Home » , , , , , , » Kebaikan & Bahaya Bayi Tidur Meniarap...

Kebaikan & Bahaya Bayi Tidur Meniarap...

Sumber dari SINI

Kemain sedap anak dara yang comel dalam gambar di atas ni tidur kann??? Ash pun bukan tidak pernah tidur di dalam posisi yang sebegini...terutama bila dia selesema. Mungkin hendak menyelesakan diri dan pernafasan ler tu... Cumanya, kebanyakkan pada masa, Ash akan tidur mengiring menghadap Mommy. Ada masa-masa dia akan menonggeng juga tidur macam gambar di atas ni dengan mulut ternganga ...Muahahaha.... Ikut mana dia selesa, lagipun dia tidur memang lasak berpusing 360 darjah. Sama jer dengan Mommy dia, tidur lasak...Ihikss...

Pernah juga terfikir macam mana cara tidur yang paling selamat untuk Ash... ada sesetengah kata-kata yang Farah dengar dan pembacaan Farah mengatakan tidur meniarap bagus, tapi kesahihan tidak dapat dipastikan... Dan diri ini berusahalah mencari penjelasan supaya nampak cerah, terang , jelas dan nyata... Makanya terjumpalah satu artikel di SINI yang menarik untuk dikongsikan bersama-sama anda yang singgah ke Bubblynotes.Com...

American Academy of Paediatrics berkata, posisi tidur yang sihat bagi bayi adalah secara telentang dan bukan meniarap atau mengiring. Kejadian kematian bayi secara mengejut atau "Sudden Infant Death Syndrome - SIDS" telah berkurangan ke 50% semenjak posisi tidur ini dicadangkan pada tahun 1992. Posisi ini dikecualikan pada bayi yang cacat di bahagian kepala atau mempunyai lidah besar yang akan menyekat pernafasan.

Kelebihan Tidur Meniarap
  • Tengkorak bayi bulat dan tidak kemek di belakangnya.
  • Leher, bahu dan dada bayi kuat dengan lebih cepat, sekaligus membantu bayi belajar merangkak dengan lebih mudah.
  • Bagus untuk perkembangan otak bayi.
  • Tidur bayi akan lebih lena dan nyenyak.
  • Dapat mengelakkan bayi dari masalah kembung perut.
Keburukan Tidur Meniarap
  • Meniarap akan memberi tekanan pada rahang bayi dan menyebabkan saluran nafas sempit.
  • Meningkatkan risiko SIDS ("Sudden Infant Death Syndrome")
  • Apabila bayi tersembam, mereka tidak kuat mengangkat semula kepala untuk membolehkan mereka membetulkan kedudukan kepala dan bernafas.
Langkah Keselamatan Tidur Meniarap
  • Menggunakan tilam yang tidak terlalu lembut dan tidak terlalu keras yang boleh menenggelamkan muka bayi.
  • Tidak menggunakan bantal, alas tilam atau sebarang mainan berdekatan dengan muka bayi.
  • Memastikan selimut sentiasa berada di bahagian bawah paras dada.
  • Sentiasa awasi bayi anda ketika mereka tidur.
  • Pastikan jarak anda tidak jauh dari bayi dan jangan biarkan bayi tidur.
INFO TAMBAHAN
Sebahagian daripada ulama menghukumkan makruh tidur dengan posisi meniarap. Mungkin mereka memutuskan hukum tersebut berdasarkan hadis di bawah:

Dari Abu Zar RA, beliau mengatakan:

"Suatu hari Nabi SAW sedang berjalan melewatiku ketika itu aku sedang tidur secara meniarap (tidur atas perut). Maka baginda membangunkanku menggunakan kakinya dan berkata, "Hai Junaidib (panggilan Abu Zar), sesungguhnya cara berbaring seperti ini adalah cara berbaring penghuni neraka."

(Hadith Riwayat Ibnu Majah)

"Sebaiknya jauhilah tidur dengan posisi meniarap sebagai meraikan pendapat Ulama yang menghukumkan makruh di samping kajian perubatan moden juga membuktikan ia boleh membawa mudarat. Tidur yang terbaik adalah seperti tidur Nabi SAW.

