Home » , , , , , , » Kelapa Muda Bakar...

Kelapa Muda Bakar...


Ini merupakan kali pertama dalam sejarah hidup Farah, Farah bertemu dengan penjual kelapa muda bakar dan merasa air kelapa muda bakar. Sebenarnya, sudah beberapa minggu Farah lalu melepasi kedai tepi jalan penjual kelapa muda bakar ni pada hujung minggu. Mula-mula sekadar lalu sahaja dan terperasan, belum ada rasa nak membeli atau merasa. Tetapi bila lama-kelamaan saban minggu lalu lalang, tiba-tiba keinginan itu timbul pula untuk merasa. Akhirnya, hujung minggu baru-baru ini Farah pun singgahlah di kedai tersebut. Sebab tengok ramai orang membeli kan? Macam tertanya-tanya juga di dalam hati... Sedap ke??? Nak tau sedap tak sedap kenalah cuba rasa sendiri kan??? 

Bila ada sesuatu yang baru sebegini terfikir juga, apa khasiatnya? Orang yang tidak tahu seperti Farah ini, sudah tentulah cuba untuk mencari maklumat berdasarkan sumber-sumber yang ada yer tak? Dan menurut dari satu sumber di SINI, khasiat kelapa muda bakar antara lainnya adalah: 
  • Memiliki khasiat untuk menyembuhkan batu karang ataupun batu ginjal.
  • Mempunyai khasiat untuk mengurangkan risiko penyakit strok bagi penghidap darah tinggi.
  • Dapat membantu membuang angin di dalam badan.
  • Sebagai minuman yang dapat meningkatkan daya tahan tubuh.
Terdengar perbualan di antara penjual kelapa muda bakar ni dengan seorang pelanggan yang bertanyakan apakah khasiat kelapa muda bakar ni... Ahakss sibuk jer kan dengar perbualan orang? Habis tu dah mereka berbual dengan kuat dan jelas dan Farah berdiri di situ menunggu pesanan Farah, maka terdengarlah, bukan saja-saja nak sibuk... kata penjual tu, kalau ada yang terkena denggi, air kelapa bakar boleh bantu turunkan denggi... Katanya lah, sejauh mana kebenaran itu Farah tak pasti, jadi kalau tidak tepat jangan salahkan Farah ok? Hu hu hu... 

Oh ya dari sumber yang sama, bagi anda yang mempunyai sejarah kesihatan yang berkaitan dengan kolestrol, hipertensi, diabetes, kalau hendak minum air kelapa muda bakar, jangan memesan air kelapa bakar dengan tambahan sama ada susu ataupun madu kerana jika terdapat bahan tambahan ini, ianya boleh meningkatkan kadar gula dalam darah. Makanya, jangan cuba-cuba yer? 

Rasanya? Tidak bergas... tidak manis sangat, boleh diterima tekak dan tak ada masalah untuk minum lagi kalau membeli pun... Heee... susah nak terangkan sebenarnya, tetapi kalau nak rasa kenalah cuba dahulu yer tak? Cumanya nak kata sedap sangat tu tidaklah dan bukanlah tak sedap.... 

*Hari yang sangat sibuk bermula seawal pagi dengan "Operational Team Lead Meeting" dan kemudiannya penuh "schedule" dengan "event management errands for teambuilding... seriously I am exhausted this time around".... 

Dapatkan Artikel terbaru dari Situs ini melalui e-mail Anda.

Author : Farah Waheda Wahid Terimakasih telah berkunjung

Artikel Kelapa Muda Bakar..., diterbitkan oleh Farah Waheda Wahid pada hari Tuesday, April 21, 2015.Enjoy Reading this!.About me: Farah Waheda Wahid Working Mommy Blogger of 1 (a boy). I blog about everything that moms love...mommyhood, beauty, fashion, health, food, tech and travel. Being a mom of 1 young kids, I like to find a balance between blogging about family related topics and things that are just for mom :) My blogs primary objective is to share my experiences with my readers, so it might help them with anything similar they may be experiencing, or to introduce them to new ideas. I blog from Selangor, Malaysia and have a preschooler toddler.

15 comments:

  1. kelapa bakar??? hehe...mmg sangat sedap... lama dah x makan kelapa bakar..

    ReplyDelete
  2. Dulu masa belajar kat Johor banyak ada jual tapi tak pernah rasa pun.

    ReplyDelete
  3. pernah try minum tapi xleh masuk.. huhu..

    ReplyDelete
  4. Sedap air kelapa bakar ni farah, julia selalu beli kt pasar malam area selayang org selalu jual...nikmat, happy working smart dear

    ReplyDelete
  5. salam singgah farah...sedap air kelapa bakar

    ReplyDelete
  6. sedap la eh?kee..ehhh lama pulak tak minum air kelapa :)

    ReplyDelete
  7. wana penah minum air kelapa bakar..memang sedap cuma panas..tak boleh hirup guna straw..huhu..banyak khasiatnya kan.. :)

    ReplyDelete
  8. selalu sangat lalu lalang depan kedai yang jual kelapa muda bakar ni,tapi tak pernah nya nak try..isk...bila dapat peluang tu gaknya...heheh

    ReplyDelete
  9. ohhh tak pernah rasa... mcm nk try jer..

    ReplyDelete
  10. Saya belum pernah menikmati kelapa muda bakar, mahu lah dikirim hehe

    ReplyDelete
  11. sedapnyaaa. dulu ada jugak orang jual dekat area rumah ni sekarang dah tak dek

    ReplyDelete
  12. Mmg sedap... Wangi je... Air kelapa pun mmg byk khasiatnya..

    ReplyDelete
  13. belum pernah rasa..hehehh..tapi mana tau kan, lps ni..lalu nampak, teringin nak rasa...hiihhi

    ReplyDelete

DISCLAIMER: All content provided on this "Bubblynotes.Com - Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger" blog is for informational purposes only. The owner of this blog makes no representations as to the accuracy or completeness of any information on this site or found by following any link on this site. The owner of Bubblynotes.Com -Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger will not be liable for any errors or omissions in this information nor for the availability of this information. The owner will not be liable for any losses, injuries, or damages from the display or use of this information. This terms and conditions is subject to change at anytime with or without notice.

Shoplinks Asia

iWON.MY