Mummy... Allah Tu Ada Kat Mana???

Sumber dari Google
Fuh fuh... kalau Ash bertanya sekarang memang Mummy pengsann lah...Sebab dia masih belum lagi lancar pertuturannya...Sekarang ini, bahasa Jerman ataupun Korea jer yang keluar... Ada tak ada, adalah sebutir dua perkataan dia yang jelas dan boleh faham apakah maksudnya... Panggil Mummy... Mimi... ha ha ha... Mummy ada nama baru "uolss"... Nek Ma panggil Mama... Atuk panggil Papa... Abah panggil Babah... Ok lettew kan? Ada juga bunyinya... dan memang boleh fahamlah kan? Selain dari tu... "Am bat..."...Maksudnya lambat... "I know... " kemain ko... ha ha ha... "Epattt arrr"...Cepatlah... ha macam tulah... Kalau tiba-tiba lancar jer bertanya soalan seperti tajuk entri di atas ni... Pada waktu dan ketika ini...Memang Mummy pengsanlahhh... Pengsan bukan sebab apa... Pengsan sebab tiba-tiba lancar pula bertanya kan??? 

Anak bila dah semakin membesar ni, memang macam-macam soalan cepu emas bertatahkan berlian yang akan terkeluar dari mulut mereka. Itu semua bukan diajar-ajar supaya bertanya, itu semua lahirnya dari perasaan ingin tahu mereka. Mereka ni sangat "keen" untuk tahu sebab musabab dan dari mana datangnya sesuatu perkara itu. Tanya sampai akar umbi pucuk pangkal segala bagai ok? Ha ha ha... Walaupun tiada pengalaman sebelum ini dan Ash adalah anak Farah yang pertama di dalam hidup ini..Errr...memanglah...apa haku cakap ni...muahahahaha... Tetapi diri ini tidak lari dari memikirkan sebarang kemungkinan soalan-soalan yang akan diajukan... 

Apabila anak-anak kita bertanya tentang Allah SWT, ianya adalah merupakan petandan yang baik. Ia bermaksud mereka berminat untuk tahu lebih lanjut tentang pencipta mereka dan alam ini. Ia lebih baik berbanding kebiasaan masyarakat kita yang lebih kerap memperkenalkan anak-anak tentang hantu dan pelbagai perkara khurafat lain berbanding Allah. 

Menurut satu laman soal jawab di SINI, ianya juga adalah lebih baik berbanding kelaziman masyarakat kita yang suka fokus kepada pendidikan hukum-hukum fiqh berbanding pendidikan tauhid dan aqidah. Dibolehkan bertanya soalan "Di manakah Allah?" kerana Rasulullah SAW sendiri pernah bertanya kepada umat Islam pada zaman Baginda. Soalan yang sama. 

Hadis berikut menjadi rujukan: Mu'awiyah bin al-Hakam al-Sulami menceritakan: Saya pernah memiliki seorang hamba wanita yang bekerja sebagai pengembala kambing di gunung Uhud dan al-Jawwaniyah (satu lokasi berhampiran gunung Uhud).

Pada suatu hari aku pergi memeriksa, ternyata seekor serigala telah membawa lari seekor kambing. Saya adalah seorang lelaki daripda Bani Adam, aku marah sebagaimana mereka (Bani Adam) juga marah, lalu menampar (hamba tersebut).  

