Jom Cantik & Sihat Di MyClinic Beauty & Medi Spa!!!

Farah Waheda Wahid
14

Hah??? Pergi klinik??? Farah sakit ke apa ni??? ^_^ Tak sakit punnn... tetapi di sinilah lokasi Farah berada pada hari Sabtu yang lepas baru-baru ini untuk misi cantik dan sihat di MyClinic Beauty & Medi Spa yang terletak di Damansara Utama, Petaling Jaya. Farah ke MyClinic adalah berdasarkan jemputan serta undangan dari Dr. Hoe sendiri secara peribadi yang merupakan "Consultant Skin, Aesthetic & Anti-Aging Physician". Dr. Hoe mempunyai kelulusan dari MBBS (India), Dip. Dermatology (Wales, UK), Dip. Aesthetic Medicine (US) dan juga merupakan ahli kepada American Academy of Aesthetic Medicine (AAAM). Terima kasih Dr.Hoe kerana sudi menjemput saya untuk bertandang ke MyClinic. 

Lihat daripada gambar pun serasanya "uolss" sudah boleh mengecam serta mengetahui apakah jenis-jenis perkhidmatan yang disediakan oleh MyClinic Beauty & Medi Spa ini kan? Kecantikan, kecantikan, kecantikan. Siapa yang tidak mahu cantik kan? Cantik luar dan cantik dalam... MyClinic Beauty & Medi Spa adalah penyedia perkhidmatan "life enhancing treatments" yang membantu kita untuk merasai serta kelihatan yang terbaik untuk diri kita. Doktor, pakar kecantikan dan "therapist" di MyClinic adalah sememangnya pakar di dalam bidang masing-masing serta mempunyai kelulusan yang khas di dalam bidang masing-masing. Makanya, kalau nak cantik dengan cara yang sihat, tidak perlu ragu-ragu untuk mendapatkan rawatan daripada MyClinic Beauty & Medi Spa.

Haaaa... sebelum bercerita dengan lebih lanjut mengenai MyClinic Beauty & Medi Spa ini, jom jom, Farah tunjukkan dulu gambar Dr.Hoe yang bertanggungjawab menjadi konsultan Farah di MyClinic Beauty & Medi Spa untuk tempoh selama beberapa minggu akan datang ni. 

Sumber dari SINI

Gambar pertama adalah daripada laman web rasmi MyClinic Beauty & Medi Spa dan gambar kedua adalah gambar Farah bersama-sama dengan Dr.Hoe selepas sesi konsultansi kami pada hari Sabtu yang lepas. 

Apakah Jenis-Jenis Perkhidmatan Yang Ditawarkan Oleh MyClinic Beauty & Medi Spa? 
Inilah yang nak kongsi dengan "uolss" ni... sebenarnya nak kongsi dari hari Isnin lagi, tetapi tak sempat-sempat pula tu... Sibuk dengan urusan kerja di pejabat kaedahnya... Tapi tak apa, sekarang ni di kesempatan ini Farah kongsikan dengan semua yer? Manalah tau kalau-kalau ada yang mencari-cari untuk sesuatu perkhidmatan tetapi tidak ketemu. ^_^... 

Di antara perkhidmatan yang ditawarkan oleh MyClinic Beauty & Medi Spa di bawah beberapa pecahan adalah:

Sila klik di setiap jenis penyakit untuk maklumat lanjut yer... ^_^... 

"Skin Consultation & Treatment" - sesiapa yang ada masalah kulit tu memang amat-amat disarankan yer?
"Aesthetic Services" - ini mesti ramai yang suka kan? kan? kan?
"MediSpa Services"
Wah gitchewwwss...macam-macam kan jenis perkhidmatan yang ada... tak kira lelaki atau wanita semuanya boleh saja mendapatkan rawatan di sini. Dr.Hoe akan memberikan konsultansi kepada pesakit atau pelanggan. Manakala, "therapist" dan pakar kecantikan wanita akan melakukan sesi rawatan kepada pesakit atau pelanggan. Jadi yang Muslimah, tidak ada isu untuk mendapatkan rawatan yer? Kerana yang melakukan rawatan adalah wanita juga. ^_^... 

Eh lupa nak kongsi dengan "uolss" serba sedikit suasana di dalam MyClinic Beauty & Medi Spa ini... 

