Rambut Anak Anda Sedikit? Nipis? Ingin Lebatkan Rambut Anak? Jom Baca Tips Ini...

Farah Waheda Wahid
20

"Uolss" rasa rambut Ash lebat ke??? Nak kata lebat pun tidak, nak kata nipis pun tidak...tetapi rambut dia tak boleh lawan kelebatan rambut Mommy lah... La la la la... Melihatkan susuk tubuh, rambut... rasanya 2 perkara ini Ash dapat dari Abah Ash. Dulu-dulu kan? Masa Abah Ash cukur rambut Ash kan, sampai jadi botak, Mommy dia punyalah risau kalau-kalau rambut Ash tak tumbuh lagi... Sebab lambat juga rambut Ash nak tumbuh kembali. Phewww...bila dah tumbuh, wahhh Mommy-lah paling happy... Hik hik hik... Sebab Mommy tak nak anak Mommy botak!!! Dan selepas itu, Farah memang beratlah nak beri Ash botak lagi. Cukuplah sekali itu sahaja. "Enough!!!"... Tak sanggup tengok Ash botak... "Oh no!!! No no no no no..."... Ahakss... Nasib sekarang ni rambut Ash dah cepat tumbuh bila dipotong... (dah cepatlah pula...ekekekeke).. Mungkin hasil dari usaha Nek Ma Ash yang kerap menjaram kepala Ash dengan air kacang hijau kot? 

Setiap bulan, rambut anak kecil akan tumbuh seperempat inci. Jap tengah membayangkan seperempat inci tu  bagaimana. Dapat bayangkan kot? Biasanya rambut anak kecil akan mengalami kerosakan selama 2 hingga 3 bulan. Rambut anak-anak kecil cukup berbeza dengan rambut orang dewasa. Ini adalah kerana rambut anak kecil masih lemah dan sangat memerlukan nutrisi, zat dan juga vitamin yang cukup agar pertumbuhan rambut anak kecil tersebut menjadi lebih cepat. Ketika anak anda masih bayi, anda tidak boleh menggunakan produk rambut yang sembarangan. Haaa...jangan gatal-gatal nak pakaikan D'Herbs ke apa ke... dari terlajak laris...jadi terlajak lain pula perginya nanti... Huh! Sebaliknya disarankan untuk menggunakan produk perangsang pertumbuhan rambut yang berbahan semulajadi yang diesenaraikan di bawah, seperti yang Farah baca dari sumber di SINI

Buah Keras
Buah keras adalah tumbuhan yang bijinya boleh dimanfaatkan sebagai sumber minyak dan rempah-rempah. Minyak buah keras memiliki banyak khasiat buat rambut, menyihatkan, menyuburkan, menguatkan, mencegah rambut rosak serta menghitamkannya secara semulajadi. Sapukan secara rutin minyak buah keras ke kepala anak anda sehingga ke hujung rambut.

Madu
Madu secara semulajadi juga mampu untuk melebatkan rambut. Bahkan menjadikan rambut semakin kuat dan tidak mudah rosak. Caranya cukup mudah, sebelum memandikan anak anda, sapukan madu ke kulit kepala hingga ke hujungnya sambil mengusap lembut kepalanya. Biarkan seketika, setelah itu baru dimandikan.

Lidah Buaya
Lidah buaya bukan setakat melebatkan dan menghitamkan, tetapi dapat juga melembutkan rambut anak anda. Tekninya sama sahaja seperti anda menggunakan madu.

Daun Seledri
Yang tak kenal daun seledri ni, sila Google dan anda akan berjumpa dengan jawapannya...Ahakss... Daun seledri juga berkhasiat untuk melebatkan rambut terutamanya rambut anak-anak kecil. Ambil segenggam daun seledri, kemudian kisar sampai lumat. Kemudian ramas dan ambil sari airnya sahaja. Buang hampasnya, dan ambil air tersebut dan sapukan pada kulit kepala. Biarkan beberapa saat agar meresap. Setelah kering cucilah sehingga bersih. Lakukan secara rutin sehingga berhasil. Rambut nipis, halus atau sukar untuk tumbuh akan terangsang tumbuh, lebat dan tebal.

