Bakal Ditinggalkan Semalam!!!

Farah Waheda Wahid
15

Tiba-tiba "touching" sendiri, tiba-tiba jadi tak menentu sendiri... Haishhh... Baru semalam kot bakal ditinggalkan??? Takkan "over" benar sampai macam ni??? Ahakss... Iyalah, orang tak pernah berjauhan sekalipun dengan anak, orang tak pernah tidur malam tanpa anak di sisi... 38 minggu "carry" dalam perut dan sampailah melahirkan sekalipun tak pernah ditinggalkan... Adoiiii...beratnya rasa...walaupun semalam sahaja... Dia pula tidak pernah sekalipun tidur tanpa Mommy yang menidurkan dan tanpa Mommy di sisi...Tapiii dalam masa beberapa minggu dari sekarang Ash terpaksa tidur semalam dengan Nek Ma dan Atuk Ash yer sayang??? Bukan Mommy saja-saja nak tinggalkan Ash semalaman... tetapiiii, Mommy ada kerja lahhh.... yang tak boleh dielakkan dan Mommy terpaksa "outstation" semalam demi mencari rezeki buat kita berdua...Hu hu hu... 


Tak berapa lama dahulu pernah "update" tentang Sanggupkah Kita Berjauhan Dengan Anak???, dan di dalam entri tersebut Farah ada kongsikan sedikit tips bila berjauhan dengan anak... Hurmm... nampak-nampak gayanya kerana diri ini TIDAK SANGGUP tetapi terpaksa demi kerjaya kaedahnya... Memang akan cuba sebaik mungkin mengamalkan tips-tips tersebut... Ha ha ha...Harapnya, cukup kentallah diri ini untuk mengharungi semalam itu... Ini dah nak kena siap-siap sediakan satu baju Ash ni letak dalam beg...baju yang tak basuh supaya ada bau badan dia...#ehhh Mommy pula yang "over" entah-entah Ash "cool" ajer kan??? Rasanya tidak... dia mesti mencari, anak mana yang tidak mencari ibunya??? Kannn??? Lebih-lebih lagi setiap malam memang ada dan memang tidak pernah meninggalkan dia... Harap-harapnya juga, Ash boleh tahan semalam itu tanpa kehadiran Mommy di sisi...Satu malam tak dapat tidur peluk Mommy tau Ash??? 

Kalau boleh bawa, tak kisahlah... "whatever it takes" memang Farah akan bawa... Huwaaaa... tapi tak boleh... dan harap-harapnya dapat tidurlah kami berdua beranak walaupun berjauhan...Semoga dipermudahkan oleh Allah SWT... Mommy pergi sekejap tau Ash... Jumaat dan Sabtu...Sabtu petang Mommy balik... Bunyi macam jauh sangat jer kannn??? Nak kata jauh taklah jauh, nak kata dekat pun taklah dekat...Kalau pandu kereta sendiri memang malam tu "shoot" balik ke rumah dan esok paginya pergi kembali... Tapi masalahnya tidak memandu...

Post a Comment

15Comments

DISCLAIMER: All content provided on this "Bubblynotes.Com - Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger" blog is for informational purposes only. The owner of this blog makes no representations as to the accuracy or completeness of any information on this site or found by following any link on this site. The owner of Bubblynotes.Com -Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger will not be liable for any errors or omissions in this information nor for the availability of this information. The owner will not be liable for any losses, injuries, or damages from the display or use of this information. This terms and conditions is subject to change at anytime with or without notice.

  1. memang rasa sedih bila berjauhan dengan anak ni farah,kalau awfiyah dibawa balik ke kampung sehari pun rasa kosong jiwa ni..nikan pulak kalau dah berhari-hari.tapi demi mencari rezeki,terpaksalah relakan jugak.,.

    ReplyDelete
    Replies
    1. kadang-kadang hati tak rela tetapi terpaksa merelakan... hu hu hu...

      Delete
  2. Mesti berat hati nak tinggalkan Ash...

    ReplyDelete
  3. alahaii. dapat rasakan perasaan kak farah tu macam mana

    ReplyDelete
  4. mmg sedih nak tinggalkan...tpi terpksa juga larr kan...moga mommy cool...ash pown cool...

    ReplyDelete
  5. Kalau terpaksa tinggal seketika, memang akan ingat setiap saat..

    ReplyDelete
  6. pergi keje tinggal beberapa jam pun dah sedih. kat opis asyik teringat je. kalau berhari hari lagi la. kena tabahkan hati.

    ReplyDelete
  7. sama! x pernah tinggalkan irine.. mujur laa kerja xde kena outstation ke hapa.. mommy tinggal dia kat bs sebab tengok wayang pon x concentrate nk tengok asyik pikir anak je,..

    ReplyDelete
  8. terpaksa ku relakan ni kak..apepun semoga dipermudahkan

    ReplyDelete
  9. Hoho... Tak pnh lagi berjauhn... Kursus pun angkut sekali..

    ReplyDelete
Post a Comment

#buttons=(Accept !) #days=(20)

Bubblynotes.Com uses cookies to enhance your experience. Check Now
Accept !