Home » , , , , , , , » Sudah Beli Tetapi Tidak Menyampai Hati...

Sudah Beli Tetapi Tidak Menyampai Hati...


Hari tu ada membebel di Bubblynotes.Com tentang Is Child Safety Harness Necessary For Ash??? ... Semasa tengah berfikir-fikir sama ada wajar atau tidak wajar memakaikan Ash "safety harness"... Bukan apa... sepertimana yang Farah jelaskan di dalam entri yang terdahulu, ada perasaan kurang senang terbit di hati ini... Macam...macam...macam...entahlah rasa macam kesian dan tak seronok pula tengok anak diikat sebegitu rupa...Muahahaha...

Akan tetapi... kalau tak dipakaikan pun, bila ada di tengah-tengah "crowd" orang yang ramai boleh jadi tak terkejar dan bahaya juga... Haaa...macam tulah perasaan ini... Sebenarnya jauh di dasar hati...ecewahhh... pertamanya... pandangan sesetengah masyarakat di Malaysia ni mengganggap bila kanak-kanak dipakaikan "safety harness" sudah ibarat haiwan peliharaan pula anak itu diperlakukan...tidak patut dan tidak sewajarnya... menjadikan diri ini serba salah ingin memakaikan "safety harness" pada Ash... ha fikir apa orang fikir fikir, fikir lagi... boleh tak jangan fikir apa orang nak kata? Demi keselamatan anak ni kot? Hu hu hu hu... --> bebel kepada diri sendiri...

Yang keduanya, sebenarnya dah "test run" pada Ash dah pun semalam di dalam rumah...saja nak ambil "feel" dan tengok bagaimana dia...Hamboiii, memang sangat suka nampak gayanya... sebab dia bebas berjalan ke sana ke mari... Memang dia suka... cumanya...tiba-tiba Farah pulak jadi sendu... syahdu sedih... ha ha ha...macam kesian jer anakku diperlakukan sebegini rupa... Tambah pula lagi, Nek Ma Ash sebut walaupun tersenyum... "Alahaiii, ciannya cayang Nek Ma...tapi nak buat macam mana, terpaksa..."...Gulppp... nak telan air liur tetapi tersekat pula di kerongkong ok? Hu hu hu...

Sampai hari ini, sekejap sekejap fikir tak apa, sekejap sekejap fikir tak baik, sekejap sekejap fikir tak payahlah...ha ha ha... Memanglah Ash duduk di "buggy" dia, tetapi sejak dua menjak ni, sejak dapat kaki ni, nak turun juga bila dah penat duduk dalam "buggy" tu... Adatlah kann? Macam kita yang dewasa ni juga...Kalau duduk sahaja...boleh jadi bosan dan penat...Nak juga berjalan-jalan ambil angin yer tak? Nak juga dia rasa bebas... Dah boleh berjalan, takkan nak duduk sahaja di dalam "buggy" tu...

Hari tu borak-borak dengan Kak Nani Mama Kembar 3... Kak Nani kata, abang kembar dulu pun pakai "safety harness"... "See"...bukannya memakaikan "safety harness" tu mengibaratkan anak seperti haiwan peliharaan ok? Dipakaikan tali sebegitu rupa...tetapi lebih kepada nak beri kebebasan kepada si anak berjalan serta bergerak sesuka hati mereka tetapi masih berada di dalam kawalan kita sebagai ibu bapa... Ermm...mungkin ini pada pandangan Farah dan juga ibu bapa yang memilih untuk memakaikan anak-anak dengan "safety harness" lah kot? Bagi yang tidak suka dan tidak bersetuju lain pula pendapatnya yer tak??? Ibu bapa mana yang sampai hati nak ikat anak dan terima cakap-cakap sekeliling mengatakan ibu bapa tu "treat" anak ibarat haiwan peliharaan??? Tak ada ibu bapa yang sanggup nak tadah telinga dengar weii... Sakitnya tuh... terasa menusuk ok? Seolah-olah bunyinya macam ibu bapa tak ada hati perut pula... Dush dush dush...

Akan tetapi, pastinya ada sebab musabab yang tersendiri anak-anak kecil itu terpaksa dipakaikan juga dengan "safety harness"... Faktor keselamatan adalah yang paling utama!!! Anak nak bebas bergerak ke sana ke mari, tetapi ibu bapa tidak mahu perkara yang tidak diingini berlaku... yang berkaitan dengan keselamatan anak-anak... Makanya... keputusan diambil untuk memakaikan... Biarlah apa orang nak kecam, apa orang nak kata, apa orang nak sindir, apa orang nak umpat yer tak? Yang penting, ibu bapa itu sendiri tahu sebab musabab dan alasan mereka memakaikan anak-anak "safety harness"... Bagi Farah, Farah lebih suka bersikap neutral di dalam isu sebegini...

