Home » , , , , , , , , , , » Cara Mengesan Gigi Yang Sudah Mula Rosak Pada Anak dan Pencegahannya...

Cara Mengesan Gigi Yang Sudah Mula Rosak Pada Anak dan Pencegahannya...


Gigi 6 batang jelas kelihatan, 2 batang di kiri kanan gigi atas yang baru mula hendak tumbuh, rambut  belah tepi selepas mandi...menjadikan sedikit kelainan pada paras rupa wajah Ash...Ha ha ha... Tapi memang lahhh, sejak ada gigi ni lain sikitlah rupa paras tu, takkan nak sama dengan sebelumnya semasa masih belum tumbuh gigi lagi... Apalah Mommy ni... Ihikss... 

Hari-hari gosok gigi pagi dan malam ni tau... pagi laporan dari Nek Ma Ash, dia sangat susah nak gosok gigi dengan Nek Ma dia, tak mau... lari-lari dan mengelak-ngelak, tetapi bila dengan Mommy elok jer duduk diam? Tadah jer gigi tu pada Mommy? Apakah? Ha ha ha, adakah Mommy garang sampai Ash tak berani nak main-mainkan Mommy macam Ash main-mainkan Nek Ma? Dan Farah sememangnya sangat "concern" dengan penjagaan gigi Ash walaupun ianya hanyalah gigi susu dan bakal berganti ke gigi kekal apabila sampai tempoh matangnya nanti. Kenapa? Sebab anak-anak kecil lebih mudah mengalami kerosakkan gigi. Ini adalah kerana lapisan pelindung gigi mereka lebih nipis. Kita sebagai ibu bapa sepatutnya perlu lebih peka dengan tanda-tanda kerosakkan gigi pada anak-anak kita sejak kecil lagi. 

Menurut satu artikel di SINI, berikut ada beberapa jenis dan cara bagi kita sebagai ibu bapa untuk mengenal pasti atau mengesan gigi anak-anak kita yang sudah mula rosak.

Bau Mulut
Kerosakkan gigi pada anak boleh dikesan melalui bau mulutnya. Gigi yang sudah mulai rosak akan ditandai dengan bau mulut anak yang kurang sedap dan ditandai dengan kemunculan aktiviti bakteria pada rongga mulut dan boleh sahaja menyerang lapisan gusi.

Kerak Atau Plak Gigi
Kerak atau timbulnya plak pada permukaan gigi dapat dikesan dengan timbulnya gigi yang berwarna kekuningan atau kecoklatan. Kerak pada gigi ini boleh terjadi kerana kita kurang bersih memberus gigi sehingga sisa-sisa makanan masih melekat pada gusi ataupun di antara celahan gigi. 

Muncul Rasa Ngilu
Ngilu pada gigi dan gusi yang lebih menjurus kepada sakit gigi, merupakan satu petanda nyata bahawa telah terjadi kerosakan pada gigi atau gusi dalam keadaan yang sudah parah. Kemungkinan doktor gigi akan mengambil tindakan menampal gigi apabila gigi sudah tidak terasa sakit lagi. Sekiranya keadaan tersebut dirasakan tidak sesuai, berkemungkinan gigi yang rosak perlu dicabut agar ia tidak melarat serta menimbulkan jangkitan atau infeksi pada organ vital seperti otak dan jantung. 

TIPS MENCEGAH GIGI ANAK ROSAK

Gigi susu menentukan gigi dewasa yang sihat. Jadi, bantulah anak-anak kita merawat gigi susunya supaya terhindar daripada kerosakan gigi. Berikut adalah cara untuk menjaga kesihatan gigi serta mencegah gigi rosak:

1. Hidangkan makanan manis bersama dengan makan rutin dan jangan dijadikannya sebagai kudapan. Sekirannya kita mahu memberikannya makanan manis, hidangkan sebagai makanan penutup setelah makan utama. Setelah itu, pastikan anak membersihkan gigi dengan cara menggosok gigi ataupun berkumur.

2. Hindari minuman bersoda atau jus buah dalam tin yang mengandungi asid. Air putih dan susu adalah minuman yang boleh diberikan di antara waktu makan.

