Bila Anak-Anak Sudah Pandai Tentang "Sleepover"...

Farah Waheda Wahid
5
Sumber dari Google
Semasa Farah di zaman-zaman kecil, persekolahan, universiti dan zaman anak dara memang susah sungguh nak dapat pelepasan untuk "sleepover" atau dalam istilah panjangnya di dalam Bahasa Malaysia atau Bahasa Melayu, tidur di rumah rakan. Nek Ma Ash dan Atuk Ash memang kawal kaw-kaw punyalah. Farah tidak pernah sekalipun tidur di rumah kawan-kawan sekolah, kawan-kawan universiti dan kawan-kawan kerja. Kawan-kawan tidur rumah Farah adalah sebab Nek Ma Ash dan Atuk Ash yang ajak. Ngeee... 

Tiba-tiba terimbau pula kenangan sewaktu zaman-zaman yang sudah berlalu itu. Secara logiknya, Nek Ma Ash dan Atuk Ash tidak memberikan pelepasan untuk tidur di rumah kawan-kawan kerana mungkin yang pertamanya tidak mahu menyusahkan ibu bapa kawan-kawan dan yang keduanya mungkin disebabkan Farah anak tunggal kot??? Ekekekeke... entahlah tak berapa nak pasti kenapa... tetapi mungkin juga jangkaan Farah ini betul kan??? Hanya Atuk Ash dan Nek Ma Ash yang ada jawapan itu. Kalau ikut-ikutkan Nek Ma Ash pernah "heart to heart talk" dengan Farah sewaktu Farah kecil dahulu, dan menyatakan bahawasanya dia kurang gemar sebenarnya Farah tidur di rumah kawan. Ok faham... 

Pengalaman apabila ada kawan-kawan yang tidur di rumah memang menyeronokkan dan ada kelainannya. Kenangan manis tu sewaktu zaman-zaman kecil dan sebelum berkahwin. Memang sehingga kini menjadi satu memori yang susah nak dilupakan. Rindunya pada mereka... Tiba-tiba kan???

Apa yang pernah kita lalui, kita lakukan mungkin akan berulang kepada anak-anak kita. Dan biasanya yang tidur di rumah sesama sendiri ini adalah sahabat akrab kan? kan? kan? Tidak mustahil satu hari nanti anak-anak kita akan datang kepada kita dan bertanya... "Mommy, Ash nak tidur rumah kawan boleh tak satu malam?" atau "Mommy, kawan Ash nak datang tidur rumah satu malam boleh tak?"

Agak-agaknyalah kan bagaimana reaksi anda? Kalau anak anda hendak tidur di rumah rakan mereka... sama ada hendak memberikan pelepasan ataupun tidak? Kalau ada rakan-rakan mereka hendak bertandang ke rumah, sama ada menerima dengan hati terbuka ataupun memberikan alasan yang kukuh untuk menolak dengan cara yang terbaik kerana merasakan ada ketidaksesuaian di sana sini yang tidak memungkinkan kita menerima kehadiran rakan-rakan anak kita dengan alasan yang kukuh. Terpulanglah kepada pasangan ibu bapa itu sendiri sebenarnya... 

Tetapi sekiranya perkara ini bakal berlaku, sedikit pandangan serta pendapat peribadi dari Farah adalah... 

Kenali Siapakah Rakan Anak Itu
Kita perlu tahu siapakah sebenarnya rakan anak kita itu... sama ada rakan dari sekolah? pusat tuisyen? pusat aktiviti? Siapakah nama mereka? Tinggal di mana? Penting tu... sebab zaman sekarang ni memang zaman ramai kenalan dan rakan, lebih-lebih lagi zaman gajet, siber dan teknologi. Manalah tahu kalau-kalau rakan dari dunia maya yang tidak pernah bersua muka ke? Tiba-tiba ajak tidur di rumah mereka atau anak kita sendiri yang mempelawa kan? Kena tahu dan kena selidik betul-betul. Bukanlah tak beri keizinan cuma kita perlu tahu terlebih dahulu untuk mendapatkan kepastian. 

Kenali Ibu Bapa Rakan Anak Kita
Kena soal anak, kena ambil tahu, siapakah ibu bapa rakan-rakan anak kita dengan sebaik mungkin. Kalau boleh tahu, siapa nama? tinggal di mana? kalau-kalau anak-anak kita pernah berjumpa dengan ibu bapa rakan mereka ataupun tidak? 