Farah adalah mudah dan ringkas... sekalipun Ash dipakaikan dengan "safety harness"...itu bukanlah bermaksud Farah memperlakukan anak itu seperti haiwan peliharaan... tetapi atas dasar ingin memberikan anak itu kebebasan tersendiri untuk berjalan yang mana, keselamatan dia juga terjaga... Sekarang ni ramai dah suka culik-culik budak...pantang lepa sesaat perkara boleh berlaku tanpa diduga... tak salah ambil langkah pencegahan kan? Itu satu hal...lagi satu... di tengah-tengah "crowd" atau kawasan yang ramai orang... memang Farah secara peribadi rasakan perlu jika anak tidak mahu duduk di "buggy", "stroller" dan segala bagai...nak berjalan... bertawaf... faham kan? bila orang ramai bagaimana? Hu hu hu...

Memang Ash sudah ada "safety harness", sudah beli tetapi tidak menyampai hati...tetapi hati Mommy akan tetap sampai sekiranya keadaan benar-benar memerlukan...Sebelum terjadi apa-apa, baiklah Mommy beringat yer tak? 

Dapatkan Artikel terbaru dari Situs ini melalui e-mail Anda.

Author : Farah Waheda Wahid Terimakasih telah berkunjung

Artikel Sudah Beli Tetapi Tidak Menyampai Hati... , diterbitkan oleh Farah Waheda Wahid pada hari Monday, March 30, 2015.Enjoy Reading this!.About me: Farah Waheda Wahid Working Mommy Blogger of 1 (a boy). I blog about everything that moms love...mommyhood, beauty, fashion, health, food, tech and travel. Being a mom of 1 young kids, I like to find a balance between blogging about family related topics and things that are just for mom :) My blogs primary objective is to share my experiences with my readers, so it might help them with anything similar they may be experiencing, or to introduce them to new ideas. I blog from Selangor, Malaysia and have a preschooler toddler.

11 comments:

  1. safety harness tu bgus.. tp btul la.. tak sampai hati. tp pada lin better klu bby wearing. lg senang kot. orang pun tak ngata... kita pun lagi best leh peluk anak. tp sakit pinggang gak klu jalan lama.

    ReplyDelete
    Replies
    1. i stop with baby wearing already sebab sayang body...ha ha ha... sebabnya sakit tulang belakang bila dah lama-lama sangat...tak larat pula rasanya... so far, ash duduk dalam buggy sahaja... ini sebab dah pandai berjalan, nak beri dia freedom berjalan sikit allene...

      Delete
  2. bg sy, sy x setuju dipakaikan benda alah ni...tp masing2 ad pendapat sendiri kan.. :-)

    ReplyDelete
    Replies
    1. iya, masing-masing ada pendapat yang tersendiri... terpulang kepada ibu bapa masing-masing untuk membuat keputusan ;)

      Delete
  3. Dkna pon tak sampai hati nak pakaikan walopon benda ni bagus tuk keselamatan anak. Redha je la nanti main kejar2 dengan mikhail dalam mall.. huwaaaa

    ReplyDelete
    Replies
    1. semoga diberikan ketabahan itu dkna... hu hu hu...

      Delete
  4. betul kak..kalau nak piker cakap orang memang sampai kesudahh..demi keselamatan..ketepikan cakap orang, asalkan kite taw apa yang kite buat tu terbaik utk kite dan anak kite, ..safety first...hehe

    ReplyDelete
  5. Tak pernah ada pun... Rela je dukung..dh kat luar rumah ajar ank takut dgn org x dikenali...

    ReplyDelete
  6. Eraz pun tak sampai hati.. Errrrmmmmm...

    ReplyDelete

DISCLAIMER: All content provided on this "Bubblynotes.Com - Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger" blog is for informational purposes only. The owner of this blog makes no representations as to the accuracy or completeness of any information on this site or found by following any link on this site. The owner of Bubblynotes.Com -Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger will not be liable for any errors or omissions in this information nor for the availability of this information. The owner will not be liable for any losses, injuries, or damages from the display or use of this information. This terms and conditions is subject to change at anytime with or without notice.

Shoplinks Asia

iWON.MY