Ash kebiasaannya dimandikan 3 kali sehari... Iaitu di waktu pagi sekali, tengah hari sekali dan juga petang sekali... Memang sudah terbiasa begitu, cuma malamnya sahaja tidak dimandikan tetapi dilapkan badan... Dan pengalaman dari insiden Ash dimasukkan ke hospital tidak berapa lama dahulu... Boleh rujuk di dalam entri... 12:30 AM Berkejaran Ke KPJ Selangor Specialist Hospital, Shah Alam, sekarang ini andai kata badan Ash mula terasa dedar atau bahang...Farah akan kerap mandikan dia, kerana seboleh-bolehnya mahu mengelak dari insiden Febrile Seizures / Fever Fits / Sawan Demam dari berlaku sekali lagi...kerana sekali anak-anak kecil kita pernah mengalaminya ianya akan berulang kembali...
Mandi itu sememangnya rutin wajib yang dilakukan oleh semua orang termasuk anak-anak kecil. Di sebalik fungsinya untuk membersihkan diri daripada segala kekotoran, rutin mandi sebenarnya memain peranan penting terhadap perkembangan bayi dan anak kecil.
Menurut satu artikel yang Farah baca di SINI, masa mandi bersama anak-anak kecil kita adalah waktu terbaik untuk meningkatkan ikatan antara anak dengan ibu bapa. Ia kelihatan seperti tugas harian yang wajib dilakukan tetapi sebenarnya ia masa terbaik merangsang otak bayi dan anak kecil.
Menurut kajian yang dilakukan, otak kanak-kanak terbentuk sebanyak 85% pada usianya 3 tahun. Dalam tempoh tersebut rangsangan sensorik memainkan peranan penting bagi perkembangan bayi dan anak kecil sihat dan gembira.
Tugas memandikan bayi dan anak kecil membantu merangsang tugas otak bayi dan anak kecil apabila beberapa deria seperti bau dan sentuhan dirangsang. Selain dari itu, aroma buih mandian bayi yang harum menenangkan digabungkan dengan sentuhan kasih sayang ibu atau bapa yang memandikan telah memberikan anak memori indah yang akan disimpan seumur hidupnya walaupun hal tersebut berlaku ketika mereka masih usia bayi dan anak kecil.
Nyata sekali, masa mandi bayi atau anak kecil kita merupakan masa interaksi yang penting di antara ibu dan anak dan membantu perkembangan kognitif anak. Jadikan masa mandi anak kita sebagai satu pengalaman bermakna kepadanya didalam mengeksplorasi kemahiran sensori mereka.
Aktiviti mandi juga boleh menjadi pelajaran awal kepada bayi dan anak kecil. Mandi bukan sekadar membersihkan diri tetapi juga masa penting membina ikatan antara ibu dan anak. Jom, jadikan masa mandi anak-anak kita saat yang paling menggembirakan mereka.
Kalau takut mandi??? Haaa...itu kita sambung di entri lain pula...kerana memang ada di antara anak-anak kecil yang takut mandi... Hu hu hu...
Ada ssetengah anak kecil suka bila d mandikan..dan ada ssetengah suka nangis pulak..haha
ReplyDeletemmn dari kecik kena erakan pertalian antara ibubapa dgn anak2, bagus tips nie .
ReplyDeletealololo..comelnya ash..geram tengok dia :)
ReplyDeleteBukan hanya anak kecil... kita pun bagus kalau dapat selalu mandi... :-)
ReplyDeleteketika saya dirumah anak saya gak mau mandi, kalau gak mandi saya :)
ReplyDeletebudak kecik mmg suka mandi, lagi kalo dapt mandi dalam bath tub, hmmm..takmo keluar.
ReplyDeleteNice sharing.. Info yg bgus..
ReplyDelete