Maka aku mendatangi Rasulullah s.a.w (dan menceritakan apa yang berlaku), lalu baginda memandang berat apa yang telah aku lakukan (yakni menampar hamba wanita itu). Aku bertanya: “Wahai Rasulullah, apakah saya memerdekakannya?” Baginda menjawab: “Bawa hamba itu kepadaku.”
(Setelah dibawa menghadap Rasulullah), baginda bertanya: “Di manakah Allah?” Hamba itu menjawab: “Di atas langit.” Baginda bertanya lagi: “Siapakah aku?” Hamba itu menjawab: “Kamu ialah Rasulullah.” Maka Rasulullah bersabda: “Merdekakanlah dia kerana dia seorang wanita yang beriman.”
Hadis ini sahih, dikemukakan oleh Imam Muslim dalam kitab Shahihnya, hadis no: 836/537. Di dalamnya terdapat beberapa pengajaran. Pertama, Rasulullah s.a.w memandang perbuatan menampar seorang hamba wanita sebagai satu kesalahan yang berat.  Baik wanita hamba atau wanita merdeka, Islam menegah seorang lelaki daripada mengasari mereka.
Kedua, Rasulullah bertanya kepada hamba tersebut: “Di manakah Allah?” Pertanyaan ini menunjukkan ia adalah sesuatu yang dibolehkan dan bukan satu kesalahan. Bahkan jawapan daripada pertanyaan ini telah Rasulullah jadikan sebagai salah satu kayu ukur bagi menentukan sama ada hamba tersebut adalah seorang wanita beriman atau tidak.
Oleh itu berdasarkan hadis ini, dibolehkan bertanya “Di manakah Allah?” dan jawapannya ialah “Di atas langit.”
Berdoalah kepada Allah agar kita diberikan kefahaman yang baik lagi tepat tentang-NYA dan dapat menjelaskan secara hikmah kepada anak-anak. Sesungguhnya ilmu tauhid dan aqidah adalah ilmu yang penting lagi mulia, maka hendaklah berusaha dan memberi keutamaan kepadanya.
Jawapan oleh Hafiz Firdaus Abdullah (Penulis buku agama).
*Comel pula nampak "baby" tu pakai kopiah, nak cari kopiah Ash...ha ha ha... tapi tak pergi-pergi lagi Jalan Masjid India, Kuala Lumpur mencari... Tengoklah nanti "one of these days"... Hu hu hu... 

Dapatkan Artikel terbaru dari Situs ini melalui e-mail Anda.

Author : Farah Waheda Wahid Terimakasih telah berkunjung

Artikel Mummy... Allah Tu Ada Kat Mana??? , diterbitkan oleh Farah Waheda Wahid pada hari Friday, March 13, 2015.Enjoy Reading this!.About me: Farah Waheda Wahid Working Mommy Blogger of 1 (a boy). I blog about everything that moms love...mommyhood, beauty, fashion, health, food, tech and travel. Being a mom of 1 young kids, I like to find a balance between blogging about family related topics and things that are just for mom :) My blogs primary objective is to share my experiences with my readers, so it might help them with anything similar they may be experiencing, or to introduce them to new ideas. I blog from Selangor, Malaysia and have a preschooler toddler.

4 comments:

  1. hihi anak akak dah umur berapa? ank sy pon cakap berterabur lg..semalam masa sy ckp tefon dgn hubby, sy ckp bye b, diajuknya ckp sy? terkezut sat..hihi

    ReplyDelete
  2. waaaa...cptnya Ash boleh ckp...abg Aqil malas ckp.kdg2 ja dia br nk sbut

    ReplyDelete
  3. Dania mas umur 5 tahun jumpa album kahwin akak dulu..dia tanya.." mana dania?"akak cakap " Dania tinggal kat syurga..mama x amik lagi" nak tau apa jadi...
    dia nangis guling2 marah akak cakap kenapa x amik dia..dia nak amik gambar ngan mama ngan "ayah" dia...akak terus terkedu...anak2 zaman kita sgt2 bijak dik....

    ReplyDelete
  4. mmg satu hari kena sedia dgn soalan dan jawapan ni... skrg ni pun si kakak dah tya soalan pelik2..

    ReplyDelete

DISCLAIMER: All content provided on this "Bubblynotes.Com - Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger" blog is for informational purposes only. The owner of this blog makes no representations as to the accuracy or completeness of any information on this site or found by following any link on this site. The owner of Bubblynotes.Com -Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger will not be liable for any errors or omissions in this information nor for the availability of this information. The owner will not be liable for any losses, injuries, or damages from the display or use of this information. This terms and conditions is subject to change at anytime with or without notice.

Shoplinks Asia

iWON.MY