Memang tak akan "publish" komen ini, memang tak akan sampaikan atau sebarkan sebarang nama pengomen dan juga nombor telefon. Maaf... Banyak lagi caranya untuk mencari rezeki... bukannya dengan cara berjudi... Saya percaya, Allah SWT ada bahagian rezekinya yang diagihkan untuk setiap hambaNya mengikut kehendakNya.
Sepanjang ber-blog... Inilah pertama kali Bubblynotes.Com menerima komen bagi satu-satu entri yang sebegini rupa. Mohon faham dan mohon jangan ulangi lagi sesiapa pun, kerana tindakan anda meninggalkan komen berbaur mengajak orang lain ke arah lembah perjudian tidak akan saya paparkan sebaliknya terus ditandakan sebagai "spam". ^_^... Iya anda mungkin mempunyai niat "ikhlas" untuk membantu mereka yang memerlukan... tetapi ini bukan caranya dan berjudi untuk mendapatkan duit serta menggunakan khidmat ramalan ataupun seperti yang kita ketahui ngangkung adalah haram kan?
Bermain nombor ekor adalah salah satu bentuk perjudian yang hukumnya HARAM. Berdosa bagi orang yang terbabit dengannya. Jika menang duit itu tetap haram walaupun ia ditukar dengan duit simpanan bangsa lain yang berlainan agama. Keadaan ini tidak mengubah hukum haram menjadi halal.
Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud: "Setiap daging yang tumbuh daripada makanan yang haram itu maka api neraka adalah lebih utama untuknya." (Hadis riwayat al-Tirmizi).
Sumber: SINI
Maaf saya tidak berminat... Dan saya tidak akan paparkan komen lengkap anda di entri saya untuk tatapan orang lain dan juga kegunaan orang lain. Biar terdesak bagaimana sekalipun kehidupan kita, susah bagaimanapun kehidupan kita, yakinlah sebagai Muslim, Allah SWT ada peruntukkan rezekiNya untuk kita mengikut kehendak serta keizinanNya... serta bahagian rezeki kita sebagai hamba Allah SWT tetap masih ada... berusaha dan carilah rezeki yang diberkati Allah SWT... In Shaa Allah... Amin...

Tak tahu hukum jalan mrk ni waheeda, Kalau akak terus delete je komen yg macam ni..
ReplyDeleteMacam2 ragam je skrg kan..
ReplyDeletetgk gaya tulisan macam org Indonesia..Sesuka hati nak spam blog org kan,.tak payah publish..nak mengajak orang ke arah kemungkaran baik tak payah kan..huh.. *Emo!
ReplyDeletebetul tu kak farah. setiap orang allah dah tentukan rezeki masing masing ^^
ReplyDeleteMemang tak faham mengapa ada orang menganggap menang nombor ekor itu sebagai rezeki dari Allah sedangkan ia adalah salah satu tiket ke neraka. Maaf cakap...kadang-kadang dikalangan orang yang tau tentang agama tetapi tewas dengan nombor ekor. Memang sesungguhnya syaitan iu akan mencari-cari kelemahan kita. Sedih sangat-sangat bila terjadi begini.
ReplyDeleteSemoga kita semua sentiasa diberi hidayah olehNya dan sentiasa terpelihara dari melakukan perkara-perkara yang menyimpang dari ajaran agama Islam.
macam bukan dari malaysia je ni farah.. huhu..dah laa berjudi, menang judi boleh pulak Alhamdulillah.. Allah.. sedih nye org mcm ni
ReplyDeleterezeki yang tidak halal tidak berkat dan bertahan lama. pulak tu berdosa.
ReplyDeleteYa Allah.. Boleh pula sebut Alhamdulillah tu... Apa lagi ba nga nga sangat..
ReplyDeletewhen i read togel in my mind terbayangkan tauge :p
ReplyDeletehanya alloh lah yang menentukan rezeki kuta ..
ReplyDeletemencari rezeki dengan berjudi itu sangatlah tidak di sukai dengan alloh SWT .. berjudi iru haram hukumnya ..
delete. apa punya org. haih
ReplyDelete