Iya sepertimana yang dilihat oleh sesetengah daripada anda di laman Facebook dan juga laman Instagram... Tinggal beberapa hari sahaja lagi bakal tibanya acara yang buat julung-julung kalinya yang dianjurkan oleh Kelab Blogger Ben Ashaari yang diterajui tidak lain tidak bukan oleh pengasasnya Ben Ashaari. Wahhh...bila fikir-fikirkan tidak sabar pula menanti tibanya hari tersebut... Tazzabarrrr!!!
Aktiviti Kelab Blogger Ben Ashaari yang diberikan nama KBBA Blogger's Day Out 2015 ini bakal disertai oleh seramai lebih kurang 100 orang blogger dan merupakan acara terbesar Kelab Blogger Ben Ashaari yang diuruskan oleh "team" Kelab Blogger Ben Ashaari sendiri. Pheww, panjang pula penjelasan serta mukadimah Farah kan??? Tetapi betullah, itulah yang Farah cuba sampaikan...He he he...
Ini nak cerita sedikit ni, di antara aktiviti-aktiviti yang telah dirancangkan adalah "paintball", badminton, "golf" dan juga "go-kart"... Bukan setakat itu sahaja sebenarnya... Dan bukan sekadar aktiviti biasa tetapi ianya telah diubahsuai dengan kadar yang bersesuaian supaya lebih menarik serta mencabar. Apakah bentuk cabarannya??? Itu tidak boleh nak diceritakan sekarang lah, kena tunggu hari kejadian...kalau tidak ibarat hilang kemanisannya nanti oiiii.... Nak tahu kena nantikan hari kejadian...
Tentang lokasi??? Lokasi KBBA Blogger's Day Out 2015 ini adalah tajaan daripada Kelab Komuniti Taman Tasik Cyberjaya, Cyberjayaview Sdn Bhd.
Sedikit perkongsian mengenai Kelab Komuniti Taman Tasik Cyberjaya (KKTTC), yang Farah sendiri tidak pernah jejak dan sepertimana yang diterangkan melalui sumber di SINI, ianya adalah merupakan sebuah taman riadah serta rekreasi yang sesuai buat seisi keluarga dan juga orang perseorangan. Lokasinya adalah berhampiran dengan Universiti Multimedia dan KKTTC telahpun wujud sejak dari tahun 2006 lagi. Terdapat banyak kemudahan serta fasiliti-fasiliti untuk aktiviti sukan seperti "driving range", gelanggang "tennis", "paintball", "go-kart circuit", kolam mandi, gelanggang futsal, gimnasium, studio menari, gelanggang badminto, "squash" dan bola keranjang. Selain itu, ianya bukan sahaja terhad untuk aktiviti sukan, rekreasi ataupun riadah... bagi sesiapa yang ingin mengadakan majlis-majlis formal ataupun acara-acara peribadi atau kekeluargaan seperti perkahwinan, mesyuarat dan sebagainya, anda boleh juga membuat tempahan yang berkaitan. Dikatakan keluasan ruang tempat letak kereta mampu menanggung kapasiti di antara 500 - 700 pengunjung pada satu-satu masa. Perkhidmatan katering juga boleh ditempah secara terus melalui KKTTC. Untuk maklumat lanjut, boleh hubungi 03 - 8318 0008 ataupun melihat sendiri gambar-gambar di laman Instagram rasmi KKTTC di @kelabkomuniticyberjaya
Di antara penaja rasmi KBBA Blogger's Day Out 2015 ini adalah:
Tiba-tiba jer ada KBBA Blogger's Day Out 2015 ni kann??? Pasti ada yang tertanya-tanya kenapa tidak tahu mengenai acara atau aktiviti ini? Kenapa baru sekarang tahu? Farah katakan begini kerana ada yang bertanya bagaimana ingin menyertai KBBA Blogger's Day Out 2015 ini... Sebagai makluman, ini adalah acara pertama yang terbesar oleh Kelab Blogger Ben Ashaari dan ianya masih belum dibuka kepada umum. Akan tetapi, sokongan serta kehadiran anda ke KBBA Blogger's Day Out 2015 adalah amat dialu-alukan dan kami berbesar hati menerima kehadiran ramai. Sungguh... Jadi, jemputlah datang beramai-ramai bagi memeriahkan lagi KBBA Blogger's Day Out 2015 ini... In Shaa Allah... Mungkin di penganjuran akan datang ianya akan dibuka kepada umum??? *_^ ... Bak kata pengasas Kelab Blogger Ben Ashaari sendiri, semuanya bergantung kepada kelancaran projek yang pertama ini...
Jumpa di sana tau??? Daaa....
ala x dpt join
ReplyDeleteseronoknya...bila la agak2nya leh join cmni
ReplyDeletealaaa... nak join jugak... mcam mana nak jadi ahli ni.
ReplyDeleterasa cam nak turun ctu..bleh jumpa ngan akak tapikannnn segan la pulak..adehh
ReplyDeletewahhh...seronoknya...nak join tapi skrg ni duduk Sabah...
ReplyDeleteWah.. Mesti best kan.. Tgk dr jauh je la..
ReplyDeletewahh mcm bestt jee.. teringin nak joinnn
ReplyDelete