Home » , , , , , » Senarai Barangan Yang Dikenakan & Tidak Dikenakan GST...

Senarai Barangan Yang Dikenakan & Tidak Dikenakan GST...

Sumber dari Google
Tak lama jer lagi, tak lama jer lagi...pejam celik pejam celik, memang sampai dan tibalah waktu dan ketikanya yer... Perlaksanaan GST kini sudah semakin tiba dan semakin hampir ke detik dan waktunya... Mentang-mentanglah baru minggu lepas ada "training" berkaitan dengan GST, tiba-tiba mencelah pula tentang GST di Bubblynotes.Com kan? Hurmm...tapi ini bukan kali pertama pun Farah soh seh soh seh tentang GST pun "uolss"... Sebelum-sebelum ini ada dinyatakan di dalam entri... 


Sebagai pembeli, sudah semestinya kita tertanya-tanya juga apakah senarai barangan yang dikenakan dan tidak dikenakan GST 2015 ni kan? Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST 2015) dengan kadar 6% akan menggantikan Cukai Jualan dan Perkhidmatan (SST) bermula bulan April 2015 ini. Sebelum ini ada barangan yang dikenakan cukai SST 10% yang dimasukkan ke dalam harga jualannya. GST dengan kadar 6% akan menjadikan beberapa barangan pengguna yang terlibat dijangkakan lebih murah... Ok dengan sepenuh harapan biarlah betul-betul murah yer...Ihiksss.... 

Di antara barangan yang dijangkakan akan turun selepas pengenalan GST 2015 adalah:
  • Harga set televisyen 
  • Peti sejuk 
  • Penghawa dingin
  • Seterika
  • Pengering rambut
  • Lampin - apasal macam sukaaaaa jer yang ni...ha ha ha... 
  • Minuman ringan
Berikut pula antara barangan yang mungkin naik harganya disebabkan ianya tidak dikenakan cukai sebelum ini yer kawan-kawan... 
  • Komputer 
  • Komputer riba
  • iPad
  • Telefon bimbit
  • Jam tangan
  • Barangan kosmetik termasuk gincu dan pengilat kuku
Huwaaaa... ini semua barang-barang kegemaran ni... adusss... ha ha ha... betullah tu "quote... there are no gains without pains"...Muahahahaha... 

Tidak akan ada GST untuk makanan keperluan seperti:
  • Ayam
  • Daging lembu
  • Daging kambing
  • Ikan
  • Itik
  • Telur
  • Ikan bilis
  • Beras
  • Roti 
  • Sayur-sayuran segar dan buah-buahan
  • Minyak kelapa
  • Minyak masak kacang tanah
  • Susu bayi - ni penting ni... 
  • Petrol RON95 dan Diesel - ni pun penting jugak... ekekekeke
  • Tol
  • Pengangkutan awam
Barangan makanan bukan keperluan walaubagaimanapun dikenakan GST yer kawan-kawan...sila ambil tahu... 
  • Sos tomato
  • Sos cili
  • Sos tiram
  • Mi cawan
  • Tempe
  • Keju
  • Marjerin
  • Telur puyuh 
  • Minyak jagung
  • Minyak zaitun
  • Biskut
  • Donat
  • "Croissant" coklat
Jabatan Kastam telahpun mengeluarkan sebuah buku dengan menyenaraikan barangan yang dikenakan cukai dan tidak dikenakan cukai dan ia boleh dimuat turun dari laman web di SINI. Baru jer muat turun pun...bha ha ha... oklah Farah kongsi sebarang dua yer? 

Tisu, penyepit baju, pasu bunga, payung semua ada GST ok? Ha ha ha...lepas ni mana-mana pandang nampak perkataan GST ajerlah... 







