Sebenarnya kannnn... nak taip entri ni pun serba salah tau tak? Bukan apa... rasa dan niat di hati nak bercerita, tapi bila fikir-fikirkan balik nanti ada pula yang kecam dan menyindir... eleh macam dia sorang ada Pandora... ala Pandora jer pun... ala Pandora menang "grand lucky draw event Hi-Tea Jovian Mandagie" jer ok? Setakat dapat "free" tak payah tunjuk sangat lah... Itu kata-kata orang yang berpandangan negatif. Tetapi, biarkan sahaja... "I is" tak kisah... Yang penting niat di hati sekadar nak mengomel. Bukan nak tunjuk Pandora tu pun.
Motif sebenar??? Tak adalah motif sangat punnn... cuma Farah terperasan satu perkara... Pandora-ku itu telah jatuh dan longgar sehingga ke paras sebegitu sekali... Nak kata diri dah susut lettew? Ahaksss... kasi peluanglah kita mimpi indah sebentar dan merasakan diri dah kurus semula seperti sebelumnya hamilkan Ash... La la la la... Gigih diet tau tak? Sasaran? Kilo yang nak diturunkan... Rahsialah, mana boleh bagi tau... berkilo-kilo tu nak turunkan tu... Walaupun suami tak "lodge report" atau keluarkan arahan suruh kurus kan? Kesedaran diri sendiri kaedahnya...
Alamak nak kena beli Pandora baru ke ni? Psssttt... alasan jer kot sebenarnya? Bha ha ha... Tak pun kena tambah "charm" lagi supaya ketat sedikit... Hurmmm...
Bukan apa risau sebenarnya kalau-kalaulah tercicir di mana-mana... Menangis ooo... Macam ler emas nak nangis bagai kan? #ehh tapi untuk aksesori wanita selain emas... ini dikira mahal juga kan? Hew hew hew...
Kurus tak kurus... kita tengoklah nanti sama-sama... Muahahaha... Kurus memang ohsemm ler, kalau tak kurus, redha dan bersyukur seadanya... Kalau dapat kurus macam sebelum hamil pun kira ok juga... Bha ha ha... Tak kisahlah... kurus ke, berisi ke, janji gembira dan bahagia dengan keluarga kan?
memang ke bawah sangat dah tu pandoranyaa. hehehe
ReplyDeleteMEMG LABUH .. PANDORA XLEH POTONG KE KAK ? HEHE .. (DARAT SIKIT)
ReplyDeleteDah kuruslah tu Farah ... ;)
ReplyDeletekena tambah charm kot kak farah,. :)
ReplyDeleteKna tmbh lgi aksesorinya tu hihi
ReplyDeletebetul farah..bukan soal mahal atau murah kan, tapi kalau dah namanya wanita, mesti jadi kesayangan kan.
ReplyDeleteTakpe...ur hubby pandai menilai...tentu ada sesuatu yang istimewa for u dik...
ReplyDeletewah... dh kurus. misi berjaya ya..
ReplyDeletepsst... lawa header baru... :)