Aktiviti "Sabtu-Day" Iman Ash...

Farah Waheda Wahid
8

Terlebih dahulu, ya ampunnn sekiranya gambar ini mencetuskan rasa kurang senang di kalangan sesiapa di luar sana... Hu hu hu, tetapi Farah telah pun kaburkan ataupun "pixelize" mana-mana bahagian yang menunjukkan bahagian bawah anakku ini... Hu hu hu... Ini semuanya gara-gara tidak sempat nak memakaikan dia baju renang dia dan dia telahpun berlari ke halaman dan masuk ke dalam "inflatable pool" ini... Biasanya sempat sahaja, tetapi pada kali ini dia dah tak dan dah... Tak menyempat-nyempat dan entah "tantrum" apa dia tidak mahu dipakaikan baju renang mahupun seluar pendek... Dush dush dush... Pengsannnn.... 

Sendiri nak mandi berendam, sendiri isi air dalam kolam...Bagussss... "Independent" anak Mommy yer...Ahakss... Bukan main suka dan bukan main ceria dia dapat main air... Hari Sabtu yang lepas kami tidak ke mana-mana sebab Mommy baru balik dari Port Dickson kan??? Letih belum hilang lagi sebab sampai rumah pun dah malam pada hari Jumaat tu... Owhh, bagaimana Ash bila sewaktu Farah mula-mula sampai, nanti Farah ceritakan di dalam entri yang lain. Satu persatu yer... 

Nak diceritakan, sekarang ni sejak mulut dah becok sejak dah semakin berkembang sel-sel otak tu, ada masa-masa Iman Ash akan "request" dengan cara dia yang tersendiri tak mahu mandi di bilik air, dia akan ke tempat menyimpan "inflatable pool" ini, tarik "inflatable pool" ini... dan kemudian hala-kan ke Mommy... ataupun Nek Ma ataupun Atuk dia... Itu tandanya dia nak mandi di dalam "inflatable pool instead of" bilik air... Dah tak main dah besen-besen dah sekarang ni, nak mandi dalam kolam... Hu hu hu... Mentang-mentang Abah Ash kerja dengan SYABAS, kemain lagi dia bersuka ria dengan air... #ehhh ada kena mengena ke? Ha ha ha... Memang naiklah bil air macam ni anak oiii kalau setiap hari "request" nak mandi dalam "inflatable pool" ni... 

Kalau dimandikan juga di dalam bilik air, mulut dia akan becok mengatakan... "no no no no no"... dush dush dush...sepanjang mandi tulah bunyinya "no no no no no"... Makanya, tahan sahajalah telinga yer mendengarkan perkataan "no no no no no" itu... Muahahahaha.... 

Jika dah dapat mandi serta berendam di dalam "inflatable pool" itu pula ada pula masalah lain... Ha ha ha, masalahnya bila hendak dikeluarkan dari "inflatable pool" itu dia tidak mahu keluar... Dan sekali lagi akan terdengar perkataan "no no no no no".... Ada lagu dia sendiri perkataan "no no no no no" itu dan ada idram-nya yang tersendiri... Kadang-kadang sampai dah kecut dah tak mahu juga dia naik...Dengan Mommy, "sorry" ler nak bagi peluang lebih-lebih... nak tak nak, cukup masa, angkat juga dari "inflatable pool" tu...bukannya apa, bukan tak nak beri peluang anak bersuka ria, tetapi kalau boleh nak didik Ash, bersuka ria dan bergembira ada batas dan hadnya...dan selepas itu "you are abide by the rules"...tidak boleh tidak... Kalau tidak "firm" takut-takut nanti terbawa-bawa sehingga besar.... Farah percaya, kebanyakkan ibu bapa juga begitu kan? Ada had dan batas bagi anak-anak di dalam melakukan sesuatu perkara itu...Bila tiba masanya atau waktunya sesuatu yang lain, anak-anak harus ikut peraturan dan lakukan... 

Itu sahajalah aktiviti "Sabtu-Day" kami... sebab kami ini bukannya setiap minggu menyinggah ke mana-mana jika tiada urusan... Jika ada perancangan, ada acara, ada nak membeli sesuatu barulah kami berjalan-jalan. Kadang-kala sahaja bila agak-agak sudah bosan baru kami keluar...selebihnya kami banyak menghabiskan masa bersama-sama di rumah... "Bonding time" di rumah kaedahnya...Lebih-lebih lagi masa-masa GST ini, lagilah banyaknya kami duduk di rumah jika tiada apa yang memerlukan kami keluar... Keluar "means" duit... Ha ha ha... Kedekutnya Mommy??? Bukan kedekut, tetapi berjimat...Asalkan Ash gembira dan seronok sudahlah yer tak??? *_^ 

Post a Comment

8Comments

DISCLAIMER: All content provided on this "Bubblynotes.Com - Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger" blog is for informational purposes only. The owner of this blog makes no representations as to the accuracy or completeness of any information on this site or found by following any link on this site. The owner of Bubblynotes.Com -Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger will not be liable for any errors or omissions in this information nor for the availability of this information. The owner will not be liable for any losses, injuries, or damages from the display or use of this information. This terms and conditions is subject to change at anytime with or without notice.

  1. Seronoknya... Nk berendam sekali boleh ash... Hehe..

    ReplyDelete
  2. Anak2 kalau dah jumpa kolam ..
    Apalagi, laju lah dia terjun dalam tu..
    Tak pe Ash kecik lagi tu.. :D

    ReplyDelete
  3. comelnye dia berendam.hehe....

    ReplyDelete
  4. Anak-anak kecil memang begini .. suka mandi berendam .. dah masuk memang susah nak keluar, samalah dengan anak2 saya masa kecik .. skang kalau nak mandi berendam, bawak ke swimming pool berbabyar ... rm2 mandi puas2 air dari gunung .. gigil ... hoho .. dah gigil .. sentuh air pun tak nak dah .. tricknya ialah bagi mandi awal pagi waktu air dingin ...

    ReplyDelete
  5. Wah..Seronoknya nmpk Ash main air..Saya pun rasa nk belikn 1 utk Qaisara...nnt blk kg boleh main dgn cousin2 yg lain..huhu

    ReplyDelete
  6. Kadang2 aktiviti di rumah pun dah.cukup membahagiakan. Janji kita ada dengan dia kan.

    ReplyDelete
Post a Comment

#buttons=(Accept !) #days=(20)

Bubblynotes.Com uses cookies to enhance your experience. Check Now
Accept !