Hijabey 2015 : iDCC Shah Alam

Farah Waheda Wahid
5

Semalam??? 5 April 2015, Farah bersama-sama dengan beberapa rakan-rakan di Kelab Blogger Ben Ashaari yang lain telah berkesempatan menghabiskan cuti hujung minggu kami di HIJABEY 2015: "Roadshow" Pameran Hijab Dan Kecantikan yang telah berlangsung bermula dari 3 April 2015 di iDCC Shah Alam. 

HIJABEY 2015: "Roadshow" Pameran Hijab dan Kecantikan adalah merupakan satu acara di mana semua usahawan-usahawan dan pengusah pakaian, hijab, "designer", fesyen, aksesori, beg, kasut serta produk kecantikan seperti spa, herba, kosmetik dan produk-produk muslim halal di bawah satu bumbung. Terdapat pelbagai pilihan yang menarik dengan harga yang sememangnya "da bombsss" di HIJABEY 2015.

Farah tiba di sana, lebih kurang dalam pukul 11.30 pagi, tak adalah awal sangat pun, dan semasa ketibaan diri ini ke HIJABEY 2015 beberapa orang rakan blogger lain telah puas bertawaf dan berseronok di dalam ruang legar pameran. Mereka sedang berhenti di hadapan "booth" Encik Mimpi... Dah nampak Encik Mimpi, kita bergambar dulu lah... Boleh???


Ini anak-anak dara sukalah ni kan Encik Mimpi ni??? "Rindu rindukanlah diriku...Sepanjang hari harimu sayangku...Ku adalah milikmu sayangku... Ku adalah milikmu yang kau rindu..." Haaa...akak pun tau tau adik-adik...Hik hik hik...OST Playboy Itu Suami Aku kaedahnya... Encik Mimpi ni bukan berada di sini secara kebetulan, tetapi memang ada di sini disebabkan beliau mempromosikan produk. Borak-borak seketika di situ, kemudian meneruskan langkah seterusnya bertawaf di dalam ruang legar pameran. Aktiviti mencuci mata pun bermula dengan jayanya...Cuci mata jer... kena sedar-sedar diri sedikit yang poket tak berapa nak tebal, nipis jer...ha ha ha... semuanya gara-gara insiden kena rembat RM 500.00 di ATM CIMB tempoh hari oleh pihak tidak bertanggungjawab... #ehhh rasa belum cerita lagi kan dengan "uolss"...baikk, ingatkan (macam lah "uolss" boleh ingatkan akak kannn?) untuk bercerita tentang perkara ini kemudiannya ya??? Hu hu hu... Ok sambung... Bertawaf di dalam ruang legar pameran, "survey" apa pilihan yang ada, apa yang menarik dan bagaimana harga yang ditawarkan... 


Bila dah nama pun pameran, memang macam-macam yang adalah kan? Suchi by Chantek yang memang cantik-cantik pilihannya... Inspirasi Anita Baharom yang Farah suka pada "inner" yang dijual kerana material "inner" tersebut, tengok jer, dah tau dah kain sedap...bila rasa, iya, memang sedap kainnya dan ianya bukanlah mahal...Diakui sememangnya pilihan yang ditawarkan oleh Anita Baharom di HIJABEY 2015 sangat-sangat menarik...dengan pilihan warna-warna yang "vibrant", harga yang berpatutan...memang hati terpaut dan tergodalah...tak percaya??? Jom tengok VT (ecehhh VT bagaiii...#ehhh akak "request" Anita Baharom untuk rekod promosi ni tau... Alhamdulillah dia sudi dan dia adalah seorang yang sangat peramah dan baik hati)... 


Bukan sekadar "inner" tetapi hijab yang dijual oleh Anita Baharom juga, material kainnya sangat sedap dan selesa... Tau sebab dah tengok dengan mata kepala sendiri dan sebab dah rasalah materialnya macam mana kan? Kalau tidak takkanlah Farah pandai-pandai nak puji melangit tak tentu pasal macam tu... Comel tak? Comel kan Anita Baharom di dalam video promosi permintaan Farah ni? Dah rakam, terus muat naik di laman Instagram dan war-warkan seluruh kampung...Hik hik hik...Semata-mata nak ajak anda datang semalam lah...Haaa...siapa pergi ke HIJABEY 2015 semalam atau hari-hari sebelumnya??? Betul tak apa yang Farah ceritakan tentang produk yang dijual oleh Anita Baharom ni??? "Added bonus point"...Dia tak sombong ok??? Jujur Farah katakan ini kali pertama Farah tau tentang hijab jualan Anita Baharom, sebelum ni mungkin tak sempat nak tau, tetapi sekali dah tau...tiba-tiba "I is" jatuh hati... Sempat minta no telefon ok??? Nanti nak sampaikan pesanan, bolehlah... *_^... Kalau anda juga berminat...bolehlah melawat ke Inspirasi Anita Baharom dan cuci-cuci mata, ataupun laman FB Inspirasi Anita Baharom.


