28 April tiba lagi semalam... sejak 4 tahun yang lalu, tarikh 28 April adalah tarikh penting di dalam diari peribadi tahunan Farah. Setahun perkenalan dan persahabatan... 3 tahun usia perkahwinan... 28 April adalah tarikh penting selain 4 Julai, 24 November dan 26 November. Ada apa dengan 28 April??? 28 April adalah hari ulangtahun kelahiran suami Farah dan Abah Ash... Dan sebenarnya semalam Farah bercuti tahunan selama sehari... Sajaaa... letih "teambuilding" dan KBBA Blogger's Day Out 2015 tak habis lagi... secara kebetulan semalam juga adalah hari lahir Abah Ash...
Jika tahun-tahun sebelum ini, setiap kali hari ulangtahun kelahiran Abah Ash, Farah hanya mengucapkan selamat ulang tahun kelahiran tepat pada 12.00 tengah malam melalui teks pesanan ringkas... dan juga keesokkan harinya telefon menyanyikan lagu "Happy Birthday" (ha ha ha, tak kisahlah suara sumbang ke tidak kann???) dan kemudiannya berjumpa dan sama-sama kongsi makan sepotong kek... Kenapa sepotong sahaja??? Ohh kerana Abah Ash "is not a cake person"... Makan tu makanlah... tapi "not so into"... selalu macam itulah yang diberitahu oleh Abah Ash... Tapi di hadapan Farah, memang yer pun bila melihat Abah Ash makan kek, Farah akui "he is not so into cake"... Farah tak usah cakaplah... memang penggemar kek...
Tahun 2015 ini pula, kita lakukan sedikit kelainan buat pertama kalinya... Ahaksss, orang lain dah berkali-kali, Farah baru pertama kali nak menyambut dengan cara sebegini... Oklah tu kan??? Tambah-tambah dengan hadirnya Ash di dalam kehidupan kami... Ash pun dah mula faham dan Ash pun nak juga merasa suasana kekeluargaan itu kan? Berilah peluang kepada Ash merasai juga... Dia pun nak rasa juga... Itupun sekarang ini sudah mula pandai mencari Abah... Sesekali terlepas dari mulut comel itu... "Ba bah..."... Kalau Farah bercakap telefon walau dengan orang lain pun... dia akan sebut "Ba bah..."... Hurmm, Abah Ash taulah macam mana dia panggil "Ba bah" tu... Nanti jawab Abahnya... "Iyaaa..."... Selepas itu berlakulah adegan cium mencium dua beranak itu... Hu hu hu...
Tidaklah menyambut secara besar-besaran ataupun "extravaganza"... yang mini, yang ringkas sahaja... Sambutan pada kali ini adalah di Beyond Veggie by Secret Recipe di Tropicana City Mall... Pilihan tempat oleh Farah, pilihan tempat makan oleh Abah Ash...
Hanya menu yang ringkas, tidak sarat dan tidak keterlaluan... Set bento dan juga sepotong kek Blueberry Cheese sahaja... Tidak mahu membazir... GST ok? Ekekekeke... Sekarang zaman harus berjimat cermat dan bukannya berkira atau kedekut... Hanya 2 orang campur si kecil yang makan, apalah sangat yer tak??? Asalkan sempurna, lengkap dan perut kenyang...
Sepanjang perkahwinan selama 3 tahun ini, inilah kali pertama Abah Ash tiup lilin atas kek depan Farah ok? Oklah, sesuatu kelainan dari kebiasaan kan? Ha ha ha, mana tidaknya... kali pertama menyambut sebegini kan??? Tapiii... ada orang tu marah pula bila lilin dah ditiup... sebab dia nak tiup juga... Ahh sudah... nak tak nak terpaksa nyalakan lilin semula dan beri peluang dia tiup...
Siapa lagi kalau bukan Ash... Bila sendiri tiup lilin, lilin padam, suruh nyalakan sekali lagi sebab dia nak tiup lagi... Perasan "birthday" dia agaknya... Hu hu hu...
Begitulah serba ringkas sambutan mini kami anak beranak sekeluarga kecil ini... Tiada apa-apa yang "extraordinary"... Yang penting, Ash juga gembira... dan merasai suasana kekeluargaan... Mommy harap Ash gembira... Dan untuk Abah Ash... Farah dah sampaikan pun apakah ucapan yang Farah ingin sampaikan... Sekali lagi, walaupun dah lepas tarikhnya semalam... "Happy Birthday Abang... (yang selebihnya dot dot dot... adalah sambungannya...)... "... Diakhiri dengan "family wefie" kami bertiga di keluarga kecil ini...
*Malamnya Ash memang tidur awal kerana keletihan yang amat... sebab apa? Nanti Farah kongsikan satu tempat menarik untuk kanak-kanak di dalam entri yang lain... ^_*
pestime tgk abah ash..hehe...ash mcm ikut muka abah dia ye?
ReplyDeletealhamdullilah
ReplyDeletekecil kecilan pun tak pe asalkan meriah. seronok dapt gembirakan orang yang kita sayang ni ^^
ReplyDeletehappy birthday utk abah ash.. :D
ReplyDeleteamboi ashh kemain mengadap kek tu yee...hehee.. comel..
Happy birthday utk abah ash...ash hensem la...comey je asyik nak tiup lilin ye...esok nak g makan sr jgk la dgn papa thaqif.hiks
ReplyDeleteAlhamdulillah... Happy for you kak farah..
ReplyDeleteash iras abah rupernya..
ReplyDeletehepi besday abah ash..
Happy birthday to your husband farah....sweet sgt sambutan birthday...
ReplyDeletehappy brthday abah ash
ReplyDeletehappy belated birthday to baba Iman Firash! :D
ReplyDeletesama la..bsanya simple celebration..
ReplyDeletehappy brithday buat abahnya ash :)
ReplyDeletehappy birthday abah ash.. happy family... =)
ReplyDeleteHappy Belated birthday untuk abah ash
ReplyDeleteMoga Farah happy selalu...
ReplyDelete