Home » , , , , , , , , , , » Lala Masak Ala Portuguese Grill Dengan Sos Spageti Asia Kimball...

Lala Masak Ala Portuguese Grill Dengan Sos Spageti Asia Kimball...


Nampak macam masak kedai tak??? Haipppp... ini hasil air tangan sendiri malam semalam ok??? Disebabkan teringiiiiin punya pasal... memandangkan lala ada di dalam stok, dan nak menu masakan yang paling senang dimasak. He he he, "decide" nak cuba sesuatu yang lain. Teringin nak masak lala ala portuguese grill... Alaaa... "Portuguese Grill" yang banyak di jual di merata-rata "food court" tu... Mesti ramai yang pernah makan kan??? 

Cumanyaaa, bezanya??? Pes dia tu, Farah olah sedikit dengan menggunakan Sos Spageti Asia Terbaru Berperisa Tomyam Keluaran Kimball... ^_^... Mudah senang, cepat dan ringkas kaedahnya... Menjimatkan masa juga... Al-maklumlah, hari pun dah malam kan??? Jadi segalanya kenalah cepat... Lebih-lebih lagi ada anak kecil, sementara dia elok main dan tak berpaut di kaki ataupun bergantung tu... eloklah masak cepat-cepat...


Tadaaaa... inilah dia... hamboiii kemain kan? Sos spageti buat masak grill??? Mana datang idea? Semasa memandu balik dari pejabat, sewaktu tersekat di kesesakan lalu lintas... seperti biasa lah kan? Fikir apa nak masak malam ni, lepas tu rasa macam teringin pula nak makan lala masak ala portuguese grill... tapi takut pula bahan-bahan tidak mencukupi di rumah... lepas tu Google resipi dan cuba olah dari situ... Tak adalah pandai mana punnn, "trial and error" jer ni... Hik hik hik... Memandangkan Kimball dah berikan sos spageti berperisa tomyam ni, tak salah kalau mencuba sesuatu yang baru... Ha ha ha... Kimball beri suruh masak spageti bukan suruh masak "grill", tetapi Farah pandai-pandai pula gunakan untuk masak "grill"... Ya ampunnn, harap dimaafin ya...

Lama juga Farah tak kongsi resipi main masak-masak di dapur di Bubblynotes.Com ni, jadinya hari ini kita buat kelainan sedikit dengan mengolah resipi yang dah sedia ada di Google. Zaman sekarang kalau tak tau masak boleh juga belajar dari laman web selain dari buku-buku masakan kan??? ^_*... Makanya terjadilah resipi seperti di bawah ini...

Bahan-Bahan:
1 botol Sos Spageti Asia Kimball MY Berperisa Tomyam
3 sudu besar cili kering yang telah dikisar
1/2 labu bawang besar
3 ulas bawang putih
1 1/2 inci halia
1 1/2 inci kunyit hidup
1 1/2 inci lengkuas
7 helai daun limau
1 helai daun kunyit
1 tangkai bunga kantan
3 batang serai
Bendi/Kacang botol
Garam secukup rasa
Gula/serbuk perasa secukup rasa
2 paket kecil udang kering

Cara-cara:
1. Tumbuk/kisar semua bahan secara berasingan.
2. Tumis bawang sehingga naik bau, masukkan cili kering yang telah dikisar.
3. Masukkan sos spageti asia Kimball berperisa tomyam.
4. Masak sehingga naik minyak.
5. Masukkan air sedikit dan rempah-rempah lain.
6. Masak sehingga cili cukup masak.
7. Sediakan kertas pembalut aluminium.
8. Letakkan lala dan bendi/kacang botol di aluminium foil tersebut.
9. Curah sos yang dimasak tadi, bungkus dan grill selama antara 15 - 30 minit ---> agak-agaklah sampai masak yer... antara tempoh waktu ni...
10. Siap, bukakan bungkusan aluminium tadi dan bolehlah menjamu selera.

Farah masukkan ke dalam ketuhar gelombang mikro jer... grill dari situ, senang dan mudah. Rasanya??? Tekak Farah boleh terima dan isi rumah Farah kecuali Ash ^_*, makan sampai licin ler... Kalau ada pemanggang ajaib dah lamo den masuk dalam pemanggang ajaib... tapi nan hado, kita guna ketuhar gelombang mikro pun buleh... Ha ha ha...

Tentang Sos Spageti Asia keluaran terbaru Kimball ni, bukan setakat perisa tomyam, perisa kari dan rendang pun ada... Ha cerita tentang itu, kena tunggu sikit masa lagi yer... Nanti Farah akan ceritakan secara lebih terperinci... Kesimpulannya, apa yang Farah nak sampaikan... dengan Sos Spageti Asia Kimball segalanya mudah dan segalanya cepat... Memang patut ada di setiap rumah!!! Siapa tak nak kerja mudah kan?

Tak berani nak suruh anda cuba... hik hik hik sebab Farah bukannya pakar masakan pun... masak sendiri-sendiri makan dan jamu ahli keluarga dan kawan-kawan terdekat tu gigih lah juga... Hua hua hua... Tetapi kalau nak cuba juga... Selamat mencuba!!! 

Dapatkan Artikel terbaru dari Situs ini melalui e-mail Anda.

Author : Farah Waheda Wahid Terimakasih telah berkunjung

Artikel Lala Masak Ala Portuguese Grill Dengan Sos Spageti Asia Kimball..., diterbitkan oleh Farah Waheda Wahid pada hari Saturday, April 4, 2015.Enjoy Reading this!.About me: Farah Waheda Wahid Working Mommy Blogger of 1 (a boy). I blog about everything that moms love...mommyhood, beauty, fashion, health, food, tech and travel. Being a mom of 1 young kids, I like to find a balance between blogging about family related topics and things that are just for mom :) My blogs primary objective is to share my experiences with my readers, so it might help them with anything similar they may be experiencing, or to introduce them to new ideas. I blog from Selangor, Malaysia and have a preschooler toddler.

8 comments:

  1. alamak..teringin jugak nak makan lala ni farah...tapi tak boleh masak sendiri..nak jugak orang masakkan untuk akak...

    ReplyDelete
  2. wahhhhh...selalu lala masak lemak cili api je..
    ok2 ...boleh try ni..

    ReplyDelete
  3. nampak sedap la kak farah..yummy!.. nak cube trial n error jugak la..hikhik

    ReplyDelete
  4. sedapnya lala..tapi nak masak nie kena pastikan betul2 masak klau tak nanti sakit perut..
    (resepi paling ringkas,letak tiram , serai ,cili pon sedap^^)

    ReplyDelete
  5. Sedapnya makan lala..terbaik resepi kak Farah!

    ReplyDelete
  6. Tak pernah mkn grill ala portugese ni..boleh la lepas ni try grill yg mudah ni.. Tq farah ;)

    ReplyDelete

DISCLAIMER: All content provided on this "Bubblynotes.Com - Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger" blog is for informational purposes only. The owner of this blog makes no representations as to the accuracy or completeness of any information on this site or found by following any link on this site. The owner of Bubblynotes.Com -Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger will not be liable for any errors or omissions in this information nor for the availability of this information. The owner will not be liable for any losses, injuries, or damages from the display or use of this information. This terms and conditions is subject to change at anytime with or without notice.

Shoplinks Asia

iWON.MY