Menangani Anak-Anak Hiperaktif!!!

Farah Waheda Wahid
10

Ash? Nak kategorikan sebagai terlalu hiperaktif pun macam tak kena... ahakss... tak kategorikan sebagai hiperaktif pun macam tak kena juga... Macam mana ek? Ha ha ha... Ah sudah! Anak sendiri takkan tak tau kot? La la la la... Ash ni sebenarnya di dalam kategori aktif dan semenjak pulih dari demam ni, bertambah-tambah aktif adanya... Phewww... lebih laju dan lebih pantas dari kita itu dah semestinya... "oh my fat burner!!!"... wakakakakaka.... Baguslah kan? Sekurang-kurangnya dengan mengejar dia, boleh juga bakar lemak "uolss".... Dan kata orang, eloklah anak tu aktif... Ok ok tak merungut pun...Alhamdulillah, terima seadanya... Kalau dia duduk diam sahaja pun, naik risau juga nanti jadinya kan? Eloklah dia aktif... Ekekekeke... 

Ibu bapa sering kecewa dan "stress" menangani anak-anak yang terlalu aktif. "Anak saya terlalu aktif, tidak boleh duduk diam walau seminit...melompat sana, melompat sini. Nak tengok dia duduk diam, hanya waktu dia tidur. Tidur pula sekejap sahaja. Penatnya...saya tak sempat tarik nafas dibuatnya". Begitulah agaknya kot? Keluhan ibu-ibu yang anak mereka terlalu aktif. Alaaa... "chill"... Ash tidur pun aktif juga... berpusing-pusing satu "toto" atau tilam... sekejap-sekejap dah sampai satu hujung, sekejap-sekejap dah sampai satu hujung yang lain pula. Setiap 15 minit sekali, kerja Farah tukang betulkan ajerlah posisi tidur dia... Ha tu macam mana tu? 

Jangan risauuuu, jangan merunguttt... sebenarnya anak yang aktif menunjukkan mereka sihat. Otak mereka pantas berfikir untuk melakukan pelbagai aktiviti. Uhuk... pantas memang pantas... Bayangkan jika anak kita terbaring sahaja, tentu kita susah hati juga dibuatnya. Oleh yang demikian, ibu-ibu, silalah "reframe" minda kita masing-masing untuk memandang situasi itu dari satu sudut yang positif untuk mengurangkan "stress". 

Tips berikut yang Farah baca di Facebook dan kongsikan di sini mungkin boleh membantu di dalam menangani anak-anak yang hiperaktif:

1. Tetapkan peraturan yang jelas untuk kanak-kanak hiperaktif dan untuk seisi keluarga. Jika perlu tulis peraturan dan pampangkan di tempat yang boleh dilihat oleh semua ahli keluarga. Jangan fleksibel kerana kanak-kanak hiperaktif benar-benar memerlukan peraturan yang jelas dan menerima akibat apabila peraturan tersebut dilanggar. Beri penerangan dari mata ke mata tentang peraturan dan minta mereka mengulangi kembali apa yang kita katakan untuk memastikan mereka faham. Ini tidak bermakna kita tidak boleh menawarkan pilihan untuk kanak-kanak hiperaktif, tetapi tingkah laku yang tidak sopan seperti memukul, meludah atau mengejek patut menerima akibat yang telah ditetap. Tiada kompromi yer? Bermakna kanak-kanak hiperaktif tahu bahawa mereka akan menghadapi hukuman sekiranya melanggar peraturan. 

