Home » , , , , , , , » Rasanya Berpuasa Dari Blog???

Rasanya Berpuasa Dari Blog???


Gituuu kan??? Macam berpuasa di bulan Ramadhan dah bunyinya... Muahahahaha... Puasa sehari suntuk bermula dari malam semalam disebabkan kerja-kerja pengubahsuaian Bubblynotes.Com. Hasil kerjasama di antara diri sendiri dan juga Maria Firdz. Phewww... mung ingat senang nak pilih "template", nak "edit coding" segala bagai... Apa-apa pun terima kasih banyak-banyak diucapkan kepada Maria.

Menurut puan punya badan yang berkolaborasi dengan Farah di dalam menyiapkan Bubblynotes.Com sepanjang hari ini, dalam hati beliau risau juga sebab tidak pernah "edit" blog orang lain selain daripada blog sendiri. Tapi di dalam hati Farah pula??? Farah yakin Maria boleh melakukannya... Sebab Farah tahu kemampuan sebenar Maria. Dalam erti kata yang lain nak galakkan dia supaya berani-berani meng-edit blog orang lain dan mungkin para blogger akan ada satu lagi sumber rujukan atau tempat untuk menempah kerja-kerja pengubahsuaian blog.

Ingatkan puan empunya blog jer yang bercuti dari bekerja hari ini... Hew hew hew... Rupa-rupanya blog sekali bercuti daaaaa.... Jarang kan terjadi pada Bubblynotes.Com??? Alaaa...sekali sekala tak ada salahnya punnn... Ok aper? Sesekali bercuti? Sementara blog diubahsuai, Farah pun ambil peluanglah berehat dari berfikir...Bha ha ha... Tetapi kini kembali beraksi...In Shaa Allah...

"Back to simplicity!!!"... Itu tema dan kriteria di dalam pemilihan "template" bagi Bubblynotes.Com. Masih mengekalkan kepala blog ("blog header") yang baru sahaja ditempah dari Azhafizah.Com . Cuma melakukan pengubahsuaian ke atas "blog layout" yang mana apa yang Farah inginkan blog yang lebih ringan, responsif serta mesra SEO kononnya...Ihikss... Sekarang ini kan "trending" responsif dan mesra SEO.

Rasanya berpuasa dari blog??? Huiyoooo... Tak tahu nak bayangkan macam mana dan ekspresikan macam mana pada semua...Sebab? Farah dah biasa berceloteh di Bubblynotes.Com, berbuih-buih setiap hari... tiba-tiba senyap seharian...Ha ha ha... Tapiii, sebenarnya ok juga... sebab "fresh"kan minda semula... Yerlah selama kini ber-blog tidak henti-henti kan? Ada masanya otak memerlukan rehat juga dari berfikir... Hik hik hik... Walaupun pada asalnya merasakan ibarat kehilangan sesuatu bila tidak ber-blog seharian... Alhamdulillah, berjaya muhasabah diri dan menyeronokkan diri seharian hari ini... La la la la... Masa untuk melihat ke arah perkara-perkara lain seketika. Kesimpulannya, cuti dari ber-blog itu untuk seketika juga penting sebenarnya... Macam mesin... mesti ada waktunya terhenti kan?

Komen peribadi tentang rupa paras Bubblynotes.Com yang baru ini, hasil kolaborasi dan air tangan Maria... Farah berpuas hati dan Maria sememangnya ada skil itu. Ianya boleh diketengahkan lagi yer... Dan secara peribadi juga, Farah suka bila ramai peng-edit blog yang berbakat di arena blog kerana ianya memberikan para blogger pilihan yang lebih banyak di dalam memilih peng-edit blog mereka bagi sesiapa yang tidak mempunyai masa atau tidak mempunyai pengetahuan untuk meng-edit blog serta bermain dengan "coding"... Farah??? Nak bermain dengan "coding" itu boleh, tetapi akan memakan masa yang agak lama...Hua hua hua...Kerana ianya telah lama ditinggalkan.... Setakat yang asas tu laju ler...

Apa-apa pun terima kasih diucapkan kepada Maria kerana sudi membantu di dalam menyiapkan Bubblynotes.Com pada hari ini dan Farah hargai sangat bantuan dari Maria. ^_^ 

Dapatkan Artikel terbaru dari Situs ini melalui e-mail Anda.

Author : Farah Waheda Wahid Terimakasih telah berkunjung

Artikel Rasanya Berpuasa Dari Blog???, diterbitkan oleh Farah Waheda Wahid pada hari Friday, March 20, 2015.Enjoy Reading this!.About me: Farah Waheda Wahid Working Mommy Blogger of 1 (a boy). I blog about everything that moms love...mommyhood, beauty, fashion, health, food, tech and travel. Being a mom of 1 young kids, I like to find a balance between blogging about family related topics and things that are just for mom :) My blogs primary objective is to share my experiences with my readers, so it might help them with anything similar they may be experiencing, or to introduce them to new ideas. I blog from Selangor, Malaysia and have a preschooler toddler.

7 comments:

  1. Warna font agak kabur sebab kelabu. Mata pun agak sakit nak baca..:(

    ReplyDelete
    Replies
    1. ok terima kasih di atas komen yer... In Shaa Allah, akan dilakukan penambahbaikkan untuk ini... terima kasih...

      Delete
  2. Wahhhhh majunya..semoga terus maju jaya hehe

    ReplyDelete
  3. next mine plak eh...tgh fikir nak buat kaler apa...azhafizah tetap menjadi pilihan...

    ReplyDelete
  4. makin cantik lahh blog kak farah sekarang ^^

    ReplyDelete
  5. Terima kasih kak farah... Satu percubaan je ni... cuba yakin kan diri... Ea lah ramai lagi blogger berkebolehna edit blog ni sbnrnya... Tak mampu nak tndingi mereka... Huhu...

    ReplyDelete

DISCLAIMER: All content provided on this "Bubblynotes.Com - Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger" blog is for informational purposes only. The owner of this blog makes no representations as to the accuracy or completeness of any information on this site or found by following any link on this site. The owner of Bubblynotes.Com -Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger will not be liable for any errors or omissions in this information nor for the availability of this information. The owner will not be liable for any losses, injuries, or damages from the display or use of this information. This terms and conditions is subject to change at anytime with or without notice.

Shoplinks Asia

iWON.MY