Home » , , , , » Anak Harimau Sebagai Haiwan Peliharaan???

Anak Harimau Sebagai Haiwan Peliharaan???

Sumber dari Google
"Pukul berapa datuk harimau?..."

Selalunya masyarakat di Malaysia, memang sinonim dengan pemeliharaan kucing di rumah. Tetapi memang jarang kelihatan dan kita dengar , rakyat Malaysia memelihara anak harimau sebagai haiwan peliharaan di rumah bagi menggantikan kucing ataupun haiwan-haiwan peliharaan lain. Errrr...ke memang tidak ada? Sebab kalau tidak silap harimau adalah salah satu haiwan yang diancam kepupusan dan di bawah tindakan organisasi-organisasi tertentu untuk pemuliharaannya. Dan kita pun sebagai rakyat Malaysia tidak boleh suka-suka membela harimau di rumah.

Ini kisah sewaktu makan tengah hari semalam lah ni... dengan 2 orang "colleague"... Sewaktu makan tu tiba-tiba timbul pula topik anak harimau sebagai haiwan peliharaan menggantikan kucing. Muahahaha...Nampak tak? Nampak tak? Bukan asyik fokus cerita tentang "shopping", tentang kosmetik, tentang masak memasak, tentang resipi ataupun tentang hal ehwal keluarga, tetapi juga sampaikan hal macam ni pun boleh dijadikan topik... Ihiksss... Bila tengok-tengok, tenung-tenung gambar anak harimau di atas ni, alahaiii comelnya...tetapi bila membayangkan anak harimau ni menjadi harimau dewasa...rasa ngeri pun ada "uolss"... ^_^...

Cuba lihat video yang dipetik dari YouTube di bawah:


Macam comel jer kan? Anak harimau tu... Farah tak berapa nak pasti tentang anak harimau yang dijadikan sebagai haiwan peliharaan di Malaysia ni... tetapi menurut "colleague" Farah, rasanya boleh dan satu waktu dulu ada program pemeliharaan anak harimau di rumah dengan Zoo Negara ke macam mana, tak berapa nak pasti, tetapi sampai "certain-certain point of age" anak harimau itu harus dipulangkan semula. Macam tulah lebih kurang...Iyalah, manalah Farah nak tau, sebab Farah sendiri tidak pernah memelihara anak harimau di rumah, jadi tidak berapa nak pasti dengan prosedurnya... Hu hu hu... Cuba juga mencari jawapan di enjin carian... Tetapi setakat ini masih belum bertemu dan berjumpa dengan informasi yang dikehendaki. Ngeee... Mungkin memang sebab tak ada orang pelihara anak harimau di rumah kot??? 

Ada juga kami berbincang...Farah mengutarakan rasa "ngeri" membayangkan kalau-kalau anak harimau itu bertindak ganas. Iyalah, harimau kan haiwan karnivor yang memakan daging. Dan sememangnya ada pun insiden manusia dibaham harimau. Tetapi menurut "colleague" Farah, sebenarnya tips-nya adalah sedari anak harimau itu kecil, jangan ajar anak harimau tersebut makan daging segar atau daging yang berdarah mentah-mentah. Ajar anak harimau itu makan daging yang direbus. Bila mana anak harimau itu telah biasa memakan daging yang direbus, makanya anak harimau tersebut tidak akan "craving" untuk daging segar atau daging berdarah yang mentah dan sekiranya kita berdiri di hadapan anak harimau itu pun, dia tidak akan terbau darah. Whoaaaa... okkk... Farah baru tau... sesiapa yang dah lama tau tu sila gelakkan Farah lah ek? Tak apa, ini ilmu baru ni... 