Sedikit Info Tambahan

Pertumbuhan rambut bayi yang sangat lambat boleh terjadi kerana banyak faktor. Antaranya:

Kurang Zat
Pengambilan zat yang cukup jelas akan mempengaruhi tekstur rambut. Mereka yang tidak cukup pengambilan zat yang diperlukan rambutnya akan lebih nipis, kering, mudah patah, rosak serta cenderung berwarna kemerah-merahan atau berwarna seperti rambut jagung.

Kehadiran Hormon
Salah satunya, hormon androgen yang terdapat di dalam tubuh anda sepanjang kehamilan. Jadi, sebab itulah mengapa rambut bayi yang baru lahir biasanya sangat lebat. Namun, disebabkan kerana bayi masih belum boleh mengeluarkan hormon androgennya sendiri, lama-kelamaan efek androgen yang dihasilkan dari ibunya itu akan hilang. Rambut si bayi akan rosak dan akan bertukar ganti dengan rambut aslinya yang mungkin lebih nipis.

Persekitaran
Disebabkan terlalu banyak terdedah kepada sinar matahari dan pencemaran udara rambut akan menjadi kusut, kusam, mudah rosak atau patah.

Setakat ni bagi Ash, ok-lah...tak ada masalah yang meruncing tentang rambut dia... tetapi rasanya nak mencuba juga salah satu petua di atas ni, kalau boleh nak lebat sikit lagi... 

Bagi ibu bapa yang anak-anak mereka mengalami masalah rambut nipis atau sedikit, bolehlah juga turut mencuba sekiranya ingin melebatkan rambut anak-anak masing-masing. ^_* 

Post a Comment

20Comments

DISCLAIMER: All content provided on this "Bubblynotes.Com - Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger" blog is for informational purposes only. The owner of this blog makes no representations as to the accuracy or completeness of any information on this site or found by following any link on this site. The owner of Bubblynotes.Com -Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger will not be liable for any errors or omissions in this information nor for the availability of this information. The owner will not be liable for any losses, injuries, or damages from the display or use of this information. This terms and conditions is subject to change at anytime with or without notice.

  1. nice sharing =) thanks for the info

    ReplyDelete
  2. malahan aku pengen tipis mba rambutnya hehehe lebat banget ini rambut :)

    ReplyDelete
  3. Owh, rambut kanak-kanak nie lambat tumbuh berbanding orang dewasa yer ^^

    ReplyDelete
    Replies
    1. hi hi hi, tak pasti juga akak zumal sebab, ada kanak-kanak rambut memang cepat tumbuh...

      Delete
  4. Kalau guna Dherbs nanti terlajak lebat macam rockers plak Ash! Hehehe...

    ReplyDelete
  5. boleh la nnt cuba utk anak sya..tq for sharing

    ReplyDelete
  6. daun lidah buaya tu memang berkesan...

    ReplyDelete
    Replies
    1. belum cuba daun lidah buaya lagi... nanti nak cuba juga pada Ash... bagi lebat sikit lagi rambut dia tu...

      Delete
  7. rambut Ash nampak pekat warnanya, letak minyak ke Farah?. good sharing too :)

    ReplyDelete
  8. ooo bleh try nih.tp kalau utk org tua boleh juga ker?hehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. boleh juga rasanya...tiada pantang larang...heee...

      Delete
  9. Good tips!!!!!...
    Lately bukan rambut Qi yg bermasalah...tp rambut umi dia...makin hari makin luruh...mcm kena la ikut tips farah ni...hmmmmmmmm so sad...ingat nak cerita dlm blog...tp malu...by the way mmg rasa tahap serius...tp still tebal tu pelik

    ReplyDelete
    Replies
    1. rambut kita ni memang akan gugur juju...ihikss... bila dah bersalin jer...gitulah kaedahnya... cuma kalau terlalu banyak memang tak boleh dibiarkan...sesuatu perlu dilakukan... kannn?

      Delete
Post a Comment

#buttons=(Accept !) #days=(20)

Bubblynotes.Com uses cookies to enhance your experience. Check Now
Accept !