Dah lepas buat video pendek bagi mempromosikan Inspirasi Anita Baharom, sesi bergambar pula... Anita Baharom dan Eida Baharum, kena sangat tu kannn??? Dan di sebelah pula Anita Baharom dan Farah Waheda Wahid...Tak ada Baharum ataupun Baharom di hujungnya... 

Selesai di "booth" Anita Baharom, kemudiannya Hanim dan Eida menjadi mangsa Farah untuk menemankan Farah ke "booth" Naelofar Hijab, saja-saja cuci-cuci mata, hari terakhir pastinya ada tawaran yang lebih menarik kann??? Fuyoooo... macam-macam warna ada... tiba-tiba jadi macam berpinar-pinar mata melihat...sekejap ke kotak yang ini, sekejap ke kotak yang itu... Saja jer... sebab Naelofar Hijab memang salah satu koleksi hijab yang ada di dalam "wardrobe" Farah... kalau harganya sangat berbaloi-baloi dengan poket yang tak berapa nak tebal pada waktu dan ketika itu... Farah nak juga mencapai dan membayar untuk barang sehelai dua... fuh fuh fuh... memang bila tengok pilihan dan harga, boleh sangat-sangat dah mencapai sehelai buat tambahan koleksi... ekekekeke... sebab harga berpatutan dan di dalam bajet poket kann??? Boleh lerrr...Kalau tidak, tunggu lain bulan... La la la la...Eida dan Hanim jugalah jadi mangsa untuk jadi PA sehari Farah...He he he... Bagus diaorang ni... 

Pilih punya pilih...akhirnya yang mendapat kata sepakat adalah warna kegemaran diri sendiri juga...



Kain sedapppp siapa tak nak oiiii.... Tapi jujurlah Farah katakan, harga yang dijual murah daripada biasa... Habis dah sesi di Naelofar Hijab... Mencari-cari juga Diyana Halik Tudung tapi tidak terperasan pula... hurmmm... Zeta En Rawdah ado, tetapi tak nampak pula Che Ta dan Ayu Raudhah, kalau ada mesti dah sibuk nak bergambar bersama ni... Ihikss... Dah pusing-pusing sana sini sinun... Duduk melepaskan lelah, tapi maunya duduk diam sebegitu sahaja??? Bergambarlah apa lagi kann??? Bergambar, berborak, aktiviti biasa... Kalau boleh dengan semua orang Farah nak borak... 

Borak-borak dan gambar "time" bersama-sama Hanim, Eida dan Kak Anil yang baru pertama kali Farah jumpa... 
Kemudiannya, tiba masa untuk upacara perasmian HIJABEY 2015 oleh YBhg Datuk Wira Maznah Hamid iaitu "iron lady Malaysia"... 



Jujurnya memang ter-inspirasi ("inspired") dengan YBhg Datuk Wira Maznah Hamid ni...bila beliau membuka mulut dan memberikan "talk" yang ringkas tetapi padat pun, Farah dah jadi macam tiba-tiba, naik pula motivasi dan semangat diri sendiri...Heee... Sebab apa??? Sebab cerita tentang kesusahan yang pernah beliau alami itu yang membuatkan Farah ter-inspirasi. Tiba-tiba di dalam diri sendiri mengatakan, jika YBhg Datuk Maznah Hamid boleh kenapa tidak Farah??? Ecewahhh, tinggi melangit angan-angan dan cita-cita...Dah tuuu??? "Uolss" juga dok kata, berangan itu tak perlu bayar...PERCUMA ajer... tapi ini lebih dari angan-angan...tiba-tiba terfikir bagaimanakah cara untuk merealisasikan angan-angan itu... Iyaa...dahulunya Farah pernah membuka syarikat pengurusan acara sendiri dan Farah adalah merupakan pengarah syarikat tersebut bersama-sama rakan-rakan kongsi, tetapi atas sebab-sebab tertentu kami terpaksa menghentikan operasi dan menutup syarikat tersebut. Sebab tu boleh terfikir, untuk memulakan sekali lagi...Sebenarnya semangat tu sudah lama patah... tetapi tiba-tiba ibarat bangkit kembali....Ha ha ha...apakah mungkin Farah menceburi bidang perniagaan sekali lagi? Wallahualam... tak dapat nak jawab soalan ni... Fikir dulu... #ehhh termelalut pula cerita sampingan di dalam ni...ha ha ha...ini mesti kes "drifted away by own emotions" ni... ya ampunnn... 


