Home » , , , , , , , , , , , » Solusinya Adalah ASTRO PVR + Wifi...

Solusinya Adalah ASTRO PVR + Wifi...

Sumber dari Google
Atuk Ash nak tonton bola... Ash nak tonton Timmy Time, Clubhouse Disney, Dibo The Gift Dragon, Hi5... Nek Ma Ash dan Mommy nak tonton Isteri Separuh Masa... Tapi kebanyakkan pada masanya Atuk Ash "conquer remote"... dan terpaksalah kami menonton bola walaupun Mommy Ash tak minat kann??? Kesudahannya... memang tak tontonlah televisyen pun... Hu hu hu... 

Semenjak dua menjak kebelakangan ini, mungkin Ash dah hilang tahap kesabaran beliau kot...Kui kui kui... Dengan selamba sahaja, dia ambil "remote" dari tangan Atuk dia dan dengan selamba dia dengan gaya dan aksi macam pandai sangat tukar saluran ASTRO tu... tekan-tekan yang entah apa-apa... Dush dush dush... Bukan ke saluran kartun... Ha ha ha...lain perginya...Bila tak dapat saluran yang dikehendaki... "Tantrum"... Nampak macam tak berebut secara kasar...ha ha ha... Tapi berebut secara halus kaedahnya... Lepas tu nanti... Mommy dan Nek Ma akan suarakan rasa tidak puas hati kepada Atuk Ash... Kenyataannya... "Alaaaa... Papa ni asyik-asyik bola, asyik-asyik bola... nak tengok...dot dot dot"... Ha ha ha... "2/3 against 1".... 

Tak terfikir pun nak bertukar dari Beyond ke PVR... Tetapiiii.... minggu lepas Farah telah dihubungi oleh pihak pemasaran ASTRO yang menawarkan penukaran dekoder dan perkhidmatan daripada Beyond kepada PVR... Pada mulanya malas nak tukar-tukar ni... Ha ha ha, takut-takut "costing" bertambah pula... Dahlah nak jimat sempena GST ni... Errrr... cukup bulan depan bil ASTRO adalah tambahan 6% GST juga kan??? Ekekekeke...Nak lari kot celah mana punn.... Tapi, bila wakil pihak ASTRO tu maklumkan bahawa tiada perubahan kepada pakej sedia ada, harga pun masih sama sebab pakej sekarang yang Farah langgan ni, mereka tengah lakukan promosi... jumlah bayaran pakej yang Farah sekarang ni dimasukkan sekali dengan yuran PVR. Maknanya, menjadi pelanggan PVR tanpa perlu membayar apa-apa...kontrak selama 2 tahun...Kalau tidak penalti..."Ok, fine..."... 

Fikir punya fikir, berjaya pula wakil pemasaran ASTRO tu meracun Farah yer? Ha ha ha... Tak adalah... mestilah fikir dulu sambil-sambil dia bercakap di telefon...Mengenangkan masing-masing ada pilihan saluran masing-masing dan ada yang sentap ("I is" lettew...ha ha ha)...bila tak dapat tengok saluran dan rancangan yang diinginkan pada setiap masa kerana "remote" dikawal oleh Atuk Ash yang setiap hari tengok bolaaaaaaaa ajerrrr... Huwaaaaa.... Tak apa... ini bukan mengata Atuk Ash belakang-belakang...Depan Atuk Ash pun kami beritahu perkara yang sama... Hu hu hu... Makanya, Farah ambil keputusan untuk menukar servis ASTRO kami kepada PVR daripada Beyond. 

Selepas ini, dah tak perlu nak berebut dan sentap-sentap lagi dahh.... Rekod ajer...Mudah kerja... Bila ada masa, boleh tonton... Jadi taklah berebut kan? Beli televisyen lagi satu dan langgan ASTRO kedua? Hurmmm...tak ada dalam rancangan dan tidak perlu rasanya...cukup dengan satu sahaja... Televisyen memang ada lagi satu di atas tetapi jarang kot guna...Itupun rasa membazir sahaja... Bukan Farah belilah punnn.... Televisyen lama dari rumah lama dulu sebelum berpindah... Hu hu hu... 

Moga-moga keputusan Farah ni betullah ek? Ha ha ha... Macam keputusan apa jer...Sebabnya tak nak sesi perebutan saluran meruncing... La la la la... 

Dapatkan Artikel terbaru dari Situs ini melalui e-mail Anda.

Author : Farah Waheda Wahid Terimakasih telah berkunjung

Artikel Solusinya Adalah ASTRO PVR + Wifi..., diterbitkan oleh Farah Waheda Wahid pada hari Thursday, March 26, 2015.Enjoy Reading this!.About me: Farah Waheda Wahid Working Mommy Blogger of 1 (a boy). I blog about everything that moms love...mommyhood, beauty, fashion, health, food, tech and travel. Being a mom of 1 young kids, I like to find a balance between blogging about family related topics and things that are just for mom :) My blogs primary objective is to share my experiences with my readers, so it might help them with anything similar they may be experiencing, or to introduce them to new ideas. I blog from Selangor, Malaysia and have a preschooler toddler.

7 comments:

  1. teringin juga beralih ke pvr..tp astro kan rajin jer ulang siar rancgn dia..dah macam dvd la pulak. bagus la klu xda tambhn byaran..tp tgok la dua tiga bulan lg...ada saja astro mnta byr..hihih..dah pernah kena ni mmg kenangan pahit dgn astro ler farah...

    ReplyDelete
    Replies
    1. nanti-nanti kalau dia minta tambah, Farah buat tak layan jer boleh? hik hik hik...cukuplah yang ada-ada tu...

      Delete
  2. assalamualaikum farah....betul tu nak elak bergaduh lebih senang ada astro pvr ni...kat rumah mama ni pun kalau ada rancangan yg best tapi x dpt nak tengok kami pilih satu jer utk dirakamkn...bila ada masa boleh tengok semula...

    ReplyDelete
  3. Surirumah macam saya tak de masalah berebut siaran tv,.heheh..jadi pakai beyond aje..tak payah PVR bagai tuh..:)

    ReplyDelete
  4. Bila time sek, mmg jarang tengok tv, nak pvr pon, dekat online remai jer upload, boleh tengok...hikhik.. tp tengok dkt tv juga yg puas ;)

    ReplyDelete

DISCLAIMER: All content provided on this "Bubblynotes.Com - Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger" blog is for informational purposes only. The owner of this blog makes no representations as to the accuracy or completeness of any information on this site or found by following any link on this site. The owner of Bubblynotes.Com -Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger will not be liable for any errors or omissions in this information nor for the availability of this information. The owner will not be liable for any losses, injuries, or damages from the display or use of this information. This terms and conditions is subject to change at anytime with or without notice.

Shoplinks Asia

iWON.MY