Home » , , , , , , , , , , » Kaedah Selamat Rawatan Kontur Tubuh "Body Shape RF" di MyClinic Beauty & Medi Spa...

Kaedah Selamat Rawatan Kontur Tubuh "Body Shape RF" di MyClinic Beauty & Medi Spa...

Sumber dari Google 
Ohooo, "I is" kongsi gambar di atas bukannya nak melucah yer semua? Tetapi ini adalah lebih kepada kena mengena dengan pengisian entri Farah pada kali ini. Perkongsian yang sememangnya Farah hendak war-warkan pada semua. Ihiksss... nak cantik mestilah kongsi dengan semua orang, supaya semua orang pun boleh turut cantik yer tak? Takkanlah nak cantik sorang-sorang jer... Suka kalau semua orang pun turut serta cantik. 

Jujurlah yer? Walaupun semasa hamilkan Ash perut Farah tidaklah sebesar mana pun. Iyalah, anak pertama orang kata, orang katalah... biasanya perut tidak besar, bila masuk anak kedua, bila hamil perut baru nampak besar. #ehhh anak kedua? Ho ho ho, ada cerita tentang anak kedua nak dikongsikan, tetapi bukan sekarang... tunggu entri yang nanti-nanti, In Shaa Allah, kalau teringat dan kalau sempat. Ok sambung cerita, walaupun perut tidak sebesar mana, tetapi untuk betul-betul "slim" seperti sebelum hamil ataupun sebelum-sebelum itu, memang payah ooo bagi Farah. Lebih-lebih lagi, bila bersalin secara pembedahan. Ramai orang kata, kalau bersalin secara "caesarean" ini, perut lambat turun. Sama ada "myth" atau kebenaran, Farah tergolong di dalam golongan yang susah nak turun perut itu. 

Al-maklumlah, nak pakai bengkung masa awal-awal memang taklah kan??? Mung gila? Perut baru belah, luka tak kering lagi nak pakai bengkung? Bengkun moden kan ada? Pakai ajerlah bengkung moden kan?  Wakakakaka... keberanian tiada di situ...  dan selepas pada itu, dah masuk bulan ketiga, dah habis pantang baru pakai. Hu hu hu... cumanya yang tak sedapnya rasa macam kulit di perut tu tak "tight"... bila berbengkung perghhh ohsemm... nampak "flat" jer perut tu... ihikss perasan... bila buka bengkung macam rasa tak tegang sangat pula kulit tu. Bha ha ha, tapi tak adalah menggeleber ke apa ke... Tapi macam tak cun pulak... Bha ha ha... perasaan diri sendiri nih... Logiknya sebab kulit tu dah menegang secara maksima sewaktu Ash menghuni di dalam itu selama 38 minggu dahulu. ^_*... Suami pun tak adalah "lodge report" kata perut "I is" menggeleber cuma perut tu buncit!!! Mencik tau... 

Risau ooo, mana tak risau. Sayangkan tubuh badanlah kaedahnya kan? Oleh yang demikian, atas pelawaan eksklusif dari Dr.Hoe, dari MyClinic Beauty & Medi Spa... Farah bersetuju untuk menjalani rawatan kontur tubuh dengan kaedah yang selamat yang diberi nama "Body Shape RF" selama beberapa sesi di  MyClinic Beauty & Medi Spa... Terima kasih Dr.Hoe... ^_^


Ini namanya mesin ajaib ok? Mesin ajaib... Ahakss... Mesin "Body Shape RF" inilah yang telah menemani Farah selama 2 sesi rawatan yang lepas dan bakal menemani Farah pada sesi-sesi rawatan yang akan datang. Yang buncit dapat dikempiskan, yang kendur dapat ditegangkan. Tanpa sebarang suntikan, balut membalut tubuh badan, ataupun pembedahan. Serius tak tipu punya. Setakat 2 kali sesi rawatan, Farah telahpun kehilangan beberapa sentimeter di kawasan-kawasan lemak degil itu. Tiba-tiba jadi teruja nak menjalani sesi rawatan yang seterusnya. Elehhh, kalau "uolss" pun akan rasa yang sama kan? Jangan tipu... jangan tipu...

Apa itu "Body Shape RF" ini???

"Body Shape RF" adalah merupakan satu inovatif teknologi yang digunakan untuk pelbagai rawatan pemulihan badan yang membantu pesakit untuk mendapatkan semula bentuk badan yang lebih muda. Ia adalah merupakan keupayaan yang unik untuk menjana haba berlebihan di dalam lapisan kulit kita yang lebih dalam ("subcutaneous") sementara permukaan kulit kekal sederhana sejuk dan dilindungi dengan baik.

Ianya adalah satu teknik tanpa kesan sistemik dan tidak mengakibatkan sebarang kesan sampingan kepada tubuh badan.

Teknologi ini adalah direkabentuk khas bagi mencapai:

  • "Body Contouring"
  • "Skin Tightening"
  • "Facial Skin Lifting"
  • "Cellulite Improvement"
Proses Fisiologikal "Body Shape RF"


"Body Shape RF" mempunyai beberapa ciri khas yang menjadikannya sangat-sangat inovatif. Di antaranya adalah:

Teknologi BRF
Untuk sasaran tepat pada tisu-tisu di dalam badan mengikut kepada keperluan rawatan.

"Quadro-Polar RF"
Bagi kawasan rawatan yang besar, ianya dapat menumpukan atau fokus secara tepat pada sasaran lapisan dengan lebih mendalam.

"Bi-Polar RF"
Untuk kawasan rawatan yang kecil dan halus seperti wajah.

Sensor Suhu
Pemantauan secara berterusan ke atas suhu kulit kita.  

Kenapa Anda Perlu Memilih "Body Shape RF"?