Kenali Keluarga Rakan-Rakan Anak Kita
Berapa ramai ahli keluarga atau adik beradik anak rakan kita. Kalau anak kita lelaki dan dah baligh lagilah kena tanya. Nak tidur rumah kawan tu dia ada kakak atau adik perempuan tak? Kalau ada macam kurang manis pula nak beri anak kita tidur di rumah orang lain yang ada anak dara kan? Sama juga sebaliknya... kalau anak kita perempuan, nak tidur rumah kawan tu dia ada abang atau adik lelaki tak? Errr... faham kan maksud Farah? Kiranya macam sila faham-faham sahajalah kenyataan ini. Kalau iya ada adik beradik lain yang berlawanan jantina dengan anak, Farah terus terang mengaku memang berat Farah nak beri pelepasan. Memanglah ibu bapa mereka ada di rumah, tidur berasingan ke segala bagai ke... Tapi, fikir yang negatif dulu sebelum positif... anak-anak sekarang ini terlebih "advance", kita tidak mahu perkara yang tidak diingini berlaku... Hu hu hu... Melampau tak fikir macam ni? 

Berhubung atau Berjumpa Ibu Bapa Rakan Anak Kita
Ibu bapa kena kenal...sebab ibu bapa perlu sedikit sebanyak mentafsir... mentafsir yer bukan menilik...  bagaiman ibu bapa rakan anak kita, adakah mereka orang yang sebegini, orang yang sebegitu... Kena ingat, kadang-kadang anak-anak ni pandai membuat rancangan mereka sendiri... Dah rancang punya rancang...masing-masing balik ke rumah dan ayat ibu bapa masing-masing... Hu hu hu... Mungkin ibu bapa rakan anak kita tu tidak selesa kalau ada anak orang lain datang bertandang ke rumah mereka...Manalah tahu mungkin mereka rasa tidak selesa menerima kehadiran orang lain disebabkan keadaan rumah ke, disebabkan mereka juga tiada di rumah untuk memantau ke, kerana sibuk bekerja... Kita tak tahu kan kalau-kalau mereka ada alasan mereka yang tersendiri...Tetapi sekiranya mereka sangat mesra dan mengalu-alukan, di situ mungkin tiada permasalahan.

Kena berjumpa dan berhubung dengan ibu bapa rakan anak kita tentang "sleepover" atau rancangan tidur di rumah rakan ni kerana, sebagai ibu bapa kita harus pastikan keselamatan anak-anak kita juga, kena pastikan bahawa anak-anak kita sememangnya tidur di rumah rakan mereka seperti yang diperkatakan. Tak naklah jadi insiden, katanya hendak tidur di rumah rakan, tetapi lain pula ceritanya yer? Melencong ke tempat lain pula yer??? Ah sudahhh... tak mau tak mau tak mau...kalau boleh dielakkan, inilah salah satu caranya kot untuk memastikan...kita cuba yang terbaik untuk memastikannya...

Tot tet tot tet dah selesai semua apa yang Farah senaraikan di atas, kemudiannya tiba giliran kita pula untuk berbincang hati ke hati bersama-sama anak kita...

Memberi Pesanan Kepada Anak Kita
Jika ada di antara rakan-rakan anak-anak kita yang hendak bermalam di rumah kita, beri pesanan kepada anak-anak kita ikut apa yang kita mahu pesan. Maksudnya, contohnya, jika kita mengaplikasi satu bentuk peraturan ataupun undang-undang di dalam rumah, dengan kehadiran rakan-rakan anak kita, itu tidak bermaksud anak kita boleh melanggar peraturan itu sesuka hati ataupun peraturan itu dilonggarkan. Peraturan tetap peraturan. Disiplin tetap disiplin. Hamboiiii, garangnya Mommy Ash...wargh kah kah kah...

Nantilah dulu, jangan silap faham... misalnya... selepas makan, pinggan dan gelas letakkan di dalam sinki jangan biarkan di atas meja sebegitu sahaja... Tau-tau ajerlah kann? Bila anak-anak berkumpul ni, kalau dah seronok kadang-kadang tu boleh terlupa peraturan... Hurmm... Lagi contoh??? Selepas main sila kemaskan seperti mereka lakukan seperti biasa, bukannya dengan hadirnya rakan-rakan di rumah itu syarat mereka untuk melepaskan diri dari tanggungjawab.... Heee...sebenarnya tolong ibu-ibu mengemas juga, jadi tak adalah rumah tu semak sangat... Ha ha ha...Banyak betul peraturan Mommy Ash kann??? Takut orang nak bagi anak mereka tidur di rumah Ash nanti... Hik hik hik...