Sedikit sebanyaklah yang Farah sempat "print screen" untuk bagi gambaran...tapi kalau nak lebih terperinci, silalah muat turun buku panduan yang telah dikeluarkan yer? Lagi sekali boleh "view" ataupun muat turun di pautan di SINI

Perubahan bakal melanda di April 2015... gitchewsss!!! Berguna simpan sesalinan buku panduan senarai panduan harga barangan ni, sebabnya... kita boleh rujuk jika ada ketidakpastian di mana-mana... yer tak? Selamat ber-GST untuk kita semua rakyat Malaysia... *_^ 

Dapatkan Artikel Terbaru Dari www.bubblynotes.com Melalui E-mel Anda

Author : Farah Waheda Wahid Terimakasih telah berkunjung

Artikel Senarai Barangan Yang Dikenakan & Tidak Dikenakan GST... , diterbitkan oleh Farah Waheda Wahid pada hari Friday, March 6, 2015.Enjoy Reading this!.About me: Farah Waheda Wahid Working Mommy Blogger of 1 (a boy). I blog about everything that moms love...mommyhood, beauty, fashion, health, food, tech and travel. Being a mom of 1 young kids, I like to find a balance between blogging about family related topics and things that are just for mom :) My blogs primary objective is to share my experiences with my readers, so it might help them with anything similar they may be experiencing, or to introduce them to new ideas. I blog from Selangor, Malaysia and have a preschooler toddler.

18 comments:

  1. GST ada keburukan dan kebaikan..nak tak nak kena hadap je la..huhu

    ReplyDelete
  2. nampaknyer kena buat kerja lebih nie (part time ) untUk membayar duit GST

    ReplyDelete
  3. adududu, sebenarnya, dieyana sgt2 pening dgn gst ni..mmng tk paham langsung..aduyai....pening2....apa2 pun, nak tak nak..april ni akan terlaksana gst..erm...tgh study psl gst...sekurang2nya, tahu asas..hikhihk..study la sgt..;-))..tq farah! blog u sgt2 berinfo! I like!!

    ReplyDelete
  4. Baru kira2 nak beli tab ... dah naik hg pula bln 4 ni ... huhu

    ReplyDelete
  5. lampin..susu..ron95...naseb x kena

    ReplyDelete
  6. kita mmg menjangkakan harga barang akan turun atau paling tidak pun dijual dgn sedikit murah.tp syg sikit sbb kbanyakan pembuat/pengeluar/pemborong mmg awal2 lg ada niat nak naikkan harga brg jugak...uhuk uhuk

    ReplyDelete
  7. OHH! dilema betul dgn GST ni. Huhuhuu...Nak kena berjimat cermat la lepas ni..SObsss..

    ReplyDelete
  8. makan chicken rice shop pun kena..huhuhu

    ReplyDelete
  9. Mari kita tengok nanti banyak barang turun or naik harga ... Agak kita mesti banyak yang naik daripada yang turun ... Mari kita tengok sape yang kena ...

    ReplyDelete
  10. mari kita tengok pengangkutan awam naik ke x?mesti naik punya menipu lah klu xnaik .pengangkutan awm penting ..gst ini bebankan masyarakat ..nanti kita lihat masyarakat yg miskin mcm mane nk meneruskan kehidupan dgn ekonomi yg meningkat .

    ReplyDelete
  11. Macam banyak jew barangan yang dikenakan GST yang perlu zumal beli... Aduhai...

    ReplyDelete
  12. Gst naik,tpi gaji tk naik..untk pkrja yg gji 1000 k bwh mcmne nk hidup ,,perlukah krjaan bgi brim seumur hidup rakyat,,,,,,,,,,,,fikirkan,,lah,,,

    ReplyDelete

DISCLAIMER: All content provided on this "Bubblynotes.Com - Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger" blog is for informational purposes only. The owner of this blog makes no representations as to the accuracy or completeness of any information on this site or found by following any link on this site. The owner of Bubblynotes.Com -Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger will not be liable for any errors or omissions in this information nor for the availability of this information. The owner will not be liable for any losses, injuries, or damages from the display or use of this information. This terms and conditions is subject to change at anytime with or without notice.

Shoplinks Asia