Diakui, Ash tidur mengiring, terlentang dan menonggeng ikut suka dia, tetapi bila tiba bahagian menonggeng atau meniarap itu... Farah biasanya akan terlentangkan dia balik ke kedudukan yang elok sedikit supaya dia selesa... Tidur malam bila beranak kecil mana pernah lenanya? Kecuali kalau betul-betul "knocked out or exhausted"...Itupun tak lena juga... Farah memang akan betulkan kedudukan tidur Ash sesekali di waktu malam sehingga ke pagi sebab ada kalanya bantal "papam" menutupi muka dia, kenalah alihkan, takut-takut nanti lemas pula anak "I is"... ada kalanya, dia meniarap atau menonggeng... walaupun dia rasa selesa tapi Mommy yang rasa tidak selesa lihat dia tidur macam itu. Bila dah betulkan, barulah dia tidur terlentang dan mengiring... Hu hu hu... 

Dapatkan Artikel terbaru dari Situs ini melalui e-mail Anda.

Author : Farah Waheda Wahid Terimakasih telah berkunjung

Artikel Kebaikan & Bahaya Bayi Tidur Meniarap... , diterbitkan oleh Farah Waheda Wahid pada hari Thursday, April 2, 2015.Enjoy Reading this!.About me: Farah Waheda Wahid Working Mommy Blogger of 1 (a boy). I blog about everything that moms love...mommyhood, beauty, fashion, health, food, tech and travel. Being a mom of 1 young kids, I like to find a balance between blogging about family related topics and things that are just for mom :) My blogs primary objective is to share my experiences with my readers, so it might help them with anything similar they may be experiencing, or to introduce them to new ideas. I blog from Selangor, Malaysia and have a preschooler toddler.

17 comments:

  1. good info =) dayah pun selalu dengar pasai x baik sangat bagi anak tidup meniarap..x elok =)

    ReplyDelete
    Replies
    1. sebab tu kalau Ash tidur meniarap, macam mana pun Farah akan terlentangkan dia...

      Delete
  2. memang betul, tidur meniarap tuu cara penghuni neraka. ya ampunn

    ReplyDelete
    Replies
    1. makanya kalau boleh dielakkan kita elakkanlah yer ker tidak?

      Delete
  3. nice sharing kak farrah
    Firash sekarang pon sejak dah pandai meniarap tido ponnak tertiarap jugak
    risao ayu..
    sllu dia tido ngereng je.. tp bile ayu berganjak terus tertiarap..
    pastu kene sendal ng bantal lain kt sebelah xnk bg meniarap

    ReplyDelete
    Replies
    1. firash dan firash adalah lebih kurang sama jer...ihikss...

      Delete
  4. good info utk mommy2 yang baru ada baby.

    ReplyDelete
    Replies
    1. kita kongsi kalau terbaca, dan kita kongsi kalau experience sendiri... :)

      Delete
  5. Ibu saudara Zumal beri anak-anaknya tidur meniarap, bila besar memang terbukti bijak2 belaka ^^

    ReplyDelete
  6. hihi Ash experiment gaya tidur macam2.. yang selalu pose tu kot yang dia selesa..
    tapi CT pun pernah dengar yang meniarap ni tak elok..

    ReplyDelete
  7. Si kakak suka juga tidur gtu.. Tapi adik suka mngiring je..

    ReplyDelete
  8. nice info, :) my first baby pun suka tidur meniarap. risau pulak.

    ReplyDelete
  9. My bby bru 28days tp mse lahirkan die, kpala dh blh agkt sndri...n now die tdo pn mniarap..sbb die kuat muntah...siap blh kalih kepla die sndri tanpa bantuan...

    ReplyDelete

DISCLAIMER: All content provided on this "Bubblynotes.Com - Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger" blog is for informational purposes only. The owner of this blog makes no representations as to the accuracy or completeness of any information on this site or found by following any link on this site. The owner of Bubblynotes.Com -Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger will not be liable for any errors or omissions in this information nor for the availability of this information. The owner will not be liable for any losses, injuries, or damages from the display or use of this information. This terms and conditions is subject to change at anytime with or without notice.

Shoplinks Asia

iWON.MY