Agak-agaklah kan? Ada tak terlintas di hati nak memelihara anak harimau sebagai haiwan peliharaan? Hik hik hik, siapa rasa diri mereka "dare enough to do so???"... Sesuatu kelainan untuk membela anak harimau sebagai haiwan peliharaan... Cumanya kannn, "colleague" Farah cakap, macam alahaiiii macam tak sampai hati jer nak bela anak harimau, nanti bila dah sayang, kena pulangkan balik kepada Zoo Negara atau mana-mana pihak... atau terpaksa dilepaskan ke hutan, mesti rasa sedih, mesti risau anak harimau tu boleh "survive" ke tidak ke di hutan sebab dah biasa dibela, nanti nak makan macam mana, kalau anak harimau tu dah biasa makan daging yang direbus... Hu hu hu... Dahsyat juga imaginasi adik "I is" yang seorang ini... Tapi tak apalah itu menandakan dia adalah pencinta haiwan... *_^... 

Dapatkan Artikel Terbaru Dari www.bubblynotes.com Melalui E-mel Anda

Author : Farah Waheda Wahid Terimakasih telah berkunjung

Artikel Anak Harimau Sebagai Haiwan Peliharaan??? , diterbitkan oleh Farah Waheda Wahid pada hari Thursday, April 2, 2015.Enjoy Reading this!.About me: Farah Waheda Wahid Working Mommy Blogger of 1 (a boy). I blog about everything that moms love...mommyhood, beauty, fashion, health, food, tech and travel. Being a mom of 1 young kids, I like to find a balance between blogging about family related topics and things that are just for mom :) My blogs primary objective is to share my experiences with my readers, so it might help them with anything similar they may be experiencing, or to introduce them to new ideas. I blog from Selangor, Malaysia and have a preschooler toddler.

17 comments:

  1. X berani kot nnt x psl2 kna terkam hhaha

    ReplyDelete
  2. best kalau bela kat rumah sebab besar mesti best kalau peluk..kalau tak bahaya confirm ramai yang nak bela kan..tapi kalau bela dari kecik pun sure ada bahayanya jugak..dengar harimau je dah takut..apatah lagi nak dekat belai²

    ReplyDelete
  3. Ada ada terlintas nak bela anak harimau sebab terlampau cute. Siapa suruh comel sangat , rasa macam nak gomol gomol je. Tapi nak anak harimau tu kecik tu je , taknak bagi dia jadi besar. Hahahaha. Besar da tak comel tapi gerun.

    ReplyDelete
  4. bela anak harimauu? menyeramkan je bunyinyaa. hahaha

    ReplyDelete
  5. ilmu baru juga >_< dayah pun x pernah tahu pasai daging rebus tu ha..hehe by the way still x boleh dekat lagi dengan binatang berbulu..rimas..hoho

    ReplyDelete
  6. ayu kalau diberikan kesempatan mmg ayu nak bela anak rimau tau kak farrah
    comelll sgt2..
    tapi mase kcik jela
    hehehhe

    ReplyDelete
  7. Kadang2 tu mmg teringin nak bela harimau...tapi bela anak harimau la...bapak mak harimau tak berani bela...nnt dia lak bela kita...hehe

    ReplyDelete
  8. okay what! haru la best..hihihi...awesome! :P

    ReplyDelete
  9. Kecik2 buat main.. besar2 kene main terkam hahhaha

    ReplyDelete
  10. nak bela bila tengah baby je.. lepas tu hantar kat zoo..

    ReplyDelete
  11. Haha... Smmg nya bkn mudah nk bela haiwan terlindung kt rumah tu..

    ReplyDelete
  12. Teringin nak Bela ... Tapi Kala dh Bela say a x akan I repeat x akan bagi sape sape ambik anak aku dari aku ..rela berjuang
    demi kesayangan

    ReplyDelete
  13. Ok cik.. saya harap blog ni masih aktif.. saya lama nk bela anak harimau p x tau nk beli kat mana.. kalai cik tau sila bagi info kat saya di 01117548853 ok pliss.. demi allah lama dh saya nk bela😢😢

    ReplyDelete

DISCLAIMER: All content provided on this "Bubblynotes.Com - Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger" blog is for informational purposes only. The owner of this blog makes no representations as to the accuracy or completeness of any information on this site or found by following any link on this site. The owner of Bubblynotes.Com -Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger will not be liable for any errors or omissions in this information nor for the availability of this information. The owner will not be liable for any losses, injuries, or damages from the display or use of this information. This terms and conditions is subject to change at anytime with or without notice.

Shoplinks Asia