Kalau Bolehlah... Jangan Bertengkar Depan Anak Boleh???

Farah Waheda Wahid
11
Sumber dari Google
Rentetan dari kes yang dilihat di hadapan mata sendiri malam semalam di 7-E di kawasan perumahan Farah, tiba-tiba hati ini terpanggil pula untuk berbicara (#ehhh apasal melankolik sangat ayat ni??? ha ha ha) secara maya dengan semua tentang pertengkaran ibu bapa di hadapan anak-anak. Hurmm... Malam semalam kesnya dahsyat, ibu dan bapa bertengkar di hadapan anak-anak yang masih kecil dan tak faham apa-apa sampai anak-anak tu menangis. Si kakak berusia dalam lingkungan 4 tahun begitu, si adik dalam 1 tahun lebih... Ibu bapa bergaduh di khalayak ramai, di hadapan anak-anak dengan suara yang sangat kuat, tengking-menengking di antara satu sama lain, menjerit-jerit dan mengeluarkan kata-kata yang kurang senang dan enak didengar oleh halwa telinga. Errrr... "scary" juga menengoknya semalam... Bukanlah hendak menceritakan tentang aib orang lain yer? Tetapi mungkin ini boleh dijadikan sebagai satu pengajaran buat kita semua. Sekadar berkongsi berkaitan tajuk entri pada kali ini dan ianya berkaitan dengan apa yang ingin Farah bebelkan. Hurmm... 

Kadang-kadang hairan, kenapa perlu bergaduh sehingga sampai begitu sekali... Kalau kot iya pun, sila bergaduh di tempat yang sunyi, jauh dari orang ataupun paling senang di dalam rumah tanpa anak-anak mengetahui, pergi cari bilik dan gaduhlah sepuas hati... #ehhh bukan menggalakkan untuk bergaduh suami isteri yer.... Jangan tersilap faham pula... Adatlah tu, rumahtangga, sedangkan lidah lagi tergigit, inikan pula suami isteri, gitchewsss... amboi cliche sangat "statement" kannn??? Sebab selalu sangat dengar... Tahap ekstrem yang bagaimana sesebuah pasangan itu nak bergaduh, sama ada tahap balada ke, pop rock ke, alternatif ke, "heavy metal" ke...itu bergantung kepada personaliti dan identiti pasangan itu sendiri. 

Pertengkaran di antara pasangan suami isteri boleh menjejaskan sesebuah rumahtangga. Bukan sekadar hubunan di antara suami isteri sahaja yang boleh menjadi rosak, malah keseimbangan emosi anak pun boleh jadi terjejas. Sila faham yer... Sebab tu jangan bergaduh depan anak-anak. Tolonglah kawal keadaan dan jangan sampai perselisihan faham itu dapat dikesan oleh anak-anak. Jiwa anak-anak ni perlu dijaga sebaik mungkin supaya tidak menjejaskan emosi mereka. 

Menurut satu artikel di SINI

SILA FIKIRKAN ANAK-ANAK
Bergaduh atau bertegang urat sesama pasangan itu memang berlaku dalam sesebuah rumahtangga. Fuyooo, siapa yang tak ada adegan perang dingin, perang sabil, merajuk segala bagai, memang tip top lah... Boleh belajar dari "uolss" tak? Ekekekeeke.... Walaupun ianya cuba dielak, tetapi emosi kita pasti akan pernah berasa tidak berpuas hati dengan pasangan. Tapiii, adalah dinasihatkan supaya bijak mengawal emosi yer kawan-kawan... Jangan sesekali bertelingkah di hadapan anak-anak. Apabila anak-anak melihat ibu bapa mereka bertengkar, pasti akan wujud emosi negatif di dalam fikiran mereka. Ia akan memberikan kesan buruk kepada anak-anak. Dan tidak mustahil anak anda akan menyimpan emosi yang negatif terhadap anda. Ini boleh menyebabkan anak berasa kurang dihargai kerana ibu bapanya sanggup bertengkar di hadapannya. Sebagai ibu bapa, cubalah tonjolkan suasana harmoni dalam rumahtangga di hadapan anak-anak, walaupun walaupun ha ha ha, sebenarnya anda dan pasangan sedang bertarung dengan emosi amarah. Fikirkan kestabilan emosi anak-anak anda terlebih dahulu.

BERKOMUNIKASI VS BERTENGKAR
Sebenarnya perkara yang paling elok diperkatakan semasa berlaku perselisihan faham di antara suami isteri ialah berkomunikasi. Elakkan penggunaan perkataan bertengkar. Ini kerana bertengkar selalunya membabitkan percampuran emosi semasa berkata-kata. Berkomunikasi pula lebih kepada perbincangan dan kita lebih fokus kepada mencari jalan penyelesaian, bukannya mencari salah siapa. Oleh yang demikian, jika berlaku perselisihan faham antara kita dan pasangan, bincangkan mengenainya. Jangan bertengkar!!! 

