Home » , , , , , , » Anak Kecil & Makanan Pedas...

Anak Kecil & Makanan Pedas...


Sekarang ini, apa yang orang dewasa makan, dia pun sudah mula sibuk nak makan juga... Jika kita makan nasi dengan kuah kari mahupun sambal, dia pun hendak juga... agak-agak macam mana tu? Nak beri ataupun tidak? Memang taklah kan? Sebab risau kalau-kalau dia sakit perut, perut tak tahan, tak tahan pedas dan nanti manalah tau boleh jadi cirit birit ataupun komplikasi lain... Makanya... "better not to give than to feel sorry at the end of the day"... Haaa lebih kurang macam tulah gayanya... 

Teringat juga tentang diri sendiri sewaktu kecil-kecil dahulu, Farah sendiri mula makan makanan pedas agak lewat...iaitu di usia 9 tahun kot kalau tidak silap. Dan sebenarnya di usia berapakah sebenarnya anak-anak kecil boleh mengkonsumsi makanan pedas??? Menurut satu artikel di SINI...

Seorang ahli nutrisi yang bernama Susan Mores menjelaskan tidak ada batasan usia khusus bagi anak-anak kecil untuk mengkonsumsi makanan yang pedas. Tetapi, jika kita ibu-ibu ni hendak memperkenalkan makanan pedas kepada anak-anak, sebaik-baiknya kita mulakan setelah anak-anak kecil kita berusia lebih dari 2 tahun. Ini adalah disebabkan:
  • Di usia 2 tahun, sistem pencernaan anak-anak kecil sudah mampu mencerna pelbagai macam makanan termasuk makanan pedas. 
  • Anak yang sudah berusia 2 tahun ke atas sudah memiliki sistem pencernaan yang boleh dikatakan hampir sempurna. Sistem pencernaan pada anak usia 2 tahun ke atas masih boleh berkembang sehingga sistem pencernaan boleh untuk menerima makanan-makanan yang tidak biasa dikonsumsi oleh si anak kecil seperti makanan-makanan pedas.
  • Ibu-ibu juga perlu memperhatikan reaksi setelah ibu-ibu memperkenalkan makanan yang berasa pedas kepada anak-anak kecil. Maklum balas anak-anak kecil ini semestinya berbeza-beza. Ada anak yang baru sedikit merasa makanan pedas, terus menolak dan tidak mahu memakannya lagi, atau ada juga anak-anak yang pada permulaan makan sedikit sahaja makanan pedas tetapi akhirnya menjadi suka. Dinasihatkan, kalau anak-anak sendiri yang berkeinginan untuk makan makanan pedas seperti di dalam situasi Ash di permulaan pembukaan entri ini tadi, sebaiknya kita sebagai ibu memberikan makanan dengan tahap kepedasan yang ringan terlebih dahulu. Alaaaa... macam Nandos tu... ada "mild", ada "peri-peri", ada "peri-peri hot" dan seterusnya... Janganlah yang pedas sangat-sangat terus sumbat kat anak tu... Menggelupur jadinya anak oiiii..... 
Bagi ibu-ibu yang sewaktu hamil dahulu, gemar sangat mengkonsumsi makanan pedas, mungkin anak anak anda sekarang sudah terbiasa sedikit dengan rasa pedas. Jadi anak anak boleh dapat bertolenransi dengan rasa pedas pada makanan yang telah dikonsumsikannya. Rasa pedas dapat dirasakan melalui susu ibu. Seorang ibu yang makan makanan pedas semasa masih menyusukan anak, susu ibu yang diminum oleh bayinya juga akan terasa sedikit pedas...Errrr...ini daripada apa yang Farah baca di artikel inilah, kebenarannya Farah tak dapat nak dipastikan sebab Farah tidak menyusukan Ash dengan susu ibu kann??? Hanya seketika sahaja... Ooooo...sebab tulah ramai orang kata, tidak digalakkan untuk makan makanan pedas semasa menyusukan anak-anak dengan susu ibu ek? Entah... Farah tak pasti tapi Farah ada dengarlah... dan ada juga terbacalah... Ok yang pakar sila terangkan pada "I" yang tak tau ni yer??? 

Cumanya, dalam kondisi Ash, bila dia dah nak sangat sampai nak merajuk-rajuk, kalau ikut-ikutkan memang belum nak bagi lagi... tapi bila dah ada "tantrum" itu, hendak tak hendak, terpaksa hisap apa-apa saja makanan yang pedas itu... sampai hilang pedasnya dan beri pada dia...kadang-kadang basuh dulu baru beri pada dia, tapi bila dah nama pun makanan pedas hisap macam mana pun, basuh macam mana pun, tetap ada bahangnya kannn??? Reaksi Ash??? Dengan bahasa mudahnya... SELAMBA AJERRR.... dan tidak dapat dipastikan secara sahih sama ada dia sebenarnya betul-betul tahan pedas atau makanan yang telah dihisap atau dibasuh itu telah hilang rasa pedasnya...Weeee weeee weeee....

Dan terjumpa juga, tips mengajar anak kecil membiasakan diri dengan makanan pedas di dalam artikel SINI... menurut empunya artikel... saya pinjam yer dan kongsikan dengan rakan-rakan lain di sini... ^_*

Mulakan Dari Usia 8 Bulan Dan Ke Atas
Memang hati seorang ibu akan rasa macam "eh, tak sakit perut ke anak aku nanti" atau "ala, takut kena cirit birit nanti". Apabila hendak mengajar anak makan pedas pada usia awal sebegini mulakan dalam kuantiti yang sedikit. Contohnya semasa kita tengah makan lauk asam pedas, ada anak kita di sebelah, celupkan sedikit jari kita di dalamkua dan coletkan di dalam mulut anak, buat sekali sahaja dan kita dapat melihat mukanya berkerut. Pedas lettew kannn??? 

