Kembali Kurang Sihat...


Hati ini sebenarnya asyik teringatkan si senyum simpul di dalam gambar di atas ni sahaja dari pagi tadi... Ash kembali kurang sihat pagi tadi. Tidaklah teruk tahap kesihatan ataupun demam yang dialami, cumanya badannya apa orang selalu kata tu dedar...Ha... Dalam bahasa mudahnya yang Farah selalu sebut adalah "slight fever"... Suhu tidaklah tinggi, tetapi hati ini tetap risau mengenangkan. 

Kenapa? Semuanya gara-gara dari insiden Febrile Fits / Febrile Seizure / Fever Fits / Sawan Demam yang Ash alami selama 2 minit baru-baru ini yang menyebabkan kami anak beranak semuanya berkampung di KPJ Specialist Hospital, Shah Alam selama lebih kurang 4 hari 3 malam. Selama itulah jugalah dari malam kejadian sehingga ke saat ini, Farah tak tidur sangat pun bila malam. Tidak lena jadinya tidur... Sekejap sekejap jaga, sekejap sekejap bangun... sekejap sekejap tengok dan pantau keadaannya walaupun setelah dia sihat seperti sediakala. 

Akan tetapi bermula dari 2 pagi tadi, dia seolah-olah gelisah dari pembaringan tidur dia... Seperti itu tak kena ini tak kena, Farah semak suhu badan Ash dengan termometer. Ternyata naik sedikit. Dari normal kepada 37 darjah celcius. Hurmm... Terus pergi ke dapur, buka peti ais dan ambil ubat demam iaitu Paracetamol yang dibekalkan oleh pihak KPJ tempoh hari. Pam dan terus beri Ash "consume"... Dari pukul 2 pagi itulah Farah tidak tidur sehinggalah ke saat ini. Tidur atau tidak itu tidak penting pada Farah, tetapi Farah risau dengan keadaan suhu badan dia. Walaupun naik sedikit kan? Walaupun cuma dedar... 

Untuk seorang ibu yang pernah mengalami pengalaman anak terkena "Febrile Fits" sudah semestinya tidak mahu kejadian itu berulang. Doktor yang merawat Ash sendiri berkata perkara itu boleh berulang kembali, kerana "Febrile Fits" akan menyerang kanak-kanak yang berusia dari lahir sehingga mereka berusia 6 tahun. Dan sekiranya terdapat rekod kesihatan ianya pernah menyerang sekali di dalam hidup kanak-kanak tersebut, risiko untuk ianya berulang itu tetap ada. Apa yang boleh dilakukan adalah dengan mengawal suhu badan dia setiap kali dia demam. 

Itu yang Farah lakukan sekarang. Dari peringkat permulaan, badan dedar-dedar inilah Farah kawal suhu badan Ash dan kalau boleh nak terus hilang jer dedar tu. Hurmm... Beri Paracetamol dulu mengikut dos yang telah ditetapkan. Dan kemudiannya pantau suhu badan. Setelah 5 jam kemudiannya berikan dos yang kedua. Pantau lagi suhu badan. Sekiranya surut dan kembali seperti keadaan biasa, Alhamdulillah. Sekiranya tidak, tetapi sebaliknya semakin meningkat suhu...agak-agak macam meningkat...Farah tahu yang Farah perlu masukkan ubat "suppository"... Ubat yang masukkan ke dalam montot tu lah "uolss"... dengan kadar segera...ubat itu berupaya untuk menurunkan suhu dengan serta merta di dalam tempoh 30 minit. Memang terbukti pun semasa kejadian tempoh hari di wad kecemasan KPJ Specialist Hospital, Shah Alam. Itu perancangan Farah. 

Perghhh... bila anak dah pernah mengalami "fits" buat kali yang pertama hari itu... rasa hati dah tentu-tentu susah hati ok nak pergi ke pejabat. Berat sahaja hati ni nak melangkah keluar dari pintu. Berat hati nak tinggal dia di rumah dengan Nek Ma. Tetapi, Farah tawakal dan berdoa sahaja pada Allah SWT semoga Ash sentiasa dilindungi dan dirahmati. Supaya tidak terjadi lagi. 

Sebelum pergi ke pejabat, Farah tulis di atas kertas... 

7.00 pagi : 3 ml Paracetamol / Ubat Demam untuk Ash
12.00 tengah hari: 3 ml Paracetamol / Ubat Demam untuk Ash

Selepas pemberian ubat yang ketiga, sekiranya suhu masih sama atau tidak turun dan seolah-olah terlalu panas, masukkan ubat Voltaren Suppository pada punggung Ash

Mandikan dengan kerap, pagi sekali, tengah hari sekali, petang sekali

Bukan tak percayakan Nek Ma Ash... haipp jangan salah anggap yer... kita kena faham, Nek Ma Ash pun kurang sihatnya tu... balik-balik dari hospital, Nek Ma pula yang kurang sihat...demam selama 2 hari, dah pulih, tetapi dilengkapi dengan batuk dan selesema... Mummy tak mampu untuk sambung cuti lagi... Sebab dah 4 hari dari Isnin hingga Khamis minggu lepas dah ambil cuti kecemasan. Mummy perlu kerja...Faham kan? Masing-masing faham kan? Dengan keadaan Ash yang baru baik dari demam tu, takkan tak pernah hantar dia ke nurseri atau rumah pengasuh, tiba-tiba secara mengejut nak hantar pula? Memang dia duduk dengan Nek Ma dia pun setiap hari. Lagipun, Nek Ma Ash sendiri kata, tak apa dia masih boleh dan mampu. Hurmm...Tetapi Farah dah pesan, kalau apa-apa hal sekali pun tolong telefon dengan secepat mungkin. Farah akan segera balik ke rumah. 

