Semua Nak Buat Sendiri...


Bila semua perkara nak lakukan sendiri... itu tandanya Ash semakin berkembang dan membesar... Iya... betullll... semua perkara nak buat sendiri... 

Macam gambar di atas, sekarang ni bila waktu makan terpaksa sediakan 2 bekas... 1 pinggan makan yang Farah atau Nek Ma nak suap dia makan, 1 lagi bekas makanan serta sudu untuk dia main-main... dengan syarat... dia pun nak ada makanan dalam bekas dia (letak secoet jer... tak perlu banyak-banyak). Sebab kaedahnya nak suap makanan sendiri lettew. 

Dah kenapa pula nak kena ada 2 bekas? Hurmm... dah tentu-tentu lah Farah atau Nek Ma dia kena suapkan makan. Kalau nak harapkan dia sendiri? Mana datang kenyangnya? Nanti kenyang tak seberapa, sepahnya lebih... Muahahaha... Bila perut lapar, lepas tu semua serba tak kena... Meragam... Dush dush baik tak payah... Gendang gendut tali kecapi, kenyang perut senang hati kan? Ngeee... Walaupun Ash nak berdikari suap sendiri... Mummy atau Nek Ma tetap akan suapkan. Ash kena kenyang. Itu peraturan Mummy. Mummy lapar tak apa, Mummy tak makan tak apa... muahahaha... elok sangatlah tu... Mummy pun tembun kan? Ahaksss... Boleh diet dan kurus sikit... Ekekekeke.... 

Memang taklah nak bagi dia sebekas penuh kan... Kalau bahagian makanan tu dalam bekas yang Farah suapkan ada segenggam tanggan, dalam bekas dia 2 sudu ajer Farah bagi... Jadinya nanti sepahnya pun minimalah kan? Bijak tak Mummy? Kalau bagi sepinggan penuh... alamatnya karam rumah nanti. 

Bukan setakat itu... sekarang ni, nak menyusu atau minum air kosong? Botol susu dan air kosong dah siap-siap disediakan dan letak atas "TV console"... Tik tok tik tok dia berjalan terhuyung-hayang macam nak buat "break dance" bak kata Abah dia... Ambil bantal "papam" sendiri... capai botol susu sendiri, lepas tu baring sendiri. Baringlah dia diam-diam kat satu sudut... Alahai anakkk... Mummy yang tengok macammm... "tacing"-nyaaa... Bukan Mummy biarkan... Mummy nak ambilkan kot? Dia suruh Mummy duduk dalam bahasa dia... tak beri Mummy ambilkan... Hurmmm... 

Bila dah puas sepahkan barang permainan, buku-buku dia... sekarang ni dia akan kutip dan masukkan dalam kotak yang memang disediakan khas untuk semua tu di ruang bermain dia. "Uolss" rasa? Dush dush dush... sakitnya tuh di sini!!! Errr... taklah... cuma tersentuh... sebab sampai macam tu sekali dia membawa diri dia... 

Pandangan peribadi sebagai Mummy dia... dan bukan niat nak "up" anak sendiri lebih-lebih sampai orang nak muntah pelangi... atau bunyi macam Farah seorang yang ada anak... tetapi lebih kepada apa yang Farah perhatikan dan saksikan... nampak dah tokoh-tokoh Ash seorang yang pandai berdikari dan membawa diri. Eloklah tu... kalau benar... walaupun dia seorang sahaja, tetapi masih mampu berdikari, lagipun dia lelaki kan? Moga-moga dia jadi anak yang kuat, tabah, cekal dan berdiri di atas kaki sendiri. Mummy yakin Ash mampu. Dan itu bermakna walaupun dia sangat manja, dia bukan "spoilt brat"... 

Sekejap jer terasa besarnya anak manja Mummy ni... 

Dapatkan Artikel terbaru dari Situs ini melalui e-mail Anda.

Author : Farah Waheda Wahid Terimakasih telah berkunjung

Artikel Semua Nak Buat Sendiri..., diterbitkan oleh Farah Waheda Wahid pada hari Sunday, March 8, 2015.Enjoy Reading this!.About me: Farah Waheda Wahid Working Mommy Blogger of 1 (a boy). I blog about everything that moms love...mommyhood, beauty, fashion, health, food, tech and travel. Being a mom of 1 young kids, I like to find a balance between blogging about family related topics and things that are just for mom :) My blogs primary objective is to share my experiences with my readers, so it might help them with anything similar they may be experiencing, or to introduce them to new ideas. I blog from Selangor, Malaysia and have a preschooler toddler.

2 comments:

DISCLAIMER: All content provided on this "Bubblynotes.Com - Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger" blog is for informational purposes only. The owner of this blog makes no representations as to the accuracy or completeness of any information on this site or found by following any link on this site. The owner of Bubblynotes.Com -Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger will not be liable for any errors or omissions in this information nor for the availability of this information. The owner will not be liable for any losses, injuries, or damages from the display or use of this information. This terms and conditions is subject to change at anytime with or without notice.

Shoplinks Asia

iWON.MY