5 Kesalahan Di Dalam Bersolek Yang Membuatkan Anda Kelihatan Tua Sebelum Usia...

Farah Waheda Wahid
17
Sumber dari Google
Lama sangat dah tak bebel-bebel tentang bersolek, solekan, alat solek dan apa-apa sahaja yang ada perkataan solek ni. Kui kui kui... Hari ini terdetik pula nak membebel tentang bersolek... Sampai tu diaaa panjang nala tajuk entri hari ini. 

Bagi "make up person" macam Farah ni ha, hua hua hua, kalau dapat peluang bermain dengan solekan, memang paling suka dan paling gemarlah. Cumanya sekarang sejak ada Iman Ash... tak dan nak main solek-solek sangat... Ekekeke... Farah kalau mengadap cermin dengan alat solek, memang lama... sekarang ni solekan Farah banyaknya selalunya "neutral" dan "basic"... Tak sempat nak "cat eyes" ke "smokey eyes" ke mahupun bermain dengan "glitter"... Bha ha ha... anak dah ada oiii, asal solek dan nampak "presentable" sudah memadai melainkan kalau ada acara formal ataupun acara-acara yang menitikberatkan penampilan solekan... 

Bermain dengan solekan, teknik solekan memang menyeronokkan, tetapi sila tahu yer... sekiranya teknik atau cara solekan anda salah, anda boleh kelihatan tua sebelum usia... 

Bagaimana teknik atau cara solekan yang boleh menjadikan kita kelihatan tua sebelum usia itu???

Sumber dari Google
Hanya Memakai "Eye-Liner" Di Bahagian Bawah Mata
Ada di antara wanita-wanita di luar sana hanya memakai "eye-liner" di bahagian bawah mata sahaja kerana merasakan perkara itu adalah lebih mudah. Teknik ini salah sebenarnya kerana dengan hanya memakai "eye-liner" di bahagian bawah mata ianya akan menjejaskan "feature" wajah anda. Ia akan membuatkan mata anda kelihatan gelap dan letih serta membuatkan mata anda kelihatan lebih kecil daripada biasa. Sebenarnya malas macam mana pun bila memakai "eye-liner" sila pakai di bahagian atas dan bawah. 

Tips: Ketika membuat garisan, sila pastikan anda tidak "overdo" sebab kalau terlebih sangat pun boleh membuatkan kita kelihatan tua sebelum usia.

Sumber dari Google

Memakai "Foundation" Terlalu Banyak
Mana-mana wanita atau gadis yang memakai solekan tidak mahu mempunyai "caked face", Terlalu banyak "foundation" yang dipakai akan mengakibatkan wajah anda menunjukkan garis halus ataupun kedutan ataupun akan mengurangkan "luminosity" wajah.

Tips: Bila membeli "foundation", "don't look for those named as "velvet", "matte" and "long-wearing" but look for those sheer liquids formulas with light diffusing pigments" yer? 

Sumber dari Google
Menyamarkan Lingkaran Gelap Dan Mata Panda Anda
Sejujurnya kita semua tak mahu lingkaran gelap di bawah kawasan mata kita kan? Sangat-sangat tidak menarik rasanya dan ianya akan menjadikan kita kelihatan 10 tahun lebih tua. Itu yang nampak macam tua sebelum usia tu. Jadi sebagai solusi kepada permasalahan ini, ada bermacam jenis tona "concealer" untuk menyamarkan lingkaran gelap dan mata panda anda. Terlalu lebih pakai pun masalah juga ni. Kalau terlalu lebih pakai "concealer" akan menunjukan garisan-garisan di kawasan yang berkenaan dan juga "creepiness". Iya mungkin anda dapat menyorokkan lingkaran gelap dan mata panda itu, tetapi bila terlalu tebal juga akan membuatkan mata anda kelihatan tua dan penat disebabkan oleh garis-garis halus yang kelihatan.

Tips: Gunakan berus untuk sekatakan "concealer". Aplikasi berhampiran sudut mata di bawah bahagian mata yang mana itu adalah kawasan yang paling ketara bermasalah.

Sumber dari Google
Menggunakan Gincu Berwarna Gelap
Ahakss... ini kadang-kadang akak pun suka ni, ala-ala "gothic" gitchewwss... tetapikannn harus diketahui yer, semakin meningkat umur kita, tekstur bibir kita akan mula hilang bentuk dan disebabkan itu, perempuan ni suka memakai gincu. Memilih padanan warna gincu yang betul untuk bibir adalah sangat penting dan dititik-beratkan... "Dark shades of lipsticks are no-no!" ... Sebab warna gelap tidak menampakkan bentuk bibir kita yang sepenuhnya. Ianya cuma menambahkan ilusi bibir yang lebih kecil "with less plump and highlight". Makanya, sila pilih warna yang cerah ataupun "neutral" untuk bibir anda... "pink, mauve or light red tone will do". Ini akan mencipta "fullness" dan akan membuatkan kita kelihatan lebih muda.

