Nak Beli Ni Jer Punnn!!!

Farah Waheda Wahid
5
Disebabkan oleh keadaan Ash yang baru sahaja hendak pulih, Farah menghentikan aktiviti mingguan membawa dia berjalan-jalan ambil angin pada waktu panas matahari mencacak terik walaupun destinasi yang dituju adalah di dalam bangunan dan berpenghawa dingin. Perghhh.... dia punya "tantrum"...Ya ampunnnn... memang sekejap-sekejap tunjuk ke pintu, sekejap-sekejap sebut "car"... Dush dush dush... Puaslah Farah ni pujuk dengan pelbagai cara... Bertahan ni bertahan, kena bertahan sehingga waktu yang bersesuaian...Ihiksss... 

Akhirnya, disebabkan kasihan melihat keadaan anak yang terlalu mengharap untuk dibawa keluar berjalan-jalan ambil angin...Makanya, hendak tidak hendak, mahu tidak mahu... Errr...sampai hati ke nak tengok anak tu merengek dan meragam sahaja? Hua hua hua...Akhirnya, selepas solat Maghrib, bawa juga dia keluar berjalan-jalan ambil angin di Setia City Mall yang sangat dekat dengan kawasan perumahan kami. ^_^... Tak ada sebarang perancangan pun untuk membeli-belah ke apa...cuma Farah bercadang nak beli ni jer punnnn!!!! dan bawa dia berjalan seperti yang dia harapkan... 


Yang lamanya dah hilang ke mana dah Ash sorok...Iyaaaa...Ash yang sorok sebab dia yang buat main... Muahahahaha...Bukan Farah main tuduh-tuduh Ash semberono sahaja tau tak? Kali terakhir memang Ash yang main sewaktu di hospital tempoh hari. Dah bosan sangat benda ni pun jadi buat mainan dia ok? Ha ha ha...Jadilah, asalkan dia tak merengek, tak meragam dan nak duduk diam main... 

Tak mahal pun benda ni dan tempat hala tuju Farah untuk membeli benda ini adalah di H&M, Setia City Mall... Serius tak mahal pun...Harga sangat-sangat mampu milik...

Tapi kannn? Betullah sembang-sembang kosong Farah bersama-sama adik sepupu Farah tempoh hari sewaktu di hospital, sewaktu beliau datang melawat Ash... ^_^... Bila dah ada anak ni, kita bajet bila pergi ke sesuatu tempat tu cuma nak berbelanja sekian-sekian Ringgit Malaysia, tetapi di dalam sesetengah keadaan... sekian-sekian Ringgit Malaysia tu tak menjadi kenyataan...Ha ha ha...pasti ada lebihan tak banyak sedikit. Betul, memang betul, kita sebagai ibu bapa yang mengawal. Hati kena betul-betul kental dan betul-betul keras oooo dalam nak lekat pada bajet yang telah ditetapkan... 

Akan tetapi lah ek? Bagaimana pula keadaan bila mana, sebagai contoh...sebagai contoh...niat kita ke sesuatu kedai itu cuma nak membeli kasut sukan berharga RM150.00 untuk diri kita sendiri. Kemudiannya, kita pergi bersama-sama keluarga... suami atau isteri dan anak-anak. Sampai-sampai di kedai kita pun mencuba-cuba kasut sukan yang berharga RM150.00 tu... Ok, dah cuba punya cuba...tiba-tiba datang anak A, merayu-rayu sambil sudahpun memegang barang hendakkan barang itu, tak lama selepas itu diikuti pula dengan anak B, anak C dan anak D... Haaa...macam mana tu? Tak diberi, anak-anak dah mengharap, mahu ada yang tunjuk perasaan...iyalah kadang-kadang anak-anak ni walaupun tak menghentak-hentak badan atas lantai atau berguling-guling...boleh jadi menangis, mengongoi sepanjang perjalanan, ada yang sopan sikit tu, caranya bukan "retaliate"...senyap ajer merajuk, sampai ke sudah merajuk...Sudahnya ibu bapa yang pening. Ini senario biasa yang terjadi di kalangan kita kan? 

Ada pula, ibu bapa yang sememangnya tak menyampai hati dengan anak-anak, hati mudah lembut, hati mudah cair... memang akan belikan juga.... Di dalam situasi ini...RM 150.00 takkan menjadi RM 150.00 dah... Ianya akan menjadi lebih dari itu... 

Ha ha ha, macam kisahnya Farah... harga bawah RM 10.00 dah jadi ke lain dah akhirnya di H&M tu... Akhirnya... bertambah-tambah dengan yang ini... 


Sepertimana yang Farah maklumkan di dalam entri-entri Farah sebelum ini, Ash kannn memang pandai "tag" Mummy??? Silalah Percaya... Ash Dah Pandai "Tag" Mummy Sekarang!!! ... Iya, ada pendapat yang mengatakan, hendak diberi hendak memberi semuanya terpulang kepada kita, bagaimana penerimaan anak itu bergantung kepada didikan kita sebagai ibu bapa...Farah setuju!!! Tak bangkang pun... Tetapi di dalam sesetengah keadaan empati sebagai ibu ataupun bapa kepada anak itu wujud... Bagi Farah, tidak adil rasanya kalau kita membeli untuk diri sendiri tetapi tidak membelikan untuk anak-anak...Haa, macam tulah...Terasa diri ini seperti mementingkan diri sangat jer pula tau! 