ELAKKAN BERMASAM MUKA
"Well for this one part, actually sometimes you just can't hide it, but then try your best not to show your sour face ok???"... Anak-anak pasti dapat meneka dan tertanya-tanya di dalam hati apabila melihat kita dan pasangan asyik bermasam muka sesama sendiri. Sememangnya susah untuk kita menyembunyikan perasaan semasa sedang berselisih faham. Lebih-lebih lagi jika perselisihan faham disebabkan oleh isu besar seperti isu curang, kewangan berpuluh ribu ataupun campur tangan orang ketiga.... Ho ho ho... Makanya, apa yang perlu diambil berat di sini ialah walau apa-apa juga yang berlaku di dalam rumahtangga, kita perlu faham peranan ibu bapa sangat penting. Sorokkan perbalahan anda daripada pengetahuan anak-anak. Anak-anak ni kan sebenarnya selalunya sedih apabila mendapat tahu bahawa ibu bapa mereka bertengkar. Mereka akan cuba memerhati dan memilih siapa yang benar dan siapa yang bersalah. Kesannya mereka akan berdendam dengan ibu atau bapa yang dirasakan bersalah. 

Kesimpulannya, kalau bolehlah...jangan bertengkar depan anak boleh??? Elakkan mereka berprasangka buruk terhadap anda dan pasangan. Biar anak-anak anda hanya melihat kemanisan dan kemesraan ibu bapa mereka dan menjadikan anda sebagai contoh kepada keharmonian keluarga. "Not to say that you are being hypocrite so what or not, but in this case you have to show that you are ok and nothing goes wrong... eventhough you feel like killing your spouse...ngeh ngeh ngeh...for the sake of the childrens" sebenarnya.... 

Gaduh depan anak ni pun bahaya, macam kes baru-baru ni, sampai kecederaan melanda anak kecil yang comel itu...Allahuakbar tak sanggup nengoknya... Ibu bapa bergaduh sampai berpisau-pisau...Dah naik hantu gamaknya tu...sampai tak sedar diri nak berpisau-pisau bagai... Hurmm...itu mesti dah tekanan yang teramat dah tu, sampai tahap macam tu, sampai tahap nak berbunuh-bunuh...Sudahnya kanak-kanak jadi mangsa.... Allahu.... 

Post a Comment

11Comments

DISCLAIMER: All content provided on this "Bubblynotes.Com - Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger" blog is for informational purposes only. The owner of this blog makes no representations as to the accuracy or completeness of any information on this site or found by following any link on this site. The owner of Bubblynotes.Com -Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger will not be liable for any errors or omissions in this information nor for the availability of this information. The owner will not be liable for any losses, injuries, or damages from the display or use of this information. This terms and conditions is subject to change at anytime with or without notice.

  1. Farah, yoorin tinggal kat rumah apartment. memang selalu sangat dengar org laki bini bergaduh.. siap pecah2 cermin tingkap lg.. bila bergaduh tu siap anak2 diorang menangis suruh berhenti.. kite yg jiran2 ni mampu tengok je kat koridor.. agak sampai dah melampau lampau baru nak tolong kot..hiks!

    ReplyDelete
  2. erm btl tu..anak2 yg paling akan terkesan ble kt bergaduh...huhuuhuh...

    ReplyDelete
  3. Takut nanti kalau kerap sangat bergaduh, anak terabai dan rasa kurang kasih sayang. Lepastu akan lead to social problems plak. Sedih...
    Taknak la gaduh teruk² sangat. Ngeriii...

    ReplyDelete
  4. kalau bergaduh depan anak-anak,risau anak-anak akan jadi mangsa pula.nauzubillah min zalik.

    erm,kes yang pisau dan muka budak tu,ada ketidaksahihan rasanya.

    ReplyDelete
  5. rara mmg takkan dan kalau boleh elak seelak elaknya gaduh depan anak.risau sgt nanti anak tgk dan ikut.banyak dh nmpk contoh x baik bila gaduh depan anak ni.

    ReplyDelete
  6. salam singgah..moga jadi pengajaran bersama

    ReplyDelete
  7. kesian anak2 nak kena hadap benda2 gitu.besar kesan nya pada anak2..merajuk depan anak2 pun tak elok,apa lagi kalau bergaduh menengking2..

    ReplyDelete
  8. pokok nya jangan bertengkar, apalagi di depan anak nelayan :)

    ReplyDelete
  9. nt gaduh2...kang hilang kesedaran tertepak anak ker..tersepak anak..lg parah klu siap pegang benda masa gaduh kan farah..selain emosi...mungkin bawa bahaya juga tu farah klu bertengkar depan anak2

    ReplyDelete
  10. Cubalah control di depan ank..istighfar dan amik masa... Itu yg terbaik de bertengkar... Bertengkar dpn ank mmg akn beri kesan pd diorg smpai besar..

    ReplyDelete
Post a Comment

#buttons=(Accept !) #days=(20)

Bubblynotes.Com uses cookies to enhance your experience. Check Now
Accept !