Home » , , , , , » Lesen Khas Umrah Dikuatkuasakan 2016...

Lesen Khas Umrah Dikuatkuasakan 2016...

Sumber dari Google
Selama ini, Farah dan "uolss" mungkin dah terbiasa mendengar cerita tentang kes-kes penipuan yang melibatkan mereka-mereka yang menyediakan pakej umrah. Memang banyak pun pakej umrah yang disediakan oleh syarikat-syarikat dan agensi-agensi pelancongan. Macam-macam jenis pakej ada. Tapi yang tak sedapnya, ada segelintir ataupun sebilangan dari mereka-mereka yang kononnya menyediakan khidmat atau servis pengurusan pakej umrah ni bagi umat Islam, MENIPU. Yang jadi mangsanya memang mengalami kerugian yang amatlah...Nak pergi umrah bukannya murah oiiii... Sasaran utama mereka, modus operandi mereka selalu lebih mudah bolos kepada golongan-golongan yang lurus, mudah percaya dan juga warga emas. Hurmmm... Yang baya-baya Farah ni pun ada juga yang tertipu. 

Akhirnya, pagi tadi terdengar di HotFM sewaktu dalam perjalanan ke pejabat, bahawasanya lesen khas umrah akan dikuatkuasakan pada tahun 2016. Lesen khas umrah? Apa tu? Petikan berita dari Berita Harian Online di SINI

KUALA LUMPUR: Pelaksanaan lesen khas umrah bagi mengekang kes penipuan pakej ibadah umat Islam  itu akan dikuatkuasakan bermula tahun depan. 

Melalui penguatkuasaan lesen khas di bawah lesen outbound (pengembaraan luar negara) dikeluarkan Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan itu, hanya syarikat mempunyai kontrak sah dengan muasasah (agensi pengendali umrah di Arab Saudi) serta syarikat milik orang Islam, boleh mengendalikan pakej umrah.
Perkara itu diputuskan pada mesyuarat pertama Majlis Kawal Selia Umrah yang dianggotai 12 agensi dan badan berkaitan, bulan lalu.
Sumber berkata, berikutan keputusan itu hanya syarikat dengan kewangan yang kukuh dan rekod baik dibenarkan mengendalikan umrah, sekali gus menangani kes penipuan umrah di negara ini.
Ketika ini, hanya 59 daripada 1,400 syarikat tempatan yang mengendalikan pakej umrah mempunyai kontrak dengan muasasah yang perlu diperbaharui setiap tahun.
"Inti pati mesyuarat sulung majlis itu ialah memberi masa sehingga 2016 sebelum menguatkuasakan lesen khas umrah itu.
"Ketetapan syarikat yang ada kontrak dengan muasasah sahaja boleh memohon lesen khas umrah itu bertujuan melindungi bakal jemaah dan mengekang kes penipuan umrah," kata sumber itu kepada BH.
Majlis Kawal Selia Umrah ditubuhkan September tahun lalu susulan pembongkaran BH mengenai kes penipuan umrah yang semakin kritikal sejak 5 Mei 2014 sehingga isu itu dibangkitkan di Dewan Rakyat.
Penubuhan majlis itu juga membabitkan pindaan Akta Industri Pelancongan 1992, dengan Jabatan Wakaf, Zakat dan Haji (JAWHAR) diberi kuasa penguatkuasaan bagi membantu Bahagian Pelesenan Pelancongan.
Majlis itu turut menetapkan harga minimum RM4,900 bagi pakej standard umrah 12 hari 10 malam sebagai rujukan orang ramai pada hujung tahun lalu.
Sumber berkata, penguatkuasaan lesen khas dilaksanakan tahun depan bagi memberi masa kepada syarikat tempatan memenuhi syarat ditetapkan, khususnya memiliki kontrak dengan muasasah.
"Namun syarikat-syarikat kecil yang tidak mempunyai kontrak muasasah itu masih boleh menyediakan pakej umrah dengan menjadi agen kepada syarikat yang mempunyai lesen khas itu," katanya.
Antara syarat untuk mengikat kontrak dengan muasasah ialah agensi pelancongan terbabit perlulah berdaftar dengan Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan, mempunyai lesen outbound, perlu mendapat jaminan bank antara RM100,000 hingga RM200,000 dan mempunyai sijil akreditasi Persatuan Pengangkutan Udara Antarabangsa (IATA).
Baguslah kalau ada langkah-langkah yang dirancang dan dilaksanakan bagi mengekang kes-kes penipuan pakej umrah daripada terus-terusan berlaku kan? Moga-moga selepas ini, kalau boleh tidak mahu lagi kedengaran kes-kes umat Islam ditipu dengan pakej umrah dan sekiranya masih berlaku lagi, ada tindakan susulan yang sewajarnya bagi membanteras serta menghukum penipu-penipu yang berkaitan dari terus melakukan penipuan. 
Zaman sekarang ni, nilai duit semakin kecil walaupun banyak yang ada di dalam simpanan atau di tangan...Kos sara hidup pula tinggi... Jadinya manusia sanggup melakukan apa sahaja untuk duit... Salah satunya dengan cara macam nilah...Menipu... Tapi tak baiklah menipu begini kan? 