Ada orang kata, penyelesaiannya mudah sahaja, kalau rasa-rasa dah bajet sekian-sekian bajet dan tak mahu lari dari bajet... sila pergi membeli-belah sendiri...Ahaksss... Mungkin ini cara yang berkesan...Pergi membeli-belah sendiri untuk diri sendiri dan jangan bawa siapa-siapa. Sendirian berhad kaedahnya. Kadang-kadang Farah pergi juga sendiri, tetapi masih gagal... mesti nak belikan sesuatu juga untuk Ash...Ahaksss... Nampak tak? Nampak tak? Farah memang tidak boleh membeli belah untuk diri sendiri sahaja sebenarnya... Mesti nak belikan untuk Ash...Kadang-kadang niat nak membeli untuk diri sendiri, tetapi akhirnya terbatal...Farah dahulukan Ash...Sejak ada Ash ni, macam ni lah "fiil" nya... Ha ha ha...Biasalah ibu-ibu pasti dahulukan anak-anak dalam apa-apa hal berbanding dengan diri sendiri...Kebanyakkannya macam tu, tapi tak tahulah kalau ada yang jenis memang dahulukan diri sendiri kan? Rasanya tak...kebanyakkan ibu-ibu akan dahulukan anak-anak di dalam apa-apa hal pun berkaitan dengan membeli-belah...Hew hew hew... Suami? Bukan tak nak dahulukan, tetapi macam suami Farah kebiasaannya suka membeli-belah dengan sendirian berhad...cuma ada masa-masa akan membeli-belah bersama-sama juga... Muahahaha...Tengok kelapangan kamilah nak mencuri masa nak merewang macam mana...Sebab macam kami ni memang kena curi masa, tak semua masa tu lapang... Masing-masing ada tuntutan dan tanggungjawab yang tersendirilah katakan... *_^

Kaedahnya, Ash akan capai apa yang dia dapat capat dari "buggy" dia... selepas itu, ada benda-benda yang dia akan lepas setelah beberapa ketika, ada benda-benda yang dia memang tidak akan lepas. Cuba-cubalah untuk ambil dari tangan dia... Memang akan menjerit (sejak baik demam ni suka menjerit sangat haiii....) dan kemudian menangis...Lalu nak bising bergema satu pusat membeli-belah tu... Hendak tidak hendak, kalau relevan dengan permintaan, kalau ianya tidak membazir...belikanlah...kalau rasa ianya keperluan... Macam gambar di atas tu... Hurmm...anak-anak kecil ni kan cepat membesar? Macam Ash ni tak taulah nak cakap macam mana, Farah memang suka belikan yang sesaiz besar sedikit dari saiz dia, tapi memanjang dan "curi kain" juga budak kecik sorang ni... Sekarang ni walaupun usia Ash baru 1 tahun 3 bulan tetapi dia dah pakai baju dan seluar yang bersaiz untuk kanak-kanak 2 tahun. Dah alang-alang tu, harga pun tidaklah mahal mana sangat pun... biasa-biasa jer...makanya belilah... Hamik!!! Chinos berwarna "lime green uolss"... Satu perkara yang tidak dapat dinafikan, bila suruh dia pilih dia ada satu "sense of fashion or selections" yang kadang-kadang Farah tak ada "argument" pun atas pilihan dia... Hik hik hik...Sebab memang kena pada gaya... agaknya menurun daripada siapa lah ni yer? 

Tapi ini bukan bermakna setiap kali Ash minta, setiap kali itu dia akan dapat... Ada kalanya permintaan dia tidak akan dipenuhi juga... Orang kata, manjakan anak berpada-pada kan? Tak nak esok-esok diri sendiri yang teruk merana bila terpaksa memenuhi setiap permintaan anak... Betul tak? 

Tapi itulah, mesej disebalik ayat yang panjang lebar ni... bila keluar dengan anak, harus ada bajet lebihhhh.... tak ada maknanya nak cukup-cukup tang tu jer.... kecuali kalau betul-betul kental dan keras...Ha ha ha...lepas tu anak nampak kita macam Hj. Bakhil dalam cerita Labu-Labi tu... Tak naklah sampai macam tu sekali kan? 

Post a Comment

5Comments

DISCLAIMER: All content provided on this "Bubblynotes.Com - Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger" blog is for informational purposes only. The owner of this blog makes no representations as to the accuracy or completeness of any information on this site or found by following any link on this site. The owner of Bubblynotes.Com -Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger will not be liable for any errors or omissions in this information nor for the availability of this information. The owner will not be liable for any losses, injuries, or damages from the display or use of this information. This terms and conditions is subject to change at anytime with or without notice.

  1. duit gaji memang banyak abis kat anak jer kak..
    zee pon jenis tak sampai ati..kalo dorang kata nak tengok jugak la barangnya..kalo yang membazir takde la beli..belanja pon kena berhemah jugak..
    tapi kalo makanan memang zee beli jer..

    ReplyDelete
  2. Memang anak no 1 waktu tu farah..
    Lain lah kalau bujang....
    Semua beli untuk diri sendiri je..hihi..

    ReplyDelete
  3. sama macm saya la..kata je nak beli yang dalam senarai je..dah sampai senarai tu entah kemana..heheheh

    ReplyDelete
  4. Ni belum pandai demand lagi ni.. kalau dah pandai merengek? haaa..canne?? hahhaa

    ReplyDelete
  5. hehe.. klaur dgn ank mmg kna badjet lebih sikit je..

    ReplyDelete
Post a Comment

#buttons=(Accept !) #days=(20)

Bubblynotes.Com uses cookies to enhance your experience. Check Now
Accept !