Setelah perasmian, sedikti persembahan daripada kumpulan Al-Farabi Band yang berada di bawah naungan YBhg Datuk Maznah Hamid...dan kemudiannya kami disajikan pula dengan persembahan fesyen hijab dan muslimah yang berbentuk urban dan kontemporari. Cantikkk... suka tengok, tetapi tak pasti sama ada diri sendiri kena atau tidak memakai pakaian yang diperagakan tu...ahaksss...kadang-kadang bila tengok orang pakai cantik tidak semestinya diri pakai cantik yer tak??? Betul tak? Ada yang kena dengan kita ada yang tidak... 


Selesai sesi bergambar beramai-ramai, menandakan tamatnya upacara perasmian HIJABEY 2015. Tiba masa??? Makannnnn... ha ha ha.... amboiii suka sangat bila tiba tentang makan kannn??? Sedangkan diri itu tengah dalam program, tak sedar diri nak makan-makan bagaiiii... Iya, acara yang seterusnya adalah makan tengah hari bersama-sama tetamu VVIP. Alhamdulillah, sedap dan kenyang...Terima kasih Kak Jue dan pihak pengurusan HIJABEY 2015 atas menu makanan tengah hari yang dihidangkan kepada kami. ^_^... 

Ingatkan selepas makan nak terus mengundurkan diri, tiba-tiba YBhg Datuk Maznah Hamid datang menjenguk ke meja media/blogger dan berborak dengan kami. Sambung lagi cerita, tetapi kali ini lebih dalam ceritanya.... ("in depth")... Beliau seorang wanita yang tidak sombong dan tidak lokek ilmu dan sanggup berkongsi ilmu... Bukan sekadar ilmu tentang perniagaan tetapi juga ilmu kehidupan. ^_^... Itu nanti, cerita di entri lain... ini entri tentang HIJABEY 2015 ok? 


Hidup ini boleh diubah dengan merubah cara kita berfikir, apa yang dipercayai oleh fikiran kita maka itulah yang akan dicapai oleh kita...- YBhg Datuk Maznah Hamid
Selain tu??? Sempat juga bergaya depan kamera dengan khidmat jurugambar dari #alangraphystudio... siap bagi pesanan ok, jangan nampak gemuk, jangan nampak tembun...wakakakaka...boleh??? dan di bawah nilah hasilnya... 



Bagi wanita-wanita di Utara dan Pantai Timur... nantikan kedatangan HIJABEY 2015 di lokasi-lokasi yang di bawah:

29 - 31 MEI 2015
SUNWAY CARNIVAL CONVENTION CENTRE, SBG JAYA, PENANG

21-23 OGOS 2015
KELANTAN TRADE CENTRE, KOTA BHARU

Tempahan "booth" secara atas talian dibuka sekarang!!! Dapatkan "Early Bird Discount" apabila anda membuat tempahan "booth" secara atas talian sekarang. Cepat!!! Cepat!!! Cepat!!! Sebab dah hampir penuh dah ni sepertimana yang diwar-warkan oleh Kak Jue di dalam ucapan perasmian semalam... 

Untuk Maklumat Lanjut:

BIG UNITY EVENT MANAGEMENT 

KL: 49-3, Jln 8/146, Bandar Tasik Selatan, 57100 Kuala Lumpur,
PNG: 2069, Jln Permatang Pauh, Permatang Pauh, 13500 Penang.
Telephone

013-440 8002 Azura(Jue), 013-485 3738 Rosdan, 017-674 5086 Rahimi
Email


Laman Web Rasmi HIJABEY 2015

Post a Comment

5Comments

DISCLAIMER: All content provided on this "Bubblynotes.Com - Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger" blog is for informational purposes only. The owner of this blog makes no representations as to the accuracy or completeness of any information on this site or found by following any link on this site. The owner of Bubblynotes.Com -Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger will not be liable for any errors or omissions in this information nor for the availability of this information. The owner will not be liable for any losses, injuries, or damages from the display or use of this information. This terms and conditions is subject to change at anytime with or without notice.

  1. mesti seronok cuci mata kan...alang² dah ada kat hijabey ni,rasa rugi kalau tak sambar sehelai dua shawl yang kita suka...

    ReplyDelete
  2. wah.. kak farah. enjoy btul ye.

    ReplyDelete
  3. Mmg rambang mata tgk shawl murah murah hehe. Bestnya u dpt jumpa the iron lady, untung!

    ReplyDelete
  4. tak berkesempatan nak pegi sebab dok pulun ngadap buku final exam T.T

    ReplyDelete
Post a Comment

#buttons=(Accept !) #days=(20)

Bubblynotes.Com uses cookies to enhance your experience. Check Now
Accept !