3. Biasakan anak-anak kita untuk makan beberapa jenis kudapan dengan cepat. Seberapa cepat anak kita menikmati kudapan itu lebih penting daripada berapa banyak kudapan yang dimakannya. Jarak antara menikmatai kudapan tersebut membuatkan air liur mampu membersihkan gigi dari partikel dan bakteria yang mengganggu. 

4. Berikan anak kita makanan bebas gula. Hindari memberikan susu pada anak menjelang waktu tidurnya, atau memberikannya susu dalam botol untuk memudahkannya tidur.

5. Latih anak kita minum air putih. Air akan menghilangkan partikel makanan daripada celahan gigi. 

6. Jika anak kita gemar mengunyah gula-gula getah tanpa kandungan gula atau yang mampu mengurangkan bakteria jahat di mulut.

7. Anak kita yang berusia 20-24 bulan, biasanya sudah pandai meludah. Gunakan ubat gigi yang mengandungi fluoride untuk menjaga gigi dari kerosakkan. Berus dan bersihkan celahan gigi anak kita dengan benang gigi atau "dental floss" setiap hari. Beruslah gigi, 2 kali sehari dengan menggunakan ubat gigi.

8. Bawa anak membuat pemeriksaan gigi secara rutin, setiap 6 bulan sekali, bermula usianya setahun. Rutin ke doktor gigi boleh mengesan lebih awal masalah kerosakkan gigi ini.

Hurmm, hari tu dah ada nyatakan tentang perancangan nak bawa Ash ke "dentist" di dalam entri Ash Bila Nak Mula Pergi "Dentist" Ni???, nampak-nampak gayanya dah bolehlah bermula rutin itu sekarang cuma penerimaan Ash tu lah tak tau macam mana kannn??? Ekekekeke... sama ke macam Mommy penakut "dentist" sewaktu kecil-kecil dahulu??? 

Dapatkan Artikel terbaru dari Situs ini melalui e-mail Anda.

Author : Farah Waheda Wahid Terimakasih telah berkunjung

Artikel Cara Mengesan Gigi Yang Sudah Mula Rosak Pada Anak dan Pencegahannya... , diterbitkan oleh Farah Waheda Wahid pada hari Wednesday, April 15, 2015.Enjoy Reading this!.About me: Farah Waheda Wahid Working Mommy Blogger of 1 (a boy). I blog about everything that moms love...mommyhood, beauty, fashion, health, food, tech and travel. Being a mom of 1 young kids, I like to find a balance between blogging about family related topics and things that are just for mom :) My blogs primary objective is to share my experiences with my readers, so it might help them with anything similar they may be experiencing, or to introduce them to new ideas. I blog from Selangor, Malaysia and have a preschooler toddler.

6 comments:

  1. irine pon sama.. susah gosok gigi!! adoii..takut gigi dia rosak je.. beria laa pegang berus gigi.. tp dia buat sikat rambut.. huhu

    ReplyDelete
  2. Perkongsian yang bagus ni untuk saya pada masa akan datang..hihi

    ReplyDelete
  3. klik artikel ni sebab nk scan utk diri sendiri... HAHAHHAHAA

    ReplyDelete
  4. Aqil pon sm.sejak2 gigi dh byk susahnya nk gosok gigi.dedulu ms kecik ok ja

    ReplyDelete
  5. gigi baby dan kanak kanak memang kena jaga. nanti hilang comel kalau dah rongak. heheh!

    ReplyDelete
  6. Mmg kna jaga tmbah bila dh mkn mcam2...

    ReplyDelete

DISCLAIMER: All content provided on this "Bubblynotes.Com - Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger" blog is for informational purposes only. The owner of this blog makes no representations as to the accuracy or completeness of any information on this site or found by following any link on this site. The owner of Bubblynotes.Com -Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger will not be liable for any errors or omissions in this information nor for the availability of this information. The owner will not be liable for any losses, injuries, or damages from the display or use of this information. This terms and conditions is subject to change at anytime with or without notice.

Shoplinks Asia

iWON.MY