Home » , , , , , , » Gerhana Bulan Penuh 4 April 2015...

Gerhana Bulan Penuh 4 April 2015...

Sumber dari Google
Iyaa... hari inilah dikatakan bakal berlaku fenomena gerhana bulan penuh... Hari Sabtu 4 April 2015. Jangan lupa ya pada sesiapa yang berminat hendak menyaksikan fenomena gerhana bulan penuh ini mengambil kesempatan untuk melihat dengan mata kepala sendiri.

Menurut sumber di SINI

KUALA LUMPUR: Rakyat Malaysia berpeluang menyaksikan fenomena gerhana bulan penuh pada 4 April ini, satu-satunya gerhana bulan yang dapat dilihat di Malaysia pada tahun ini. 
Mengikut satu kenyataan yang dikeluarkan Agensi Angkasa Negara (ANGKASA) di sini pada Isnin, fasa fenomena tersebut bermula pada 5.01 petang, iaitu bulan memasuki bayang-bayang penumbra. 
Kemuncak gerhana berlaku pada 8 malam dan fenomena itu berakhir pada 10.59 malam, iaitu bulan keluar dari bayang-bayang penumbra. 
Menurut kenyataan itu, di Sabah, bulan akan terbit lebih awal berbanding di semenanjung iaitu sekitar 6 petang dan untuk itu penduduk di Sabah dapat menyaksikan fenomena tersebut bermula dari fasa separa sehingga tamat keseluruhan gerhana.
Dan bagi memudahkan anda merujuk jadual fenomena gerhana bulan penuh ini, di bawah adalah jadual waktunya yang telah disesuaikan dengan waktu zon Malaysia iaitu waktu tempatan: 

Sumber dari SINI
Berdasarkan info di atas, gerhana bulan kali ini AMAT PENDEK, kerana ia berada dalam fasa GERHANA PENUH selama 5 MINIT sahaja!

Oleh itu, gunalah peluang yang ada, dan buat perancangan sebaiknya untuk memastikan kita tak terlepas merakam saat-saat ia berada fasa gerhana penuh itu.

Laman web TimeAndDate.com ada memaparkan simulasi gerhana bulan tersebut. Sila klik link INI.

Solat sunat khusuf??? Hukum melakukan ‘Solat Gerhana Bulan’ atau dikenali juga dengan nama ‘Solat Sunat Khusuf’ adalah ‘sunat muakkad’ bagi muslimin dan muslimat. Ia boleh ditunaikan sama ada secara berjamaah atau bersendirian dan waktunya bermula ketika sedang berlakunya bulan gerhana sehingga selesai gerhana tersebut. Sekiranya gerhana berlaku ketika atau selepas terbenam matahari, maka tidak adalah solat gerhana. Bagi maklumat lebih lanjut dan jelas bolehlah merujuk ke laman web atau blog INI

Dapatkan Artikel terbaru dari Situs ini melalui e-mail Anda.

Author : Farah Waheda Wahid Terimakasih telah berkunjung

Artikel Gerhana Bulan Penuh 4 April 2015..., diterbitkan oleh Farah Waheda Wahid pada hari Saturday, April 4, 2015.Enjoy Reading this!.About me: Farah Waheda Wahid Working Mommy Blogger of 1 (a boy). I blog about everything that moms love...mommyhood, beauty, fashion, health, food, tech and travel. Being a mom of 1 young kids, I like to find a balance between blogging about family related topics and things that are just for mom :) My blogs primary objective is to share my experiences with my readers, so it might help them with anything similar they may be experiencing, or to introduce them to new ideas. I blog from Selangor, Malaysia and have a preschooler toddler.

4 comments:

DISCLAIMER: All content provided on this "Bubblynotes.Com - Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger" blog is for informational purposes only. The owner of this blog makes no representations as to the accuracy or completeness of any information on this site or found by following any link on this site. The owner of Bubblynotes.Com -Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger will not be liable for any errors or omissions in this information nor for the availability of this information. The owner will not be liable for any losses, injuries, or damages from the display or use of this information. This terms and conditions is subject to change at anytime with or without notice.

Shoplinks Asia

iWON.MY