Bukannya apa,  untuk mengingatkan dan melatih anak-anak kita sendiri juga tentang tanggungjawab adalah tetap tanggungjawab tidak kira apa juga keadaan... Itu bagi Farah lah...

Sebaliknya pula, kalau anak kita yang tidur di rumah rakan-rakan mereka... sila berikan pesanan supaya mereka berkelakuan baik di rumah orang... Jangan suka-suka nak buat perangai, jaga tingkah laku, jangan usik barang-barang di dalam rumah orang tanpa kebenaran, jangan pergi ke mana-mana mengikut ibu bapa rakan anak kita berjalan tanpa memberitahu atau memaklumkan kepada kita, sebab kita "concern" dengan keselamatan anak-anak kita, kita perlu tahu ke mana mereka akan pergi? apa yang mereka buat? bersama siapa? Sekurang-kurangnya kita boleh pantau atau sekiranya berlaku apa-apa kecemasan kita boleh tahu... Penting ni penting... Pesan pada anak, pakaian kotor letakkan di dalam satu beg khas, jangan lupa solat, jangan lupa membantu dan jadi ringan tulang di rumah orang lain... bla bla bla....

Dah berbincang hati ke hati...ke fasa yang seterusnya...

Sediakan Keperluan Anak-Anak Kita Yang Selengkapnya
Sediakan dengan lengkap apa yang mereka perlukan, baju harian, baju tidur, barangan "toileteries" mereka, bekalan makanan kudap-kudapan mereka...Manalah tahu kalau-kalau tengah malam anak kita lapar ke, tak perlulah mereka menggodek dapur orang yer tak??? Takkanlah tidur di rumah orang lain nak buat macam rumah sendiri pula walaupun ibu bapa rakan anak kita mengatakan tak apa buat macam rumah sendiri... "No no no no no"... Jangan ajar anak kita untuk buat harta orang macam harta mereka sendiri... Hu hu hu... Tetapi ajar anak kita berkongsi dan tidak lokek dengan apa yang mereka ada...

Hantar Anak Kita Sendiri Ke Rumah Rakan Mereka Sehingga Ke Muka Pintu Rumah Dan Ambil Mereka
Bukan bermaksud bila anak kita hendak tidur di rumah rakan mereka, kita mengharapkan orang lain menghantar anak kita ke rumah rakan mereka, ataupun kita menghantar sekadar di pintu pagar rumah. Sebagai ibu bapa, kita haruslah hantar anak-anak kita sehingga ke muka pintu rumah rakan mereka, beri salam dan beritahu ibu bapa mereka bila kita sendiri akan mengambil anak kita. Farah lebih selesa dengan cara sebegini. Dan rasa lebih selamat dengan cara sebegini. Berikan nombor telefon kita kepada ibu bapa rakan anak kita untuk mereka hubungi kita sekiranya berlaku apa-apa. Minta tolong kepada mereka untuk menghubungi kita dengan kadar segera sekiranya berlaku apa-apa.

Sentiasa Berhubung Dengan Anak Kita
Bukanlah bermaksud tidak memberikan kebebasan kepada anak-anak kita, atau menyekat. Tetapi kita perlu memastikan anak kita selesa, berada dalam keadaan baik dan terkawal. Sama ada kita menelefon ke rumah rakan anak kita atau ibu bapa mereka atau telefon bimbit anak kita (sekiranya ada) untuk bertanyakan khabar, sama ada mereka dah makan ke belum? bagaimana keadaaan mereka ok ke tidak? AWAS!!! Tetapi jangan terlalu kerap sehingga membuatkan anak kita dan orang lain rimas. Cukup sekadar 2 kali sehari ataupun 3 kali sehari. Dengan jarak waktu yang tidak terlalu dekat...Kalau dah 5 minit sekali telefon tu, sila ambil anak anda dan bawa balik ke rumah sendiri... Muahahahaha....