Dapatkan Artikel Terbaru Dari www.bubblynotes.com Melalui E-mel Anda

Author : Farah Waheda Wahid Terimakasih telah berkunjung

Artikel Lesen Khas Umrah Dikuatkuasakan 2016..., diterbitkan oleh Farah Waheda Wahid pada hari Friday, March 6, 2015.Enjoy Reading this!.About me: Farah Waheda Wahid Working Mommy Blogger of 1 (a boy). I blog about everything that moms love...mommyhood, beauty, fashion, health, food, tech and travel. Being a mom of 1 young kids, I like to find a balance between blogging about family related topics and things that are just for mom :) My blogs primary objective is to share my experiences with my readers, so it might help them with anything similar they may be experiencing, or to introduce them to new ideas. I blog from Selangor, Malaysia and have a preschooler toddler.

9 comments:

  1. Alhamdulillah. At least kes penipuan x akan berleluasa lagi insyaAllah..kesian pd jemaah umrah yg pernah kena tipu.

    ReplyDelete
  2. bagus lah bila lesen umrah akan dikuatkuasakan. baru tahuu pasal ni :D

    ReplyDelete
  3. assalamualaikum
    singgah pagi
    kunjungan jumaat

    ReplyDelete
  4. Bagus sangat ade lesen sebab nanti takdelah kes penipuan lagi..dalam hal macam ni pun ade yang sanggup menipu kan.

    ReplyDelete
  5. Bagus di perketatkan mcm ni, kami pernah buat umrah tu pun kena rujuk betul ke ni agent yg sah...takut kan farah sekarang byk betul penipuan walhal ni ibadah dengan Tuhan ni buat2 main cm ni kan...harap2 kita semua terlindung dari perkara mcm ni

    ReplyDelete
  6. hal buat ibadah pun ramai yg amik kesempatan kn...

    ReplyDelete
  7. dah bnyk kes baru nak buat mcm nie..hmmm..

    ReplyDelete
  8. bagus ada implementation macam ni..memang nilai duit makin mengecil. 100ribu sekarang xsama dengan 100ribu dulu. sebab tu duit kita xboleh simpan diam2 dalam bank.kena invest kat tempat yg boleh mendatangkan hasil=))

    ReplyDelete
  9. Sebab banyak penyelewengan kan. Menipu sana sini. Bagus juga ada lesen khas ni. Tapi kena tengok dulu pelaksanaannya macam mana

    ReplyDelete

DISCLAIMER: All content provided on this "Bubblynotes.Com - Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger" blog is for informational purposes only. The owner of this blog makes no representations as to the accuracy or completeness of any information on this site or found by following any link on this site. The owner of Bubblynotes.Com -Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger will not be liable for any errors or omissions in this information nor for the availability of this information. The owner will not be liable for any losses, injuries, or damages from the display or use of this information. This terms and conditions is subject to change at anytime with or without notice.

Shoplinks Asia