Marahkan Suami, Anak Didera...

Farah Waheda Wahid
11

Ini adalah "posting" Farah di Facebook pada 17 April 2015 yang Farah kongsikan dari sumber seperti yang kelihatan di dalam gambar di atas. Dan gambar yang lebih jelas adalah dari sumber di SINI


Kalau nak tengok video, bolehlah ke laman Facebook Farah dan cari "posting" bertarikh 17 April 2015 yer? Dan rasanya ramai yang dah tengok video ini... Memang menyentuh emosi keibuan betul bila baca dan lihat video-video sebegini...Dan apa yang Farah nyatakan di dalam "posting" Farah itu sememangnya lahir dari dalam hati yang sungguh-sungguh emo bila melihat video tersebut. Apalah anak kecil itu tahu... Aduhaiiii...  Sampai jadinya luahan hati berbunyi... 

Kalau jumpa yang menampar budak ni, kutampar balik dia... kuang ajaq... apalah baby ni tau... tak sanggup bela takyah beranak, kalau setakat nak pukul cenggitu toksah mengada2 nak buat anak... huh...
 — feeling emotional.

Dan hari ini, Maria Firdz telah melanjutkan "posting" ini dengan melampirkan pautan laporan berita dari sumber di SINI menyatakan cerita disebalik video tersebut... 

Ipoh: Masalah perselisihan faham dengan suami dipercayai menjadi punca suspek memukul anaknya dan merakam menggunakan telefon bimbit sebelum video kejadian menjadi viral di laman sosial.

Pemangku Timbalan Ketua Polis Perak Datuk Mohd Dzuraidi Ibrahim berkata, siasatan awal mendapati suspek yang berusia 17 tahun dan juga ibu kandung mangsa dipercayai mengalami masalah tekanan perasaan dan dalam proses perceraian dengan suaminya yang berusia 18 tahun.

"Kanak-kanak yang dipukul terbabit adalah bayi perempuan berusia lima bulan dan anak tunggal pasangan muda berkenaan.

"Setakat ini, tiada kecederaan terhadap bayi berkenaan, namun kita masih menunggu laporan perubatan mangsa dan buat masa ini mangsa diserahkan kepada ibu dan neneknya untuk dijaga tetapi melalui pemantauan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), " katanya selepas menghadiri Program Derma Darah Sempena Hari Polis Ke 208 Peringkat Kontinjen Perak, di sini hari ini.

Menurutnya, suspek juga sudah dibebaskan dengan jaminan polis semalam selepas keterangannya dirakamkan.

Komen peribadi, kalau dah sekali akan ada 2 kali, tetapi kita bersangka baik ajerlah...harap-harapnya nenek bayi tersebut dapatlah memantau dan menjaga dengan sebaik-baiknya... Islam pun menganjurkan kita bersangka baik... Tapi kannn... hati seorang ibu ni tetap sakit!!! Tolonglah sesiapa yang ada masalah dengan suami jangan libatkan anak "please" dan tolong elakkan anak dari jadi mangsa.... 

Post a Comment

11Comments

DISCLAIMER: All content provided on this "Bubblynotes.Com - Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger" blog is for informational purposes only. The owner of this blog makes no representations as to the accuracy or completeness of any information on this site or found by following any link on this site. The owner of Bubblynotes.Com -Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger will not be liable for any errors or omissions in this information nor for the availability of this information. The owner will not be liable for any losses, injuries, or damages from the display or use of this information. This terms and conditions is subject to change at anytime with or without notice.

  1. semalam tengok berita kat tv1 farah..akak terus tengok pada fiyah...rasa sebak sangat² sbb rasa sebagai ibu,tak tergamak nak buat macam tu..memang video ni dah jadi viral katfb..tapi akak ni,bila video yang melibatkan anak² didera dan di pukul macam tu,akak memang taknak tengok.Janganlah hanya kerana marahkan pasangan,anak yang tak tau apa² tu jadi mangsa...subhanallah..memang sungguh tak sanggup nak tengok..

    ReplyDelete
  2. Tak sampai hati tengok video ni...sayu sgt dgr suara baby tu...kalau mak baby ni ada depan akak memang siap la akak khutbahkan dia..nak lempang krg lain pulak jadinya..hehe

    ReplyDelete
  3. tak sanggup tgk!!! tolong la.. waras...ya allah...

    ReplyDelete
  4. ada jugak tengok tadi. sedih T.T anak anugerah yang paling indah dalam hidup jangan sia siakan pemberianNya

    ReplyDelete
  5. TBH tak sanggup nak tengok. sedih & kesian. apa lah nak dipukulnya budak yang tak berkudrat tu?

    ReplyDelete
  6. Kesian, anak yg jadi mangsa. Xsanggup nk tgk video ni

    ReplyDelete
  7. Kes meroyan ni.. umur pun baru 17 tahun... tak habis lagi getahnya kak farah.... takkan lah si ibu bodoh sangat pukul anak dia lepas tu rakam plak... ikut logik akal jugak la kan... :) well we not in her place... skarang memacam jadi...

    apapun semoga si ibu diberi kaunseling :)

    ReplyDelete
  8. baca yg farah tulis ni pun mata berkaca sudah.apalah lagi nak tengok video itu.

    ReplyDelete
  9. Ni akibat meroyan kak... Sbb tu jadi macam... Bukan salah mak budak tu... Tapi semua pihak salah... Dan yg paling salah sbb khwin tanpa ilmu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. setuju..mesti mak bdk tu meroyan..klau dia betul2 waras, dia xkan sanggup nak buat anak dia mcm tu..kita ni sama2 doakan yg terbaik utk mak dan bdk tersebut..harap2 mak dia cepat pulih dan si anak akn berada dlm keadaan yg baik..

      dan kita sama2 berdoa semoga kejadian sebegini dijauhkan dari kita dan keluarga kita..

      Delete
  10. takde perasaan betul ibuu.. inilah padah jika hanya pndai kawin shj.. tak tahu erti dosa pahala

    ReplyDelete
Post a Comment

#buttons=(Accept !) #days=(20)

Bubblynotes.Com uses cookies to enhance your experience. Check Now
Accept !