Menangani Anak Malas Belajar???

Farah Waheda Wahid
9
Sumber dari Google
Malas??? Semua orang pun ada rasa malas... ada satu-satu masa, satu-satu ketika seseorang akan ada perasaan malas di dalam diri mereka. Tetapi perasaan malas itu kalau sekali-sekali ada ampunnya, kalau berterusan itu bermakna satu masalah besar bakal berlaku. Perasaan malas ini tidak boleh dibiarkan dan seboleh-bolehnya sepatutnya dibendung ataupun dielakkan. Lebih-lebih lagi bila ia melibatkan anak-anak kita yang telah mula bersekolah. Malas belajar adalah merupakan satu perkara yang seboleh-bolehnya semua ibu bapa tidak mahu anak mereka mempunyai sikap itu...Betul tak? Mana ada ibu bapa yang gembira atau suka bila anak-anak masing-masing malas belajar... 
"ANAK saya degil, tidak mahu dengar cakap!"
"ANAK saya malas belajar setiap kali peperiksaan dan ujian di sekolah dia selalu dapat nombor corot!"
"ANAK saya malas solat, kalau tak suruh, dia tidak akan buat!" 
Anak malas belajar dan tidak mahu membaca buku pelajaran ini sering menjadi keluhan ibu bapa. Anak-anak pada zaman sekarang lebih suka menonton televisyen, filem ataupun melayan gajet. Jika anak tidak mahu belajar, mereka menganggap bahawasanya belajar adalah satu kegiatan yang kurang menyenangkan jika dibandingkan dengan bermain atau berseronok. Jadinya, tugas ibu bapa jugalah untuk menekankan kepada anak bahawa belajar adalah kegiatan yang menarik, menyenangkan serta tugas ibu bapa jugalah untuk menyedarkan anak-anak tentang betapa pentingnya pelajaran itu.

Melalui satu sumber di SINI, ada beberapa tips ataupun cara ataupun panduan di dalam mengatasi anak malas belajar ini. Di antaranya:

  • Tanamkan kesedaran kepada anak anda, bahawa pelajaran itu adalah satu kewajipan dan tanggungjawab sebagai seorang pelajar yang hasilnya akan diraih di masa akan datang.
  • Berikan contoh kepada anak. Anda sebagai ibu bapa juga turut membaca buku-buku yang bermanfaat di saat anak anda sedang belajar. Ibu bapa sebaiknya juga menanamkan budaya membaca di dalam keluarga. Ciptakan suasana belajar yang menyenangkan. Sediakan satu ruang belajar khas yang menarik dan rapi.
  • Berikan motivasi kepada anak untuk belajar dengan cara baik, adakan pendekatan sambil menyelami hati anak dengan menjadikan anak sebagai sahabat. Jangan menyuruh anak belajar dengan paksaan, apa lagi dengan cara kasar.
  • Berikan insentif kepada anak, baik berupa hadiah kesukaan mereka atau sekadar pujian jika tahap pembelajaran anak semakin bagus. Hal ini akan membantu memotivasi dan menaikkan semangat anak. 
  • Sebaiknya ibu bapa lebih terbuka dengan anak-anak dengan bertanyakan permasalahan yang dihadapinya, kenapa malas belajar, apa yang membuatkan dia bersemangat untuk belajar dan sebagainya. Bantu anak untuk mengatasi permasalahan tersebut.
  • Jadikan waktu belajar ini menjadi kebiasaan rutin seharian dan sebaiknya ibu bapa juga turut menemani dan membantu jika anak mengalami masalah ketika belajar.
  • Selain waktu belajar yang teratur, sediakan juga waktu yang cukup untuk anak anda bermain, menonton televisyen dan berinteraksi dengan rakan-rakannya.
Selain itu, janganlah lupa untuk doakan anak kita setiap hari... #ehhh mana ada ibu bapa tak doakan anak-anak yer tak? Semua ibu bapa akan berdoa buat anak-anak mereka... Antara yang boleh Farah kongsikan hasil pembacaan Farah serta perkongsian dari Nek Ma Ash...