2. Rutin yang tetap boleh membantu kanak-kanak termasuk kanak-kanak hiperaktif. Kebanyakan kanak-kanak cenderung untuk menghadapi kesukaran apabila tidak ada rutin yang tetap dan konsisten. Jika kanak-kanak tahu bahawa waktu tidur adalah pada pukul 8.00 malam, maka secara semula jadi, itu akan menjadi tabiatnya. Memang punnn... macam dalam keadaan Ash, pukul 9.30 malam jer dia akan secara semula jadi, cari bantal "papam" dia dan terus merebahkan badan di sebelah Farah. Tepuk punya tepuk, tidur dah rupanya dia... Sediakan rutin bagi aktiviti-aktiviti lain untuk kanak-kanak hiperaktif, dan pastikan aktiviti-aktiviti tersebut tidak lebih dari 30 minit kerana kanak-kanak hiperaktif sukar untuk fokus untuk jangkamasa yang lama.

3. Gunakan masa lapang untuk membawa anak-anak hiperaktif keluar bersiar-siar ke taman permainan, membaca buku bersama-sama atau sekadar bermain dan bergurau dengan mereka. Detik-detik seperti ini boleh membantu terutamanya untuk menjalinkan hubungan mesra dengan anak-anak hiperaktif. Anak-anak hiperaktif juga boleh dibenarkan bebas melakukan aktiviti sendiri selagi tidak melanggar peraturan yang telah dibuat.

4. Kanak-kanak hiperaktif sangat bertenaga, menyebabkan tumpuan mereka jadi sukar. Salah satu cara untuk membantu menangani tenaga tambahan ini adalah dengan memberi mereka banyak peluang untuk melakukan aktiviti fizikal. Walaupun kita tidak sepatutnya membiarkan anak sampai ke tahap terlalu letih, senaman adalah cara yang bermanfaat untuk membantu memfokus tenaga berlebihan itu secara positif.

5. Oleh kerana tenaga kinetik kanak-kanak hiperaktif agak tinggi, hukuman apabila melanggar peraturan tidak harus dibuat dengan menyekat mereka bergerak kerana ini mungkin memburukkan lagi keadaan. Menggunakan pengukuhan dan kata-kata perangsang yang positif mungkin lebih berkesan untuk jangka masa panjang, walaupun ia mengambil sedikit masa untuk melihat kesannya.

6. Dr. Phil McGraw, pakar psikologi berkata, disiplin yang terbaik adalah dengan memfokuskan pada tingkah laku kanak-kanak yang positif. Kanak-kanak akan bertindak balas terhadap pujian dan lebih cenderung untuk mendapatkan perhatian dengan melakukan sesuatu yang baik, jika kita memberi penghargaan setiap kali mereka berkelakuan baik. Kanak-kanak hiperaktif sering mendapat perhatian daripada ibu bapa mereka dengan cara yang negatif. #ehhhh tak tak...muahahahaha.... sama ada ibu bapa menjerit (tak pernah sekali pun menjerit pada Ash), membentak (apatah lagi kan) atau memukul (memang tak lah) disebabkan ibu bapa melabelkan mereka sebagai "buas".

7. Kebanyakan pakar mengesyorkan supaya mengelakkan daripada memberi terlebih rangsangan kepada kanak-kanak hiperaktif. Elakkan mereka daripada banyak menonton TV, dan jangan benarkan mereka menonton TV pada waktu malam. Bunyi TV yang kuat dan kadang-kadang mengkhayalkan boleh merangsang kanak-kanak hiperaktif. Ok, Ash "is not so into TV", dia kurang berminat sangat untuk tatap TV tu lama-lama...Ha ha ha... Tulah dah kata, Ash ni kata hiperaktif pun tidak, hiperaktif pun ya... tengah-tengahlah kategori Ash ni... Pilih satu atau dua rancangan yang sesuai untuk mereka tonton. Kanak-kanak hiperaktif lebih mudah belajar dengan melakukan aktiviti bukan dengan duduk menonton. Jadi, sediakan banyak aktiviti yang memerlukan pergerakkan mereka. Sebab tu Farah rajin jer buat macam-macam aktiviti dengan Ash. Hik hik hik...