Keselamatan
Anda tidak perlu risau pemanasan yang berlebihan ataupun kulit terbakar atau apa-apa sahaja kecederaan yang mungkin berlegar di kepala anda, kerana dengan adanya sensor suhu, ianya dijamin selamat. 

Tidak Menyakitkan
Melalui pengalaman Farah sendiri, sesungguhnya ianya bukanlah satu proses rawatan yang menyakitkan. 

Efisien
Rawatan yang sangat efisien kerana ianya menyasarkan kepada sasaran rawatan secara tepat dan bilakah perlu untuk beralih ke kawasan rawatan yang lain.

Efektif
Ianya sangat efektif dan hasilnya sememangnya boleh dilihat sejurus selepas rawatan.


Sehingga kini seperti yang telah dinyatakan di atas terlebih dahulu, Farah telahpun menjalani sesi rawatan sebanyak 2 kali... Dan gambar ini telah dirakamkan ketika selesainya sesi rawatan yang kedua. Hasilnya? Sememangnya Farah juga telah nyatakan terlebih dahulu di atas, Farah telah kehilangan beberapa sentimeter sejurus sesudah rawatan. Bukan sekadar pada pita ukuran yang Farah rasakan...tetapi juga apabila mengenakan pakaian... terasa longgar di sesetengah bahagian tubuh badan. Kalau ditanya tentang perasaan, memang agak teruja untuk meneruskan sesi-sesi rawatan yang seterusnya. Terima kasih sekali lagi kepada Dr. Hoe, kerana sudi memberikan ruang dan peluang ini bagi penulis maya Bubblynotes.Com dan sudah semestinya Farah akan berkongsi dengan anda semua tentang hasil rawatan ini.

Jika ditanya pendapat Farah secara peribadi, disebabkan tiada kesan sampingan dan hasilnya sangat memuaskan...nasihat serta konsultansi daripada doktor yang bertauliah... sememangnya jika ada yang berhajat atau berniat untuk mengurangkan mana-mana sentimeter yang ada di tubuh dan menegangkan kembali kulit yang kendur mendur... Sangat berbaloi-baloi untuk mendapatkan rawatan "Body Shape RF" ini dari MyClinic Beauty & Medi Spa yer... Ianya bukan sesi rawatan semberono yang membahaya diri sendiri serta memberikan kesan sampingan yang memudaratkan... Ianya adalah daripada pakar terlatih yang sememang diakui oleh ramai selebriti dan juga ahli-ahli politik juga... ^_^... Ramai ok? Selebriti Malaysia yang mendapatkan khidmat dari MyClinic Beauty & Medi Spa... Lagilah bila jadi figura umum ni nak kena jaga segala-galanya kan?

Selain itu, ada satu lagi rawatan yang Farah sedang lakukan di MyClinic Beauty & Medi Spa... Yang itu nanti Farah akan kongsikan di dalam entri yang lain pula yer??? Tungguuuu tau kalau berminat nak tahu... Hik hik hik...

Bagi yang sudah mula tertarik, menarik dan ingin merisik-risik bolehlah rujuk entri Farah yang terdahulu tentang MyClinic Beauty & Medi Spa di Jom Cantik & Sihat Di MyClinic Beauty & Medi Spa...

Dan untuk maklumat yang lebih lanjut dan terperinci...


Laman Web Rasmi:
Laman Facebook Rasmi:
Untuk Pertanyaan:
mymedispaclinic@gmail.com
atau
Talian Telefon:
03 - 7710 9889

Dapatkan Artikel terbaru dari Situs ini melalui e-mail Anda.

Author : Farah Waheda Wahid Terimakasih telah berkunjung

Artikel Kaedah Selamat Rawatan Kontur Tubuh "Body Shape RF" di MyClinic Beauty & Medi Spa..., diterbitkan oleh Farah Waheda Wahid pada hari Monday, March 16, 2015.Enjoy Reading this!.About me: Farah Waheda Wahid Working Mommy Blogger of 1 (a boy). I blog about everything that moms love...mommyhood, beauty, fashion, health, food, tech and travel. Being a mom of 1 young kids, I like to find a balance between blogging about family related topics and things that are just for mom :) My blogs primary objective is to share my experiences with my readers, so it might help them with anything similar they may be experiencing, or to introduce them to new ideas. I blog from Selangor, Malaysia and have a preschooler toddler.

9 comments:

  1. bla bc entry ni trs tingat kak kak ipar. tp dia pergi pusat slimming..tu pun lps ank da bsr. dia kena bebel dgn staf kat situ sbb x jg sgt body lps bersalin ;-)

    ReplyDelete
  2. bestnya.tapi takut nak dengar harga dia. >-<

    ReplyDelete
  3. Wahh... kena take note nih, tq kak share.. :D

    ReplyDelete
  4. Wah dah makin kurus laaa sikit kan kan kan ..Ok la tu ..Kalau sesuai teruskan jer ..Terbaikk la rawatan ni ...

    ReplyDelete
  5. wahh . macam nak pegi je. ehh. :D

    ReplyDelete
  6. susahnya nak slim...tp nak gemuk mudah.huh! bila la nak buley kurus nia.... kalau dapat turun 7kg pun dah okep..huhu

    ReplyDelete

DISCLAIMER: All content provided on this "Bubblynotes.Com - Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger" blog is for informational purposes only. The owner of this blog makes no representations as to the accuracy or completeness of any information on this site or found by following any link on this site. The owner of Bubblynotes.Com -Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger will not be liable for any errors or omissions in this information nor for the availability of this information. The owner will not be liable for any losses, injuries, or damages from the display or use of this information. This terms and conditions is subject to change at anytime with or without notice.

Shoplinks Asia

iWON.MY