"Nose Picking" Di Kalangan Anak-Anak...

Farah Waheda Wahid
8
Sumber dari Google
Bahasa kasarnya korek hidung!!! Ha ha ha, bahasa lembut sikit... "nose picking"... #ehh ye ker? Muahahahaha... Ikut apa-apa sahajalah yang bersesuaian dengan semua orang... Masing-masing kan? Pilihan individu gitchewws nak panggil dalam bentuk dan istilah macam mana pun... Tetapi bukan nak cerita tentang orang dewasa yang korek hidung... Ini tentang tabiat anak-anak yang suka letakkan jari telunjuk di hidung dan masukkan ke dalam. Macam gambar di atas ni... He he he... 

Perasan ke tidak? Anak-anak kecil yang sedang membesar ni suka sangat korek hidung macam gambar di atas... Ha ha ha...Ke tak ada? Ke Farah seorang jer yang perasan? Ash pun sama jer.... tapi taklah jadi tabiat... sekali sekala... Chaitt.. "grosss"... Ash tolong jangan buat macam tu!!! Macam tulah selalunya Farah katakan kepada Ash... Hishh... "disgusting" ok? dan untuk Farah secara peribadi memang sangat tak sopan kot untuk korek hidung ni depan-depan khalayak umum dan orang ramai. Kalau tak dibendung takut-takut jadi tabiat rutin pula kan? Muahahaha... 

Evolusi Peringkat "Nose Picking"

Evolusi ni bukan Farah saja-saja reka yer? Tetapi melalui satu artikel yang Farah baca di SINI ok? Tak sempatlah pula nak me-reka-reka ni "uolss"... Dah cukup sibuk dah dengan pelbagai macam perkara sangat dah ni... Ha ha ha... 

1. "Curiousity" / Perasaan Ingin Tahu
Tabiat ini bermula di awal usia disebabkan oleh pergerakan tangan ke wajah. Bayi bereksplorasi dengan bentuk wajah mereka sendiri dan selalunya teruja dengan apa-apa saja yang baru yang mereka temui dari proses eksplorasi ini. Pada peringkat inilah mereka gemar sangat memasukkan objek ke mulut ataupun hidung. Hishhh..bahaya, tu yang nak kena perhati selalu tu...

2. Alahan
Mukus yang berlebihan yang disebabkan oleh alahan adalah salah satu sebab yang menggalakkan tabiat "nose picking". Rasa bila mana ada sesuatu yang menghalang di dalam hidung itu sangat tidak menyelesakan dan sakit mengganggu dan ada kalanya sukar bagi kita untuk bernafas, sebab hidung tu penuh kan? Sama juga macam anak-anak kecil... Jadi tak mustahil ini boleh jadi penyebab juga.

3. Kegatalan atau Ketidakselesaan
Kekeringan udara yang disebabkan oleh penghawa dingin ataupun kepanasan melampau boleh membawa kepada pembentukan kerak-kerak di hidung. Untuk ini perlukan "humidifier" bagi menyelesaikan masalah ini.

4. Penghilang Kebosanan ataupun Tekanan
Kanak-kanak di antara 3 ke 7 tahun ada kebarangkalian tinggi untuk mengalami tabiat menggigit kuku, "teeth grinding", memintal-mintal rambut dan juga mengorek hidung. Semua kelakuan ni adalah sebahagian daripada "defence mechanism" mereka ke atas tekanan sosial atau untuk menghilangkan kebosanan. Kalau-kalau anak-anak kita melakukan perkara-perkara yang disebutkan tadi. cuba-cubalah perhati atau belek perasaan mereka sama ada mereka betul-betul bosan ataupun apa. 

5. Reaksi Ibu Bapa
Ada juga anak-anak yang melakukan perkara ini disebabkan nakkan perhatian ibu bapa. Mereka tahu ibu bapa mereka tidak gemar atau tidak suka mereka mengorek hidung, tetapi tetap mereka lakukan supaya ibu bapa menumpukan perhatian kepada mereka... di dalam artikel yang berkenaan ianya menyatakan... "it is a means to either attract the parent's attention (ages 5 to 9) or a retaliation tactic to irritate their parents (ages 7 to 10)."

"It is a filthy habit" lah, Farah boleh katakan... kalau boleh jangan biasakan dan kalau boleh tak mahu ianya menjadi tabiat... Nanti kalau dah biasa dari kecil terbawa-bawa sehingga besar...Eeee tak maulah... Muahahaha... Jadi nak buat macam mana? 
  • Beritahu, terangkan kepada anak-anak (bagi yang dah faham cakap lah yer?), apa jenis alahan mereka dan apa akan terjadi iaitu akibat kalau mereka teruskan dengan tabiat itu.
  • Sentiasa pastikan anak "hydrated and in a moist atmosphere".
  • Sibukkan tangan dan jari-jemari anak-anak tu... pastikan ada sahaja perkara lain yang dilakukan dengan tangan dan jari-jemari dan cuba lupakan perhatian mereka kepada lubang hidung yang sedap dikorek pada mereka itu. Ekekekeke... 
  • Galakkan anak-anak dan didik anak-anak tentang "proper hygiene" dengan cara sentiasa mencuci tangan setiap kali selepas mereka diberikan waktu tertentu untuk melakukan aktiviti mengorek hidung secara peribadi. Ha ha ha... 
  • Ajar dan didik anak-anak cara yang lebih sopan untuk hembuskan hidung kepada tisu. 

