Home » , , , , , , , , » 1KG Dalam Seminggu???

1KG Dalam Seminggu???

Sumber dari Google
Kelip-kelip mata, seperti tidak percaya!!! Muahahaha...Biar benar ni??? Dah lama dah rasanya KG ni tak turun... "Happy" lah sebab tu menaip dengan kegembiraan... Tetapi kalau hendak diikut-ikutkan 1KG tu tak adalah banyak mana dan besar mana pun pencapaiannya...Cumanya, kalau kumpul-kumpul sebulan, mau turun 4KG kalau tiap-tiap minggu konsisten turun 1KG kannn??? 

Ha ha ha, turun tak turun, sendiri mau ingatlah kan? Pemakanan macam mana? Diet macam mana? Senaman macam mana? Pi mai pi mai tang tu, berbalik kepada diri sendiri juga... Errr...kalau boleh sebenarnya kalau ditanya pada diri ini, nak turun 2-3 KG seminggu...Ahakss... cepat sikit... Bila cepat sikit, semakin gembiralah hati ini...La la la la... Boleh kot??? Antara diri sendiri nak tak nak jer sebenarnya... Kenalah "determine" kan bila dah nak kurangkan KG tu...bila dah berhajat kenalah usaha...kenalah kental...ha ha ha... Tak sabar ni nak kembali ke bentuk badan asal sebelum ada Ash ni, kalau boleh bentuk badan asal sebelum-sebelum tu...Ihiksss...kemain Mommy Ash kann??? Kenapa teringin sangat??? Rindulah dah tentu-tentunya... nak jadi selim melim balik...ahakss... Bila tengok gambar-gambar lama...Alahaiiii rindunya... 

Nak kata tak senaman kejar Ash, dah senaman dah, nak kata tak bersenam kemas rumah dan buat kerja-kerja rumah, dah terlebih buat dah, sampai tak tau nak buat apa lagi dah...Ha ha ha... Cuma senaman di gimnasium jer memang dah lama berhenti dah.... Memang sangat-sangat lama.... Walaupun ada yang mengajak "I is" bersenam di gimnasium atau "jogging" kembali kannn??? Bukan tidak mahu, diri ini terlalu letih dengan tugasan di pejabat, diri ini agak kemampuan tenaga sedikit untuk itu... (alasan ke betul-betul malas ni? hishhh... cuba lakukan kerja-kerja dan jadi "I is" dalam sehari, kemudian kamu tahu apa itu maknanya tenaga...dah macam tenaga buruh dah tau tak tenaga ni keluar...wakakakaka)... 

Apa yang Farah lakukan sampai boleh hilang 1KG dalam seminggu ni??? Farah memang sedang di dalam peringkat mengikut satu program penurunan berat badan yang Farah ceritakan dahulu di dalam entri Jom Cantik & Sihat Di MyClinic Beauty & Medi Spa!!! dan juga Kaedah Selamat Rawatan Kontur Tubuh "Body Shape RF" di MyClinic Beauty & Medi Spa... Ini punnn dah beberapa minggu tidak dapat menghadirkan diri ni disebabkan kesibukkan jadual yang tidak mengizinkan Farah untuk ke sana... Jadual-jadual ini semua telah diaturkan terlebih awal dari program penurunan berat badan ni... Diri sendiri pun tak tahu bilalah berkesempatan nak ke sana kembali...Hu hu hu... Tapi dah maklumkan dah pada "therapist" Farah yang Farah akan maklumkan bila Farah akan boleh mula kembali menjalani sesi rawatan.

Selain itu??? Selain itu Farah ada satu produk juga nak kongsikan dengan semua... tetapi bukan sekarang...tunggu sehingga program kedua ini tamat pula... Cuma yang boleh Farah kongsikan, Farah sememangnya mengawal berapakah jumlah kalori yang diambil dalam sehari dan Farah akan pastikan Farah tidak akan mengambil kalori melebihi daripada jumlah kalori yang Farah perlukan dalam sehari... Mengikut kiraan terkini, buat masa terkini, tubuh Farah hanya memerlukan tidak lebih dari 1400 kalori dalam sehari. Tak boleh lebih. Itu sahaja... Jadi nak tak nak kena pantau dan keras hati... Bukan nak dera atau seksa diri sendiri... Jumlah kalori yang diperlukan oleh tubuh Farah dalam sehari itu adalah cukup untuk "survival" diri Farah... tidak perlu lebih dari itu... Setiap dari kita pun begitu, ada jumlah kalori tertentu sahaja yang kita perlukan di dalam sehari, tidak perlu lebih... Itu sudah memadai, "and we will be fined"...percayalah...jangan takut jika kita tidak makan di dalam amaun atau jumlah yang kita biasa makan dalam sehari kita akan jadi "starving to death"... ataupun hilang tenaga... Farah dah cuba jadi Farah kongsikanlah... 

"Craving" sangatttt nak makan??? Ingatkan diri sendiri nak turun KG ke tak nak turun KG.... Kalau rasa nak turun KG, ingatlah kalau tak boleh makan hari ini sesuatu yang kita nak makan tu, esok masih boleh makan lagi...Ha ha ha... Amboiii cerita bukan main lagi kannn? Macam dah berkilo-kilo sangat yang turun...Ha ha ha...semangat ni semangat tau tak? Nak ajak "uolss" pun semangat menurunkan KG KG yang tidak sepatutnya... ngeeee....

Tapiiii ingat wahai Cik Puan Farah... 1KG tu adalah "very fragile", bila-bila masa jer boleh naik kembali dan bila-bila masa jer boleh turun kembali...muahahaha...maka...berhati-hatilah dengan diri anda sendiri... la la la la... *_^ 

Dapatkan Artikel terbaru dari Situs ini melalui e-mail Anda.

Author : Farah Waheda Wahid Terimakasih telah berkunjung

Artikel 1KG Dalam Seminggu??? , diterbitkan oleh Farah Waheda Wahid pada hari Monday, April 6, 2015.Enjoy Reading this!.About me: Farah Waheda Wahid Working Mommy Blogger of 1 (a boy). I blog about everything that moms love...mommyhood, beauty, fashion, health, food, tech and travel. Being a mom of 1 young kids, I like to find a balance between blogging about family related topics and things that are just for mom :) My blogs primary objective is to share my experiences with my readers, so it might help them with anything similar they may be experiencing, or to introduce them to new ideas. I blog from Selangor, Malaysia and have a preschooler toddler.

4 comments:

  1. nak turun berat kena disiplin kan diri hati mau kental bila tengok makanan. heheheh.

    ReplyDelete
  2. teruskan usaha...tepis semua godaan..heheh

    ReplyDelete
  3. dh lama x rs turn berat bdn gak.naik lg ada la....wuuuuu

    ReplyDelete
  4. saya turun dengan mudah jer. yela hormon kita lain-lain kan..^_^*

    ReplyDelete

DISCLAIMER: All content provided on this "Bubblynotes.Com - Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger" blog is for informational purposes only. The owner of this blog makes no representations as to the accuracy or completeness of any information on this site or found by following any link on this site. The owner of Bubblynotes.Com -Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger will not be liable for any errors or omissions in this information nor for the availability of this information. The owner will not be liable for any losses, injuries, or damages from the display or use of this information. This terms and conditions is subject to change at anytime with or without notice.

Shoplinks Asia

iWON.MY