Tips: Cuba tambahkan "lip gloss" selepas memakai gincu kerana ia akan memberikan kelembapan sepanjang hari kepada bibir kita dan memberikan anda "shiny shimmering after look!".

Sumber dari Google

Memakai Warna Pemerah Pipi Yang Salah Atau Tidak Padan
Hurmm... warna pemerah pipi sebenarnya mendefinisikan keremajaan kita yer. Dan kebanyakan dari wanita-wanita di luar sana sekaran ni, menggunakan "brown shades" sebab mereka merasakan ianya menambahkan lagi "highlight" dan kontur kepada wajah. Sebenarnya ini bukanlah satu teknik yang bagus sebab ianya menampakkan wajah kita lebih matang dan juga lebih berusia. "End up looking muddy and dull"... Sebaliknya cubalah mengunakan pemerah pipi yang berpadanan dengan warna pipi kita bila kita cubit pipi kita sedikit. Iya betul, cuba buat... Warna "neutral" akan membuatkan kita kelihatan lebih muda. He he he... 

Tips: Cuba aplikasi pemerah pipi di bahagian bawah "cheekbone" sebab ini akan mencipta ilusi yang membantu untuk "lift up our features"

Dah tu jer nak pesan dalam kelas solek menyolek kali ini...ihikss... jangan sesekali melakukan kesalahan yang boleh dielakkan pada penggemar solekan yer... Nanti kalau nampak muka tu tua sebelum usia, jangan salahkan orang lain, cari balik di mana kesalahan kita di dalam bersolek... Hu hu hu... Dan, ini bukan suka-suka Farah cipta entri yer? Farah rujuk daripada beberapa artikel di SINI, di samping belajar-belajar sedikit sendiri kot-kot lah kalau-kalau Farah sendiri ada melakukan kesilapan...Ekekekeke... 

Post a Comment

17Comments

DISCLAIMER: All content provided on this "Bubblynotes.Com - Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger" blog is for informational purposes only. The owner of this blog makes no representations as to the accuracy or completeness of any information on this site or found by following any link on this site. The owner of Bubblynotes.Com -Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger will not be liable for any errors or omissions in this information nor for the availability of this information. The owner will not be liable for any losses, injuries, or damages from the display or use of this information. This terms and conditions is subject to change at anytime with or without notice.

  1. lama kot tak bersolek...gi keje, pakai bedak je ngan lip balm je..huhu

    ReplyDelete
  2. ohmmgee..i like this entry so so so so so so much la farah!! bnyk lagi ilmu make-up yg i tak pandai lagi nie..

    ReplyDelete
  3. Ini kalau anak dara kakak baca mahu dibaca berulang-ulang ni Farah
    Kakak dah jarang bersolek. Apa lagi eyeliner memang dah malas nak pakai

    ReplyDelete
  4. tq farah.. alise just pakai bedak compact jek.. kalau teringat baru pakai eye liner..

    ReplyDelete
  5. ehh ehhh ada satu benda yang nani sokmo buat dekat atas tu. ohhhh i kenot do that la lepas ni :D

    ReplyDelete
  6. tips yang bermanfaat mba walau pun saya engga suka dan-dan tapi buat belajar gak papa iya mba hehe

    ReplyDelete
  7. tang concealer tu nuha pon baru tahu. thank you dear!

    ReplyDelete
  8. hihih kita tak pandai makeup la aduhhh

    ReplyDelete
  9. husna tak pandai mekap sgt.. setakat calit lipbalm, tonyoh foundation sapu bedak lepas tu lukis eyeliner..:D

    ReplyDelete
  10. Rajin pkai eye liner jer..yg lain tu payah sangat.huhu but tq for the tips kak..

    ReplyDelete
  11. assalamualaikum farah...tips yg baik ni...:)

    ReplyDelete
  12. Tq Farah for the tip. Tak pandai makeup tapi teringin jugak. Huhu.

    ReplyDelete
  13. Good info Farah...
    Tp Kak nina x pandai solek dan selalunya just pakai bedak baby jer...
    Sadis kannn... Hehee

    ReplyDelete
  14. Nice sharing... yg pertama tu pnh wat gak dulu..

    ReplyDelete
Post a Comment

#buttons=(Accept !) #days=(20)

Bubblynotes.Com uses cookies to enhance your experience. Check Now
Accept !