Fasa yang seterusnya pula??? Kira dah selesailah kannn??? Tidur rumah rakan ni, kita pun ambillah anak kita untuk pulang ke rumah semula... Diharapkan "that they are having a good times" lah kan? ^_^... Tetapi andai kata sewaktu kita mengambil anak kita semula, ataupun menerima panggilan telefon daripada ibu bapa anak kita yang mengatakan anak kita ada melakukan satu kesalahan sama ada secara sengaja atau tidak sengaja. Contohnya ek... terlanggar pasu sebab bermain secara tidak sengaja... Walaupun anak kita cedera ataupun tidak cedera, kita sebagai "courtesy" gantilah semula pasu yang pecah itu, kalaupun kita tidak tahu apakah jenis pasu itu, kaca ke, seramik ke, kristal ke... Bila memberi kebenaran kepada anak kita untuk tidur di rumah rakan mereka... itu tanggungjawab kita sekiranya terjadi apa-apa yang anak kita lakukan secara tidak sengaja ataupun sengaja...walaupun sebiji pinggan yang pecah pun, adalah baik jika kita menggantikannya...bukan semestinya barang sebab kita mungkin tidak tahu jenisnya, boleh jadi ganti rugi yang berbentuk wang ringgit.

Sebenarnya ini salah satu cara juga, kita menjalinkan hubungan baik dengan ibu bapa rakan anak kita. Walaupunlah mereka kata tak kisah, tetapi kita perlu ganti!!! Bagi Farah lah...Kemudian pesan kepada anak kita sebagai pengajaran dan jangan lakukannya lagi...

Phewww... nampak tak? Nampak tak permainannya di situ? Ianya bukan mudah kan nak melepaskan anak ke mana-mana tanpa kita? Bukan mudah untuk memberikan pelepasan kepada anak-anak kita... Nampak macam...alaaa setakat tidur rumah rakan sahaja... apalah sangat, tetapi sebenarnya banyak yang perlu kita ambil kira, banyak yang perlu kita fikirkan... Kadang-kadang orang memang tidak akan berkata-kata di hadapan, iya jangan berburuk sangka kepada orang lain, betul tu, sama ada orang berkata-kata atau tidak berkata-kata, tetap menjadi tanggungjawab kita untuk mendidik dan memantau anak-anak kita.... Mungkin ini pendirian Farah...tetapi orang lain, Farah tidak pasti...

Ash tidur rumah rakan??? Errrr... susah kot nak beri lepas...kalau beri lepas "miracle" lah tu... Mommy lebih "prefer" kawan-kawan Ash yang tidur rumah Ash...Ekekekeke... Al-maklumlah, mana boleh berenggang dengan anak langsung oiiii... Permata hati, intan berlian dan permata tu oiiii...Bukan senang nak dapat tu oiiii.... Ihiksss.... Farah tak kisah jer jika ada antara kawan-kawan Ash akan datang nak bertandang ke rumah... seronok jer...lagi meriah rumah... boleh masak bagi mereka makan....Ha ha ha, jangan risau "aunty" tak garang... "aunty" ni lembut orangnya... dan "aunty" ikhlas jer menerima... #ehhh...ahakss... tetapi kawan-kawan sejantina lah ek? Kalau Ash kata kawan perempuan... haipp "it's a no no..."... 

Post a Comment

5Comments

DISCLAIMER: All content provided on this "Bubblynotes.Com - Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger" blog is for informational purposes only. The owner of this blog makes no representations as to the accuracy or completeness of any information on this site or found by following any link on this site. The owner of Bubblynotes.Com -Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger will not be liable for any errors or omissions in this information nor for the availability of this information. The owner will not be liable for any losses, injuries, or damages from the display or use of this information. This terms and conditions is subject to change at anytime with or without notice.

  1. amoi kak farah lama lagi tu Ash nak bawak balik kawan..hehehe..

    ReplyDelete
  2. farah, yoorin anak sulong and ada 4 orang adik lagi.. Tapi my parents pon tak suka kite tido kat rumah kawan .. kawan tido kat rumah kite takpe.. sebab nya sampai sekarang pon tak tau..tp zaman sekolah je laa.. dah masuk u, kan jauh dengan family, selalu je tido kat rumah kawan2.. balik kg kawan..hehe

    ReplyDelete
  3. Hihi..cik akak zaman sekolah dulu tak de tido umah kawan. Dah kerja nie..pun jarang sebab cik akak rasa tak bebas bila di rumah orang lain...kalau umah sendiri..kita boleh buat itu dan ini kan..

    ReplyDelete
Post a Comment

#buttons=(Accept !) #days=(20)

Bubblynotes.Com uses cookies to enhance your experience. Check Now
Accept !