Sejak balik dari hospital, kesihatan Ash, Alhamdulillah... Syukran Allah, cumanya pagi tadi jerlah badan dah mula dedar kembali...Bermula jam 2 pagi... Apa-apa pun langkah pengawalan telah dilakukan. Farah tetap bekerja tetapi setiap 1 jam sekali Farah akan telefon dan bertanyakan tentang perkembangan Ash kepada Nek Ma. 

Alhamdulillah, pukul 11.00 pagi tadi semasa Farah telefon, suhu badan telah mula kembali normal. Tiada lagi demam. Alhamdulillah. Bagi kanak-kanak yang ada sejarah "fits", pengawalan suhu badan adalah yang penting... kena pastikan suhu badan mereka tidak menjadi tinggi dan sentiasa berhati-hati ketika mereka tidak sihat ataupun demam. Apa yang boleh dielakkan kita elakkan yer tak? Memang Farah "extra care" dan "extra careful" terhadap Ash semenjak dari kejadian itu. Moga-moga tidaklah lagi berulang. Sekurang-kurangnya sehingga usia dia 6 tahun. Selepas 6 tahun, risiko "fits" itu akan hilang. Begitulah mengikut teori perubatan moden sekarang. 

Walaupun, Nek Ma melaporkan Ash dah kembali normal dan Farah sendiri dah berborak di telefon dengan Ash setiap 1 jam sekali kecuali pada waktu dia tidur... Tetapi... di dalam hati ni... Allah SWT jer yang tau oiiii...Kalau boleh sekarang juga nak memecut balik... Mana ada ibu yang tenang perasaannya buat sesuatu perkara kalau anak ditimpa sesuatu dan anak tak sihat? Tak ada mana-mana ibu pun yang akan tenang...Mungkinlah di luarannya nampak tenang... tetapi di dalamnya tidak yer... 

Moga-moga dah sihat kembali ni, sihat seterusnya lah yer Ash...In Shaa Allah... Amin..Sebabnya bila manja musyuk Mummy ni demam, Mummy memang akan automatik risau yang teramat jadinya disebabkan kejadian yang baru saja berlalu... 

Dapatkan Artikel Terbaru Dari www.bubblynotes.com Melalui E-mel Anda

Author : Farah Waheda Wahid Terimakasih telah berkunjung

Artikel Kembali Kurang Sihat... , diterbitkan oleh Farah Waheda Wahid pada hari Friday, March 6, 2015.Enjoy Reading this!.About me: Farah Waheda Wahid Working Mommy Blogger of 1 (a boy). I blog about everything that moms love...mommyhood, beauty, fashion, health, food, tech and travel. Being a mom of 1 young kids, I like to find a balance between blogging about family related topics and things that are just for mom :) My blogs primary objective is to share my experiences with my readers, so it might help them with anything similar they may be experiencing, or to introduce them to new ideas. I blog from Selangor, Malaysia and have a preschooler toddler.

7 comments:

  1. Risaunyaaa ! Get well soon Ash. Tamo demam demam dah. Sianlah mummy dia.

    ReplyDelete
  2. Zumal doakan moga Ash sihat seperti sediakala...

    ReplyDelete
  3. anak jiran sblh umah sy pulak hidung dia berdarah.doc ckp sbb panas@cuaca panas so kene lak g spital...apa pun semoga semuanya baik2 saje yerrr

    ReplyDelete
  4. Moga Ash dah sembuh sekarang ni....
    Ohh dia kena sawan ke Farah...memanglah risau....Tak pe, doakan yg baik baik untuk Ash yer... Nasib Nek Ma yg jaga kalau pengasuh lagi risaukan....

    ReplyDelete
  5. keep prayin' for ash.. fae bru tau psl sawan demam ne..

    ReplyDelete
  6. sekarang ni ramai yg demam. Get well soon ye..

    ReplyDelete

DISCLAIMER: All content provided on this "Bubblynotes.Com - Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger" blog is for informational purposes only. The owner of this blog makes no representations as to the accuracy or completeness of any information on this site or found by following any link on this site. The owner of Bubblynotes.Com -Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger will not be liable for any errors or omissions in this information nor for the availability of this information. The owner will not be liable for any losses, injuries, or damages from the display or use of this information. This terms and conditions is subject to change at anytime with or without notice.

Shoplinks Asia