Kalau anak-anak tu dah terbiasa macam mana pula...dah jadi tabiat dah pun, lepas tu tak tau macam mana nak hentikan... dush dush dush... Bila-bila masa terlihat anak melakukan aktiviti korek hidung ini, tegaskan kepada anak-anak bagi yang dah faham bahawa orang tidak suka melihat kelakuan dan tabiat seumpama itu, dan ianya sepatutnya dilakukan di tempat yang bersifat peribadi seperti di rumah ataupun di tandas. Beritahu anak-anak bila suka sangat korek hidung tangan jadi kotor, nanti ada kuman lepas tu nanti orang sekeliling akan jadi tidak sihat...Ekekekeke...Ini pakai teknik psiko pun ada juga ni... 

Kalau anak-anak tu kecil seusia Ash.. ha ha ha... Ini lagi mudah... macam saranan di atas, biarkan tangan serta jari jemari anak tu sibuk dan bila nampak jer dia korek hidung macam tu... tepis tangan anak tu secara lembut dan beri dia pegang benda lain.

Walaupun Ash jarang sangat-sangat melakukan aktiviti "nose picking" ni...tetapi Farah tetap tak nak biasakan dia supaya tak jadi tabiat. Bukannya Mummy atau Nek Ma tak bersihkan hidung kan? Setiap kali lepas mandi secara lembut Mummy atau Nek Ma korek dan bersihkan dengan munggunakan putik kapas yang lembut tau... Saja lettew Ash...Eksplorasi wajah kaedahnya... Ha ha ha...

Yang mana-mana ada anak itu...kalau "uolss" selesa dan rasa tak jadi apa, Farah ok jer...ha ha ha...Terpulang kepada masing-masing...Tetapi untuk Ash... memang tak nak galakkan dia melakukan aktiviti ini sehingga menjadi tabiat rutin dan dia lakukan di mana-mana saja... Tak mau tak mau... 

Post a Comment

8Comments

DISCLAIMER: All content provided on this "Bubblynotes.Com - Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger" blog is for informational purposes only. The owner of this blog makes no representations as to the accuracy or completeness of any information on this site or found by following any link on this site. The owner of Bubblynotes.Com -Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger will not be liable for any errors or omissions in this information nor for the availability of this information. The owner will not be liable for any losses, injuries, or damages from the display or use of this information. This terms and conditions is subject to change at anytime with or without notice.

  1. hehehe..Arfan baru pandai nak korek hidung,sblm ni dia xpnh main2 kat hidung tu...aritu ad skali dia korek hidung, skali kua taik hidung sbb time tu tgh selsema..hahaha..truja mam sbb pestime anak korek hidung...mungkin dia gatal agaknya time tu tp xdelah sampai jadi tabiat..hehe.

    ReplyDelete
  2. nice sharing...pengajaran dan tips bagus untuk ibu bapa...

    ReplyDelete
  3. Hoho..Jgn biasekan..Kalo boleh..Kite la yg tolong korekkan..Kadang2 sengaja je lepas korek acan-acan nak masuk mulut plk...haha

    ReplyDelete
  4. hikhihkik, cik kembar skrg pun dah pandai korek idung..ank2 comel je kan korek idung. yang kelakar bila lepas dia korek, dia bagi kat mama, "nah mama!" hahah! Tapi kalu org dewasa korek idung, mmng sgtlah uduh! dieyana mmng pantang tgk org dewasa korek idung..isy! pengotor! hahahha

    ReplyDelete
  5. my dotter pon suke korek hidung..siap feeling.. bila kiter terkejutkan dia, mula laa jari dia nak tunjuk korek hidung kita pulakkk.. T_____________T

    ReplyDelete
  6. haaaaa.comel kadang2 kanak2 ni ..spontanous kottt

    ReplyDelete
  7. Haaa...ini perangai baru Qhaira...sgt2 x senonoh....

    ReplyDelete
  8. hehe... kdg mengikut induknya.. cuma kita tahu la kt mana ptt buat... tapi si anak buat tak kena tempat... hehe

    ReplyDelete
Post a Comment

#buttons=(Accept !) #days=(20)

Bubblynotes.Com uses cookies to enhance your experience. Check Now
Accept !