Gigihnya Ash Belajar???

Huh??? Pandai sangat dah ke baca tu??? Ke sepah jer lebih ni Ash??? Malam semalam punya cerita... Dush dush dush... dia punggah semua buku lepas tu konon-kononnya membaca sendiri di dalam bahasa dia, apa yang dia faham dan apa yang dia baca Mommy sendiri tak pasti, cumanya tiba-tiba Mommy rasa suka suka suka...bila dia nampak "elephant" dia bunyikan bunyi "elephant", bila nampak "sheep" dia bunyikan bunyi "sheep", bila nampak "cat" dia bunyikan bunyi "cat"... Macam tiba-tiba rasa...alahaiii anak... Dah mula mengenal dan dah mula faham... Bagus bagus bagus...Alhamdulillah...Iyalah di usia begini anak-anak memang mudah menangkap sesuatu yang baru dan menarik minat mereka kan? Semua kanak-kanak pun sama... Bila tengok balik gambar ni lama-lama, tenung balik gambar ni, nampaklah ketokohan tu...ecewahhh... Mommy "up" anak sendiri pula... Alaaaa...sekali sekala... apa salahnya kann??? 

Dahulunya Farah pernah kongsikan 7 Tips Buat Anak Seronok Membaca... dan Farah pun tak adalah nak ulang-ulang lagi apa yang Farah kongsikan. Sekiranya berminat, sekiranya ada masa terluang bolehlah membaca entri yang terdahulu itu yer... Cumanya...ada sedikit tips tambahan yang boleh digunapakai oleh semua ibu bapa di luar sana yang Farah ingin kongsikan di dalam entri ini... 

1. Selalu membacakan buku bergambar yang menarik minat sambil anak duduk di pangkuan kita. Tidak perlu lama, 10-15 minit setiap hari pun sudah memadai. Tidak kira di mana sahaja, bukan "restricted" di rumah sahaja, di restoran, di dalam kereta atau di taman...Di mana-mana yang bersesuaian...

2. Rajin-rajin singgah ke kedai buku dan bukannya semata-mata kedai permainan. Alhamdulillah, setakat ini Ash tidak pernah lagi meraung-raung di mana-mana pusat membeli-belah yang menjual permainan, mungkin juga sebab Ash masih kecil lagi kecuali benda-benda yang menarik minat dia contohnya... Pororo... panda...ahakss...dia memang gemarkan panda...tapi memang tak nak Ash ada satu tabiat meraung-raung, "tantrum" bila tidak dapat barang mainan itu...In Shaa Allah... Mudah-mudahan tidak... 

3. Sentiasa membawa buku ke mana-mana. Jika nak mudah boleh letak buku sentiasa di dalam kereta. Memang punnn... kalau kami ke mana-mana, salah satu dari perkara yang Farah buat adalah berikan Ash buku untuk dia selak-selak dan melayan perasaan sendiri di dalam kereta sepanjang perjalanan walaupun dia masih lagi belum pandai membaca sendiri...bila dah agak-agak dia dah mula bosan, barulah Farah berikan tablet... 

4. Kenal pasti minat anak-anak. Apa kegemarannya, jika buku berkaitan ikan, belilah buku ikan, jika kucing belilah buku kucing. Bergantung kepada minat anak masing-masing.

5. Suasana di dalam rumah juga memainkan peranan. Bagaimana hendak merangsang anak membaca jika barang permainan lebih banyak daripada buku? Tak adalah pula Farah katakan tidak boleh bermain, Ash tu pun bermain juga. Kalau boleh jom kita sama-sama sebagai ibu bapa lebih membelikan anak-anak kita semua permainan yang merangsang minda. Jap jap jap...sebelum ada yang berbisik dalam hati mengatakan macam bagus sangat...macamlah Ash tu pandai sangat... Farah cuma cuba untuk sampaikan mesej... nisbah barang permainan itu lebih banyak berbanding bahan bacaan. Jika boleh, sediakan mini perpustakaan di dalam rumah. Lama kelamaan anak akan terbiasa dengan suasana itu.

6. Selalu membelikan buku untuk anak-anak sebagai hadiah tetapi perlu diingat, bukan beli dan selepas itu kita suruh anak-anak membaca tanpa membantu mereka dan bercerita mengenai gambar di dalam buku tersebut. ^_^...Kena rajin-rajin jadi "story teller"...dan jadi ibu bapa yang mempunyai anak kecil ini, sebenarnya kena rajin melayan...wargh kah kah...sampaikan kita ni jadi macam-macam kadang-kadang...Kadang-kadang jadi kucing, kadang-kadang jadi tikus... macam-macamlah... Hu hu hu... 

Alhamdulillah jika Ash sememangnya ada minat untuk membaca.... Dan diharapkan minat ini kekal sampai bila-bilalah hendaknya... In Shaa Allah, Amin... 

Dapatkan Artikel terbaru dari Situs ini melalui e-mail Anda.

Author : Farah Waheda Wahid Terimakasih telah berkunjung

Artikel Gigihnya Ash Belajar??? , diterbitkan oleh Farah Waheda Wahid pada hari Monday, April 13, 2015.Enjoy Reading this!.About me: Farah Waheda Wahid Working Mommy Blogger of 1 (a boy). I blog about everything that moms love...mommyhood, beauty, fashion, health, food, tech and travel. Being a mom of 1 young kids, I like to find a balance between blogging about family related topics and things that are just for mom :) My blogs primary objective is to share my experiences with my readers, so it might help them with anything similar they may be experiencing, or to introduce them to new ideas. I blog from Selangor, Malaysia and have a preschooler toddler.

8 comments:

  1. amboi...
    abis suma dia baca.
    bakal best student nie.

    ReplyDelete
  2. kusyuk betul Ash yer... comei je tengok

    ReplyDelete
  3. Anak lelaki kakak tak tahulah Farah sebab anak kakak semua perempuan. Budak perempuan biasanya kalau dah pandai baca memang suka membaca. Baca buku ceritalah terutamanya. Buku belajar memang nak kena kerah selalu (itu anak kakaklah)..

    Ash tu hmmm... macam betul-betul kyusuk membaca. Kalau tengok mengalahkan professor lagaknya:)

    ReplyDelete
  4. Wah bijak lah dia...
    Macam bebena pula tengok dia baca kan...kiki

    ReplyDelete
  5. ehehe bagusnyaaa Ash.. bagus2.. minat yang bagus dipupuk dari kecil =)

    ReplyDelete
  6. amboi...kusyuknya...

    #1,3,4,5,6 mmg buat kt umah n Aqil pon suka

    ReplyDelete
  7. Moga kekal tabiat mmbaca tu smp dewasa...

    ReplyDelete

DISCLAIMER: All content provided on this "Bubblynotes.Com - Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger" blog is for informational purposes only. The owner of this blog makes no representations as to the accuracy or completeness of any information on this site or found by following any link on this site. The owner of Bubblynotes.Com -Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger will not be liable for any errors or omissions in this information nor for the availability of this information. The owner will not be liable for any losses, injuries, or damages from the display or use of this information. This terms and conditions is subject to change at anytime with or without notice.

Shoplinks Asia

iWON.MY