Maaf... Masih Banyak Lagi Caranya Untuk Mencari Rezeki...

Farah Waheda Wahid
11

Memang tak akan "publish" komen ini, memang tak akan sampaikan atau sebarkan sebarang nama pengomen dan juga nombor telefon. Maaf... Banyak lagi caranya untuk mencari rezeki... bukannya dengan cara berjudi... Saya percaya, Allah SWT ada bahagian rezekinya yang diagihkan untuk setiap hambaNya mengikut kehendakNya.

Sepanjang ber-blog... Inilah pertama kali Bubblynotes.Com menerima komen bagi satu-satu entri yang sebegini rupa. Mohon faham dan mohon jangan ulangi lagi sesiapa pun, kerana tindakan anda meninggalkan komen berbaur mengajak orang lain ke arah lembah perjudian tidak akan saya paparkan sebaliknya terus ditandakan sebagai "spam". ^_^... Iya anda mungkin mempunyai niat "ikhlas" untuk membantu mereka yang memerlukan... tetapi ini bukan caranya dan berjudi untuk mendapatkan duit serta menggunakan khidmat ramalan ataupun seperti yang kita ketahui ngangkung adalah haram kan?



Bermain nombor ekor adalah salah satu bentuk perjudian yang hukumnya HARAM. Berdosa bagi orang yang terbabit dengannya. Jika menang duit itu tetap haram walaupun ia ditukar dengan duit simpanan bangsa lain yang berlainan agama. Keadaan ini tidak mengubah hukum haram menjadi halal.

Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud: "Setiap daging yang tumbuh daripada makanan yang haram itu maka api neraka adalah lebih utama untuknya." (Hadis riwayat al-Tirmizi).

Sumber: SINI

Maaf saya tidak berminat... Dan saya tidak akan paparkan komen lengkap anda di entri saya untuk tatapan orang lain dan juga kegunaan orang lain. Biar terdesak bagaimana sekalipun kehidupan kita, susah bagaimanapun kehidupan kita, yakinlah sebagai Muslim, Allah SWT ada peruntukkan rezekiNya untuk kita mengikut kehendak serta keizinanNya... serta bahagian rezeki kita sebagai hamba Allah SWT tetap masih ada... berusaha dan carilah rezeki yang diberkati Allah SWT... In Shaa Allah... Amin... 

Post a Comment

11Comments

DISCLAIMER: All content provided on this "Bubblynotes.Com - Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger" blog is for informational purposes only. The owner of this blog makes no representations as to the accuracy or completeness of any information on this site or found by following any link on this site. The owner of Bubblynotes.Com -Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger will not be liable for any errors or omissions in this information nor for the availability of this information. The owner will not be liable for any losses, injuries, or damages from the display or use of this information. This terms and conditions is subject to change at anytime with or without notice.

  1. Tak tahu hukum jalan mrk ni waheeda, Kalau akak terus delete je komen yg macam ni..

    ReplyDelete
  2. tgk gaya tulisan macam org Indonesia..Sesuka hati nak spam blog org kan,.tak payah publish..nak mengajak orang ke arah kemungkaran baik tak payah kan..huh.. *Emo!

    ReplyDelete
  3. betul tu kak farah. setiap orang allah dah tentukan rezeki masing masing ^^

    ReplyDelete
  4. Memang tak faham mengapa ada orang menganggap menang nombor ekor itu sebagai rezeki dari Allah sedangkan ia adalah salah satu tiket ke neraka. Maaf cakap...kadang-kadang dikalangan orang yang tau tentang agama tetapi tewas dengan nombor ekor. Memang sesungguhnya syaitan iu akan mencari-cari kelemahan kita. Sedih sangat-sangat bila terjadi begini.

    Semoga kita semua sentiasa diberi hidayah olehNya dan sentiasa terpelihara dari melakukan perkara-perkara yang menyimpang dari ajaran agama Islam.

    ReplyDelete
  5. macam bukan dari malaysia je ni farah.. huhu..dah laa berjudi, menang judi boleh pulak Alhamdulillah.. Allah.. sedih nye org mcm ni

    ReplyDelete
  6. rezeki yang tidak halal tidak berkat dan bertahan lama. pulak tu berdosa.

    ReplyDelete
  7. Ya Allah.. Boleh pula sebut Alhamdulillah tu... Apa lagi ba nga nga sangat..

    ReplyDelete
  8. when i read togel in my mind terbayangkan tauge :p

    ReplyDelete
  9. hanya alloh lah yang menentukan rezeki kuta ..
    mencari rezeki dengan berjudi itu sangatlah tidak di sukai dengan alloh SWT .. berjudi iru haram hukumnya ..

    ReplyDelete
Post a Comment

#buttons=(Accept !) #days=(20)

Bubblynotes.Com uses cookies to enhance your experience. Check Now
Accept !