Sentiasa Latih Anak Untuk Rasa "Pedas"
Pastikan buat hari-hari dan tidak semestinya asam pedas sahaja, lauk lain pun boleh. Mungkin keesokkan harinya kita boleh coletkan 2 kali, pagi, petang, mukanya mungkin masih seperti semalam. Hari ketiga mungkin boleh letak beberapa titik kuah pedas di dalam bubur anak kita. Kalau dah seminggu coletkan kuah, minggu seterusnya mungkin kita boleh kopekkan ikan yang pedas dan beri kepadanya. Contohnya ambil lauk ikan masak sambal, kemudian asingkan sambal menggunakan sudu (tidak perlu basuh ikan tersebut dengan air, lari lah proses untuk ajar anak makan pedas nanti) kemudian letak dengan bubur dan suapkan anak tersebut, buatkan selalu, pasti dia akan suka makan pedas. 

Jangan Beralasan
Jangan sesekali guna alasan "sayang tak boleh makan makanan ni sebab ni pedas, sakit perut" - Alahaiii, Mommy Ash selalu cakap macam ni...ihikss...ooo tak boleh ek? ...Tolong jangan "set"-kan minda anak-anak dengan "pedas dan tak boleh makan" sebab ianya akan memberi kesan kepada anak-anak. Kalau dia nak apa yang kita makan, kot iya makanan itu pedas tahap gaban, pandai-pandailah bagi sedikit sahaja ke ataupun apa ke, jangan guna ayat-ayat yang menakutkan... Ok ok ok... saya salah...Ngeeee... "Noted!" 

Pastikan Ada Air
Ho ho ho, ini memang penting ni, sebab macam kita sewaktu kecil-kecil dulu kannn??? Masa mula-mula belajar makan pedas, makan se-coet tetapi air segelen...muahahahaha...macam tu jugalah gamaknya anak-nak kita kan? Lepas dah coletkan anak makan pedas, berikan air untuk melegakannya. 

Tapi bukan sekaranglah kot Farah nak ajar Ash makan pedas... macam diri Mommy dia sendiri yang rasa tak sedia lagi dan rasa Ash belum sampai tahap umur untuk makan pedas....Ahaksss pandai-pandai buat peraturan sendiri kannn??? Sebab kalau ikut pada perancangan...Farah merancang nak ajar Ash makan makanan pedas sewaktu usia Ash 3 tahun nanti. Ha ha ha, punyalah lama gila, itupun dalam perancangan Farah, nak ajar bukan terus makan pedas, tetapi seperti perkara yang dinyatakan di atas ni lah...bila lama-lama nanti agaknya umur 4 tahun 5 tahun baru lancar makan pedas kot??? 

Errrr... ke lewat sangat??? 

Dapatkan Artikel terbaru dari Situs ini melalui e-mail Anda.

Author : Farah Waheda Wahid Terimakasih telah berkunjung

Artikel Anak Kecil & Makanan Pedas... , diterbitkan oleh Farah Waheda Wahid pada hari Wednesday, April 8, 2015.Enjoy Reading this!.About me: Farah Waheda Wahid Working Mommy Blogger of 1 (a boy). I blog about everything that moms love...mommyhood, beauty, fashion, health, food, tech and travel. Being a mom of 1 young kids, I like to find a balance between blogging about family related topics and things that are just for mom :) My blogs primary objective is to share my experiences with my readers, so it might help them with anything similar they may be experiencing, or to introduce them to new ideas. I blog from Selangor, Malaysia and have a preschooler toddler.

6 comments:

  1. kadang kalau makan kat luar order sup, dia bg sup pedas, nak taknak terpaksa jugak suap irine..huhu..mulut dia dok hah hah hah..pedas kot..hahaha..xpelah..bg dia belajar sikit makan pedas..kite pon boleh ranking tahap pedas tu..takkan laa pedas gilerr nak suap anak kan..

    ReplyDelete
  2. good tips.kena praktis ajar thaqif makan pedas la sebab ibu dia mmg xley tgl cili..huhu

    ReplyDelete
  3. Info bernas,..t dah ada ank sendiri boleh try..
    Salam kenal kak.
    daripada http://afidahazmi88.blogspot.com/

    ReplyDelete
  4. Patut la anak2 saya dua2 suka pedas..sebab masa mengandung memamng kuat makan pedas dan manis..heheh...tapi sos cili sampai sekarang tak suka..

    ReplyDelete
  5. anak saya suka makan kari n tomyam..tulah mungkin juga sbb saya memang makan pedas..so masa pregnant n bf pun makan pedas juga..

    ReplyDelete
  6. kalau ana bg ja rasa sikit..biasanya budak nak membesar memang mcm tue..ingin mencuba hihihi

    ReplyDelete

DISCLAIMER: All content provided on this "Bubblynotes.Com - Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger" blog is for informational purposes only. The owner of this blog makes no representations as to the accuracy or completeness of any information on this site or found by following any link on this site. The owner of Bubblynotes.Com -Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger will not be liable for any errors or omissions in this information nor for the availability of this information. The owner will not be liable for any losses, injuries, or damages from the display or use of this information. This terms and conditions is subject to change at anytime with or without notice.

Shoplinks Asia

iWON.MY