendiri.

Berikan Kata-Kata Semangat Sebelum Tidur
Sebelum anak tidur, apa kata anda bisikkan kepadanya kata-kata semangat yang dia boleh bangun awal pagi tanpa perlu menangis atau meragam jika mahu menjadi anak yang sihat dan cergas. Tentu anak anda rasa bersemangat dan gembira dengan kata-kata dorongan itu. Secara tidak langsung ia menyuntik semangat dan keinginan untuk mereka bangun tidur awal tanpa meragam.

Kurangkan Keselesaan
Keselesaan di atas katil yang empuk, selimut yang tebal dan suhu dingin dalam bilik tentu sahaja membuatkan anak mahu terus tidur walaupun sudah dikejutkan. Bagi mengurangkan rasa selesa tersebut, sebaik mengejutkannya anda boleh membuka tirai/langsir biliknya bagi membolehkan sedikit cahaya menerangi bilik atau menutup suis pendingin hawa dan membuka suis lampu.

Tunjukkan Kesan Buruk Jika Bangun Lewat
Adakalanya anak kecil perlu diperlihatkan kesan akibat daripada perbuatan mereka. Jika mereka bangun tidur lewat sudah tentu akan kelam kabut dan lambat sampai ke sekolah dan ia pasti tidak menggembirakan anak kerana bimbang dimarahi cikgu. Selepas mengalami kesan buruk tersebut pasti anak tidak mahu bangun lewat lagi.

Perhatikan Pola Tidur Anak
Anak yang sihat dan ceria adalah anak yang cukup tidur. Biasanya kanak-kanak mudah meragam dan mengamuk apabila mereka tidak cukup tidur. Oleh itu, sentiasa pastikan anak anda mendapat cukup tidur. Tetapkan jadual tidur sebentar di siang hari dan tidur awal pada malam hari supaya mereka boleh bangun pagi dengan ceria.

Mungkin ini boleh membantu dan mungkin Farah pun akan merujuk kembali kepada entri ni di masa akan datang kot kot kalau terlupa lah...Muahahaha... Setakat ini, Ash memang tiada masalah untuk bangun pagi, paling awal pukul 5.45 pagi dan paling lewat 8.00 pagi... Itu sekaranglah, akan datang bila dah sekolah, tak taulah lagi macam mana kan? Harap-harapnya moga-moga senanglah dia nak bangun pagi... *_^ 

Dapatkan Artikel terbaru dari Situs ini melalui e-mail Anda.

Author : Farah Waheda Wahid Terimakasih telah berkunjung

Artikel Mengendalikan Ragam Anak Sewaktu Bangun Pagi... , diterbitkan oleh Farah Waheda Wahid pada hari Wednesday, April 29, 2015.Enjoy Reading this!.About me: Farah Waheda Wahid Working Mommy Blogger of 1 (a boy). I blog about everything that moms love...mommyhood, beauty, fashion, health, food, tech and travel. Being a mom of 1 young kids, I like to find a balance between blogging about family related topics and things that are just for mom :) My blogs primary objective is to share my experiences with my readers, so it might help them with anything similar they may be experiencing, or to introduce them to new ideas. I blog from Selangor, Malaysia and have a preschooler toddler.

4 comments:

  1. anak sy stkt ni kalo bgn pagi banyak yg ok...jrg sgt dia buat perangai nangis2 ni..klo nangis pon kjp je, dukung bwk masuk bilik air snyp lah dia hehe

    ReplyDelete
  2. Good sharing..parents lain boleh applikasikan cara ni :)

    ReplyDelete
  3. Alhamdulillah..keempat-empat anak dieyana memang senang bangun pagi... mungkin sebab diaorang tidur awl, dan mungkin juga ms peknen mama dia suka tidur..hahah. sampaikan hr cuti pun diaorang bangun pagi, dieyana pula yang 'marah' sebab diaorng bngun pagi.. marah sebab nanti mama tak boleh tidur, kejap2 dtg kejut, mama lapar, mama nak itu, nak ini..hiihikhihkkhk

    ReplyDelete

DISCLAIMER: All content provided on this "Bubblynotes.Com - Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger" blog is for informational purposes only. The owner of this blog makes no representations as to the accuracy or completeness of any information on this site or found by following any link on this site. The owner of Bubblynotes.Com -Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger will not be liable for any errors or omissions in this information nor for the availability of this information. The owner will not be liable for any losses, injuries, or damages from the display or use of this information. This terms and conditions is subject to change at anytime with or without notice.

Shoplinks Asia

iWON.MY