Teknik 4S Bagi Membantu Anak Yang Lewat Bercakap...

Farah Waheda Wahid
4
Sumber dari Google

Tentang pertuturan anak-anak kecil ni, Farah telah kongsikan beberapa entri sebelum ini... Antaranya adalah Merangsang Bayi Bercakap??? dan juga Kenali Isyarat Awal Anak-Anak "Weolss" Bermasalah Pertuturan. Dan pada kali ini, berdasarkan pada satu pembacaan di artikel di SINI, Farah ingin kongsikan panduan ataupun teknik 4S bagi membantu anak yang lewat bercakap di rumah sepertimana yang dikongsikan oleh artikel yang berkenaan... Iyalah, bila anak lewat bercakap ni boleh menimbulkan kegusaran di hati ibu bapa yer tak? Bila tengok anak-anak orang lain telah mula bercakap, anak sendiri masih lagi belum boleh bertutur... Tidak banyak sedikit, selain dari rasa risau, rasa tertekan dan sedih boleh hinggap pada jiwa ibu bapa. 

Anak lewat atau lambat bercakap bukan lagi perkara asing di zaman ini. Sebagai ibu bapa memang kita ni semua perlu peka dengan perkembangan serta kebolehan bahasa anak-anak kita. Bagi ibu bapa yang ingin merangsang anak bertutur, sebaik-baiknya kita perlu mengetahui tahap komunikasi anak-anak terlebih dahulu. Langkah terbaik, dapatkanlah nasihat dari pakar di hospital atau mana-mana SLT ("Speech Language Therapist") yang terdekat. 

Akan tetapi!!! Jangan cuma bergantung semata-mata kepada "therapist"... Nek Ma Ash kata, kanak-kanak ni kena rajin layan bercakap. Bila kita rajin berborak, bersembang, bercakap dengan dia, maka semakin cepatlah dia bercakap. Sejauh mana kesahihan Farah tak dapat nak pastikan "accuracy"nya...Cumanya... kita harus mengambil pakai juga kata-kata orang-orang yang terlebih dahulu makan garam yer tak? Bukan tidak boleh menolak, boleh sahaja, tetapi ada perkara yang kita harus terima kerana mereka lebih berpengalaman. Janganlah pula kita memperlekehkan pendapat mereka.

Ibu bapa kena rajin rangsang anak bercakap...tidak kira apa pun tahap kebolehan komunikasi mereka mahupun umur. Sekiranya anak kita hanya boleh sebut sepatah perkataan sahaja. Rangsang mereka membina ayat pendek terlebih dahulu seperti 2 patah atau 3 patah perkataan. Begitu juga jika mereka hanya boleh memberi bahasa badan ("body gesture") atau "pointing", rangsanglah anak-anak untuk mengenali dan menyebut satu persatu perkataan. Jangan gelojoh dan memaksa mereka.

Untuk ini, teknik 4S... 4S yer bukan 5S yang di pejabat tu... boleh membantu kita sebagai ibu bapa untuk merangsang anak-anak bertutur:

"Say Less/Simple"
Gunakan perkataan yang pendek mudah apabila bercakap dengan anak. Perkataan tunggal mudah difaham dan diingat oleh anak. Juga mereka boleh mudah meniru perkataan itu dalam kadar yang singkat. 

Contoh:
SALAH - "Sofia kena pakai kasut ni sebab dah nak pergi sekolah ni, mama nak cepat."
BETUL - "Sofia pakai kasut" tunjuk ke arah kasut dan setelah kasut dipakai, katakan pula "Jom pergi sekolah".

"Stress The Words"
Tekankan perkataan yang ingin dicakap. Contoh, 'Air ni panas'. Perkataan yang perlu ditekankan ialah "Air" dan "Panas". Supaya anak kita juga mampu mengenali situasi panas dan menggabungkan perkataan. Jadi untuk kedua perkataan itu, kita perlu tekankan lebih sedikit untuk dapatkan perhatian anak. Gunakan suara yang jelas atau sedikit kuat untuk nyatakan penekanan di situ.

"Go SLOW"
Kurangkang kecepatan perkataan kita apabila bercakap dengan mereka untuk beri mereka masa untuk faham apa yang kita cakap. 

Contohnya: perkataan "buka", kita boleh cakap dalam kadar perlahan: "bu-u-ka". Kita boleh "pause" juga perkataan itu untuk bagi dia mencuba untuk menyambungnya. Selalunya, interaksi menyanyi lagu seperti "twinkle-twinkle little star" atau "incy wincy spider" adalah lagu yang baik untuk perkembangan bahasa anak. 

Contoh: "Twinkle twinkle little... (pause) s-tar!"

"SHOW"
Anak lebih mudah belajar bercakap apabila mereka nampak apa yang mereka tengah cakapkan. Buku alatan permainan bertindak sebagai "visual helper" pada anak untuk mereka bercakap ikut situasi yang mereka nampak. 

"Visual helper" seperti "pointing body", "body gesture" membantu anak untuk kaitkan antara perkataan yang kita cakap dan pemahaman mereka. Mereka perlu faham dahulu sebelum boleh bercakap apa yang mereka ingin katakan. Tolong elakkan aktiviti yang 'memaksa' mereka untuk menghafal seperti di dalam kebanyakkan applikasi di tablet/ipad/telefon pintar. 

Contoh: Letakkan losyen di tangan anak dan juga di tangan anda, kemudian sapu rata di kedua belah tangan sambil berkata "sapu..."... Lakukan ia dengan tunjukkan demonstrasi supaya anak kita mengenali perkataan dan tindakan sapu. Kita tidak mahu mereka menghafal tetapi juga faham.

Oh ya, dah terlanjur tu Farah kongsikan sekalilah yer...bagi ibu bapa yang berminat dengan "Excel Speech Program" untuk anak-anak kecil masing-masing bolehlah menghubungi secara panggilan telefon, SMS ataupun What's App, Teacher Ayu di talian 019 - 669 2284.

Bila menaip entri ini, bukan sekadar perkongsian kepada anda tetapi juga sebenarnya pengetahuan untuk Farah juga...sama-sama kita belajar dan sama-sama kita ambil tahu.. *_^ 

Post a Comment

4Comments

DISCLAIMER: All content provided on this "Bubblynotes.Com - Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger" blog is for informational purposes only. The owner of this blog makes no representations as to the accuracy or completeness of any information on this site or found by following any link on this site. The owner of Bubblynotes.Com -Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger will not be liable for any errors or omissions in this information nor for the availability of this information. The owner will not be liable for any losses, injuries, or damages from the display or use of this information. This terms and conditions is subject to change at anytime with or without notice.

  1. Nice sharing... Mmg itulah teknik sy guna... Kena rajin latih mereka bercakap...

    ReplyDelete
    Replies
    1. suka atau tidak memang sepatutnya ibu bapa kena rajin melayan anak-anak bercakap kan?

      Delete
  2. tq farah info ni!
    cik kembar dieyana tu, dah 2 tahun lebih, blum bleh bercakap penuh, nak kata pelat, tidak..tapi abang2 dia mmng rajin sgt la berborak dgn dia, dan teknik 'go slow', dieyana guna, Alhamdulillah, dia bleh ikut, cuma kena bnyk sbr la kan...

    ReplyDelete
Post a Comment

#buttons=(Accept !) #days=(20)

Bubblynotes.Com uses cookies to enhance your experience. Check Now
Accept !