Home » , , » Bagaimana Memilih & Membeli Ketam Segar & Banyak Isi???

Bagaimana Memilih & Membeli Ketam Segar & Banyak Isi???

Sumber dari Google
Ini bukannya soalan tetapi nak berikan jawapan... Ilham terhasil selepas bersantap ketam masak kari tanpa santan... Resipi ---> "From My Kitchen": Kari Ketam Tanpa Santan. Kami ni kalau masak kari memang tidak pernah bersantan. Sekali pun tidak. Masing-masing kurang gemar. 

Kalau nak memasak ni bukan main boh jer masak macam tu, sebelum nak masak, haruslah membeli bahan-bahan masakan terlebih dahulu. Itu satu perkara... dan beli pun bukan boleh main beli jer... Macam ketam, subjek utama entri ini... Kalau beli ketam yang sudah tidak segar atau busuk, pertamanya mestilah berbau, keduanya, hilang kemanisan serta kesedapan ketam itu untuk dinikmati. Betul tak? Masak ni bukan sekadar pandai masak sahaja... tahu teknik masakan yang betul sahaja... sebenarnya dari "scratch" nak kena tahu serba serbi. Tapi bukanlah memandang sebelah mata kepada yang tidak tahu memilih dan membeli sebab kita ni semua bukan lahir-lahir jer dah pandai memilih, membeli dan memasak. Ambil masa juga nak belajar kenal dan mahir kan?

Sebelum berkongsi bagaimana memilih dan membeli ketam yang segar, terlebih dahulu bagi mereka-mereka yang belum kenal atau tidak tahu perbezaan di antara ketam jantan dan ketam betina. Mih mih mih, Farah ajar mih... Ecewahh... Ha ha ha...

Sumber dari Google
Ini adalah ketam jantan.

Sumber dari Google
Ini pula adalah ketam betina dan seperti yang dapat dilihat dari kedua-dua gambar, perbezaan adalah di bentuk yang di tengah-tengah tu yer? Mudah jer nak kenal pasti dan cam.

Sumber dari Google
Haaa, tu dia gambar rajah yang lebih jelas bagi menunjukkan perbezaanya. Selepas ini pada yang baru mengenali, pandailah sudah membezakan. Tahniah. Ngeee.... ^_^... Selain tu boleh juga tengok-tengok dan perhati-perhati warna sepit ketam tu. Kalau jantan warnanya biru, kalau coklat kemerahan itu adalah ketam betina. Boleh juga tengok saiz sepit ketam tu... kalau sepit panjang dan kurus maknanya ketam tu diet wakakakaka...taklah... itu ketam jantan. Kalau ketam betina pula sepit ketam tu bulat dan pendek.

Bila membeli ketam tak ada isi ini sangat mengecewakan dan terasa rugi pula diri membeli kannn??? Dahlah ketam mahal yer tak? Kalau nak tau ketam ada isi atau tidak yang Farah belajar dari Nek Ma Ash:

  • Cari ketam yang bertelur, tentu-tentu banyak isi.
  • Beli semasa bulan mengambang, 13 - 16 bulan Islam.
  • Beli yang betina, yang betina lebih banyak isinya.
  • Tengok bawah ketam tu, kalau banyak lumpur hitam-hitam yang nampak macam menggelikan itu, itu adalah ketam banyak telur.
  • Timbang-timbang juga dengan tangan, kalau berat dan padu tu... banyak isi jugalah tu.
Kalau nak tau sama ada ketam itu adalah segar ataupun tidak...
  • Picit-picitkan kawasan segitiga, kalau keluar warna kuning coklat itu bermakna ketam itu segar, kalau keluar warna putih kelabu bermakna itu ketam semalam ke, ataupun sudah tidak segar lagi. Harap maklum yer.
  • Ini paling senang kot? Bau... Kalau hanyir takkan la segar lagi kannn??? 
  • Buka mata luas-luas, bedek betul-betul dengan teliti... kalau di bahagian bawah ketam dah hitam, itu adalah ketam lama. 
Heeee...begitulah pelajaran kita tentang teknik memilih serta membeli ketam yang segar dan banyak isi pada hari ini... Kalau di sekolah dalam "syllabus" Ekonomi Rumah Tangga pun tak belajar ni tau...ahaksss... 

Tapi kannn, dulu lah dulu, sewaktu mengandungkan Ash, sewaktu sedang membeli ketam di Pasar Raya NSK... ada seorang "uncle" Cina tu bagi tips juga pada Farah... dia kata kalau nak pilih ketam jantan lah yang banyak isi, pertama cari yang kakinya/sepitnya panjanggggg.... dan kedua bila dah cari kakinya/sepitnya yang panjangggg tu... timang-timang ketam tu, untuk rasa keberatannya... Hik hik hik... Masa tu "uncle" tu pilihkan untuk Farah terus...Bila balik rumah masak...memang terbukti isi banyak, padat, padu, segar dan puas hatilah makan... 

Untuk semua, semoga bermanfaat dan selamat membeli ketam!!! *_^ Daaa... 

Dapatkan Artikel terbaru dari Situs ini melalui e-mail Anda.

Author : Farah Waheda Wahid Terimakasih telah berkunjung

Artikel Bagaimana Memilih & Membeli Ketam Segar & Banyak Isi??? , diterbitkan oleh Farah Waheda Wahid pada hari Wednesday, April 1, 2015.Enjoy Reading this!.About me: Farah Waheda Wahid Working Mommy Blogger of 1 (a boy). I blog about everything that moms love...mommyhood, beauty, fashion, health, food, tech and travel. Being a mom of 1 young kids, I like to find a balance between blogging about family related topics and things that are just for mom :) My blogs primary objective is to share my experiences with my readers, so it might help them with anything similar they may be experiencing, or to introduce them to new ideas. I blog from Selangor, Malaysia and have a preschooler toddler.

11 comments:

  1. Wahhh ! Nice info untuk hantu ketam macam kita ni. :D

    ReplyDelete
  2. nak makan ketam yang dah siap masakkkkkkkk ha ha ha

    ReplyDelete
    Replies
    1. lagi winnn...terus nak yang dah siap masak jer .... ahakss...

      Delete
  3. tips yang berguna nie...sebabnya jarang jugak la beli ketam...sebab xbrp gemar makan...jdnya xtahu sngat nak pilih...

    ReplyDelete
  4. ketam gemok sedap skit makan..berbaloi kopek kulit kan kak..hahahaa..
    zee ni malas nak mengopek..makan nak sedap tapi pemalas..
    baru tahu camaner nak beza jantan ngan betina..pasni senang ler nak pilih..

    ReplyDelete
  5. Beli itu bulan mengambang ikut juga yg tu..

    ReplyDelete
  6. bagus info akak ni..wana suka giler makan ketam..hehe :)

    ReplyDelete
  7. suker ketam tapi k lily lagi suka ketam nipah/batu. banyak lagi isinya daripada ketam bunga

    ReplyDelete
  8. Akak memang suka beli ketam yang telur banyak. Sedappp, tapi mak mertua akak kata rugi..sebab telur jer yang lebih.

    ReplyDelete

DISCLAIMER: All content provided on this "Bubblynotes.Com - Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger" blog is for informational purposes only. The owner of this blog makes no representations as to the accuracy or completeness of any information on this site or found by following any link on this site. The owner of Bubblynotes.Com -Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger will not be liable for any errors or omissions in this information nor for the availability of this information. The owner will not be liable for any losses, injuries, or damages from the display or use of this information. This terms and conditions is subject to change at anytime with or without notice.

Shoplinks Asia

iWON.MY