8. Adalah penting untuk menyedari bahawa kanak-kanak hiperaktif tidak selalu mempunyai kawalan seperti kanak-kanak lain. Jangan menyalahkan mereka atas apa yang tidak mampu mereka kawal. Sesetengah guru gemar mengatakan bahawa jika kanak-kanak boleh berkelakuan baik sekali, mereka akan boleh berbuat demikian di lain kali tetapi ini tidak tepat untuk kanak-kanak hiperaktif. Banyak faktor yang boleh mempengaruhi keupayaan kanak-kanak hiperaktif untuk mempamerkan kawalan diri. Kita perlu peka terhadap faktor-faktor luaran yang boleh membuatkan kawalan diri menjadi lebih sukar, seperti ketegangan antara ibu dan bapa, kematian haiwan kesayangan, tidak cukup tidur dan sebagainya. Kanak-kanak yang tidak sihat sering buat perangai dan ini tidak terkecuali pada kanak-kanak hiperaktif juga.

Orang kata, kalau tak nak anak jadi hiperaktif jangan bagi pakai baju berwarna oren dan jangan bagi makan coklat. Ha ha ha... Adalah mitos, kebetulan ataupun benar? Wallahualam... Tapi memang ramai di antara kawan-kawan yang pesan macam tu...Dan ada kawan Farah tu akui bila anak dia pakai baju berwarna oren, aktifnya memang semacam.

Ash? Ha ha ha...sama jer... baju oren ke tak oren ke...makan coklat ke tak coklat ke...memang macam tu telatah dan kerenah dia setiap hari... Dia aktif, tapi bukan di bawah kategori hiperaktif. Oklah tu kan...Tetapi... di dalam menangani anak-anak yang hiperaktif, kita memerlukan kesabaran yang tinggi. Jangan sesekali memberikan label yang negatif seperti "buas" kepada mereka ok?

Jadi ibu bapa melatih diri kita sabar sebenarnya...Ha ha ha...cuba tengok sampai mana tahap kesabaran kita tu?

Post a Comment

10Comments

DISCLAIMER: All content provided on this "Bubblynotes.Com - Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger" blog is for informational purposes only. The owner of this blog makes no representations as to the accuracy or completeness of any information on this site or found by following any link on this site. The owner of Bubblynotes.Com -Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger will not be liable for any errors or omissions in this information nor for the availability of this information. The owner will not be liable for any losses, injuries, or damages from the display or use of this information. This terms and conditions is subject to change at anytime with or without notice.

  1. Kanak2 umur Ash ni Farah memang hyper sedikit. Banyak benda yg dia nak teroka. Nak2 lagi kalau ada geng dia, cam anak2 mia tu .. terhyper lah sangat :)

    ReplyDelete
  2. anak anak yang masih kecik memang aktif sebab dia baru nak meneroka semua bendaa

    ReplyDelete
  3. biasa la budak baru dapat kaki hihii jgn slow dah aktif xpa..

    ReplyDelete
  4. Kanak2 memang mcm tue . .aktif mencuba yg baru . .

    ReplyDelete
  5. kadang-kadang kalau dah geram sangat kena jugak hehheeee bila mak nyer mood ke laut

    ReplyDelete
  6. saya pun tak pasti anak saya hyperaktif atau tidak. tapi memang aktif.
    tetapi ada masanya dia berehat

    apappun tips yang baik. Melihat anak aktif sangat baik dan jagan berungut. Biar aktif dari sakit

    ReplyDelete
  7. terima kasih kak farrah singgah ke arzmoha

    ReplyDelete
  8. Budak budak umur macam Ash memang agak hyper dan lasak sebab baru nak explore katakan..memang penat dan kena sabar melayan..tapi itulah waktu yang seronok kan :)

    ReplyDelete
  9. hyperaktif satu penyakit dan dikategorikan sbg OKU... tapi aktif shja itu dikira sihat..

    ReplyDelete
Post a Comment

#buttons=(Accept !) #days=(20)

Bubblynotes.Com uses cookies to enhance your experience. Check Now
Accept !