Hati Kecil Tidak Pernah Menipu...

Farah Waheda Wahid
5
Sumber dari Google
Amboiiii, gittew sekali kannn??? Ha ha ha... Kerja-kerja membersih, menampal,membaiki dan menguatkan hati sedang dijalankan. Kesulitan sekarang adalah untuk keselesaan dan kesenangan di masa hadapan. Utamakan keselamatan. Begitulah pesanan khidmat masyarakat... Kui kui kui kui... 

Tak ada apa punnn, sebenarnya terbaca penulisan maya Dr Ezairy M.Sallih di SINI dan tertarik pula untuk berkongsi dengan semua... Mungkin sesuatu yang nak dibaca dan mungkin juga sesuatu yang tidak mahu dibaca... hew hew hew...

Ramai orang segan untuk meluahkan rasa dan masalahnya apabila bersama sekumpulan ramai orang. Masalah ini selalu mampu diselesaikan dengan wujudnya komunikasi antara hati ke hati. Tanpa hati besar, susah untuk kita menggapai apa-apa pun kecemerlangan yang hebat-hebat dalam hidup.

Bolehlah dikatakan bahawa, hati besar ialah suatu "booster" untuk kita menolak diri kita jauh lagi ke depan. Hati besar juga adalah daya tujah untuk kita terus maju dan cemerlang.

Jadi apa pula fungsi hati kecil??? 

Bila kita asyik-asyik mengangankan sesuaty yang besar-besar di dalam kehidupan kita, hati kecil akan selalu mengingatkan kita. Hati kecil akan sentiasa memandu kita agar kita tidak terlalu ghairah dalam mengejar sesuatu impian. Hati kecil akan sentias jujur pada diri kita. Jadi, tak boleh kata hati kecil ini tidak perlu. Tak boleh abang-abang, tak boleh kakak-kakak, tak boleh adik-adik. 

Dalam kita sibuk-sibuk nak dapat untung di dalam perniagaan, hati kecil selalu mengingatkan kita bahawa dalam untung itu akan datang risiko. Dalam risiko itu selalu akan hadir kegagalan. Dan kegagalan itu, selalunya berakhir dengan kehancuran.

Tanpa hati kecil, manusia akan terus menerus melakukan kesilapan. Kita akan lupa apa itu erti jatuh. Kita akan terus dan terus mengejar yang di atas, sehingga kita lupa apa yang ada di bawah. Makanya peliharalah hati-hati kita. Kawallah hati besar kita, ingatlah kita juga punya hati kecil. Kalau bijak digabungkan, In Shaa Allah kita akan menjadi manusia yang paling cemerlang.

Post a Comment

5Comments

DISCLAIMER: All content provided on this "Bubblynotes.Com - Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger" blog is for informational purposes only. The owner of this blog makes no representations as to the accuracy or completeness of any information on this site or found by following any link on this site. The owner of Bubblynotes.Com -Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger will not be liable for any errors or omissions in this information nor for the availability of this information. The owner will not be liable for any losses, injuries, or damages from the display or use of this information. This terms and conditions is subject to change at anytime with or without notice.

  1. hrmm betul 2 kak
    jom singgah blog ni
    http://nurzuradream.blogspot.com/

    ReplyDelete
  2. kata-kata motivasi yang hebat
    Allah menguji orang-orang yang hebat
    moga kita berjaya menempuh hidup ni
    dan berjaya duni danakhirat

    ReplyDelete
  3. betul tu kak farah. semuanya bermula dari hati. sebab tu kena hati hati dengan hati. :D

    ReplyDelete
  4. Hati kecil tidak pernah menipu tetapi kita selalu nak tipu hati kecil...hehe

    p/s: Ye la...template kita sama tapi tak serupa... :)

    ReplyDelete
Post a Comment

#buttons=(Accept !) #days=(20)

Bubblynotes.Com uses cookies to enhance your experience. Check Now
Accept !