  • Bacakan "Ya Latif" sebanyak 7 kali dan hembuskan ke ubun-ubun si anak semasa tidur.
  • Peluk si anak sebelum dia ke sekolah sambil berselawat di dalam hati.
  • Memperbanyakkan doa kepada Allah SWT dan mengamalkan zikir.

DOA UNTUK ANAK-ANAK YANG MALAS BELAJAR



طه Ù…َØ¢ Ø£َنزَÙ„ۡÙ†َا عَÙ„َÙŠۡÙƒَ ٱلۡÙ‚ُرۡØ¡َانَ Ù„ِتَØ´ۡÙ‚َÙ‰ٰٓ Ø¥ِÙ„َّا تَØ°ۡÚªِرَØ©ً۬ Ù„ِّÙ…َÙ† ÙŠَØ®ۡØ´َÙ‰ٰ تَنزِيلاً۬ Ù…ِّÙ…َّÙ†ۡ Ø®َÙ„َÙ‚َ ٱلۡØ£َرۡضَ ÙˆَٱلسَّÙ…َÙ€ٰÙˆَٲتِ ٱلۡعُÙ„َÙ‰ ٱلرَّØ­ۡÙ…َÙ€ٰÙ†ُ عَÙ„َÙ‰ ٱلۡعَرۡØ´ِ ٱسۡتَÙˆَÙ‰ٰ

TOHA:1-5

Taa Haa. Kami tidak menurunkan Al-Quran kepadamu (wahai Muhammad) supaya engkau menanggung kesusahan. Hanya untuk menjadi peringatan bagi orang-orang yang takut melanggar perintah Allah. (Al-Quran) diturunkan dari (Tuhan) yang menciptakan bumi dan langit yang tinggi. Iaitu (Allah) Ar-Rahman, yang bersemayam di atas Arasy.
Ta – Ha [These letters are one of the miracles of the Qur’ân, and none but Allâh (Alone) knows their meanings. We have not sent down the Qur’ân unto you (O Muhammad SAW) to cause you distress, But only as a Reminder to those who fear (Allâh). A revelation from Him (Allâh) Who has created the earth and high heavens. The Most Gracious (Allâh) rose over (Istawâ) the (Mighty) Throne (in a manner that suits His Majesty).
In Shaa Allah, moga-moga anak-anak kita semua ni, terdiri daripada golongan yang rajin belajar dan tidak malas belajar... ^_^ 

Post a Comment

9Comments

DISCLAIMER: All content provided on this "Bubblynotes.Com - Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger" blog is for informational purposes only. The owner of this blog makes no representations as to the accuracy or completeness of any information on this site or found by following any link on this site. The owner of Bubblynotes.Com -Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger will not be liable for any errors or omissions in this information nor for the availability of this information. The owner will not be liable for any losses, injuries, or damages from the display or use of this information. This terms and conditions is subject to change at anytime with or without notice.

  1. Lagi yg penting jgn sesekali kata anak saya degil, anak saya malas, anak saya bla-bla yg negetif tu semua. Tak mahulah... baik cari jalan terbaik sebab apa yg kita ucapkan ianya bagaikan satu doa..

    Tips baik yg Fara bagi ini elok diamalkan.

    ReplyDelete
  2. Assalammualaikum.. Nice entri.. ;)

    ReplyDelete
  3. Dulu tak boleh malas2 nanti rotan cepat sampai kat badan...takut tu...

    ReplyDelete
  4. bagus ni. anak buah nani sokmo malas

    ReplyDelete
  5. Okje hafal surah Toha tu Farah nak bagi anak lembut punya pasal hihi.... Nama pun budak budak Farah, dugaan untuk ibu bapa

    ReplyDelete
  6. kalau mak nye yang malas mcm mane kak farah?
    hehehe
    nice sharing kak

    ReplyDelete
Post a Comment

#buttons=(Accept !) #days=(20)

Bubblynotes.Com uses cookies to enhance your experience. Check Now
Accept !