 Bilik rawatan yang selesa, luas, berpenghawa dingin dan sangat menenangkan dengan alunan muzik yang tenang...Memang betul-betul rasa relaks ketika berada di sini... 




Hiasan dalaman dan suasana dalaman di MyClinic Beauty & Medi Spa yang sememangnya cantik, kemas, tersusun, berpenghawa dingin, selesa dan menenangkan perasaan. Ini yang Farah rasakan sendiri. 

Farah jenisnya suka bercerita dan berkongsi "review" dari pengalaman sendiri yang merasakan sesuatu jenis produk atau perkhidmatan itu. Sebab bagi Farah, biarlah betul-betul nampak hasil dan keberkesanannya supaya pembaca-pembaca tidak merasakan tertipu. Iya tak? Farah percaya kebanyakkan dari blogger pun semua pun begitu... Kami akan mencuba sendiri, merasai sendiri, mengalami sendiri dan nampak sendiri kesannya...Kemudian berkongsi secara jujur dan juga ikhlas....

Begitu juga untuk "review" pakej perkhidmatan yang telah dipersetujui bersama-sama di antara pihak MyClinic Beauty & Medi Spa serta pihak Farah. Pihak MyClinic Beauty & Medi Spa dan Farah tidak mahu pembaca terpedaya dengan janji-janji kosong tetapi sebaliknya melihatkan sendiri hasilnya pada diri Farah dan percaya sendiri dengan apa yang mata "uolss" lihat...Muahahaha...Kalau nak buat temujanji jumpa Farah untuk pastikan sendiri pun boleh... 

Pertama kalinya ini, Farah kongsikan dahulu siapakah MyClinic Beauty & Medi Spa? ... Apakah yang mereka lakukan? Apakah kepakaran mereka? Bagaimana mereka dapat membantu "uolss" di dalam menyelesaikan masalah-masalah berkaitan dengan penampilan diri yang "uolss" alami? 

Dan beberapa minggu selepas dari ini, Farah akan kongsikan jurnal pengalaman Farah sendiri di MyClinic Beauty & Medi Spa untuk tatapan serta bacaan pembaca-pembaca... ^_^... Cerita betul tau...bukan tipu punya... Setakat ini, Farah telahpun melalui sesi rawatan yang pertama dan bakal mengikuti sesi rawatan susulan yang kedua dan seterusnya di minggu ini dan minggu-minggu akan datang... Apakah jenis rawatannya? Jeng jeng jeng...nanti Farah kongsikanlah ok? Tak boleh lah kongsi sekarang...Nanti tak "thrill" dan hilanglah keterujaan tu...Ahaksss... 

Sementara itu...untuk maklumat lanjut... bolehlah cuba-cuba klik pautan-pautan yang terdapat di bawah:

Laman Web Rasmi:

Laman Facebook Rasmi:

Untuk Pertanyaan:
mymedispaclinic@gmail.com

atau

Talian Telefon:
03 - 7710 9889

Di MyClinic Beauty & Medi Spa, apa yang Farah boleh tekankan adalah...ianya adalah proses kecantikan secara sihat bukannya proses kecantikan yang tidak sihat serta merisikokan nyawa serta diri anda! Anda boleh cantik tanpa mengganggu kesihatan diri anda di MyClinic Beauty & Medi Spa tanpa rasa ragu-ragu... Percayalah... ^_^ 

Cerita selanjutnya tentang apakah jenis rawatan yang Farah lakukan dan bagaimanakah "progress" kepada diri Farah... kenalah tunggu kan? Takkan nak cerita semua dalam satu entri...Dahlah memang jenis yang cerita panjang lebar dari azali nanti jadinya berganda-ganda lebar... Bha ha ha...Kenalah sabar-sabar satu persatu yer? Makanya, nantikan "the backstage of myself"... untuk perkongsian dengan "uolss" semua... 

Post a Comment

14Comments

DISCLAIMER: All content provided on this "Bubblynotes.Com - Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger" blog is for informational purposes only. The owner of this blog makes no representations as to the accuracy or completeness of any information on this site or found by following any link on this site. The owner of Bubblynotes.Com -Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger will not be liable for any errors or omissions in this information nor for the availability of this information. The owner will not be liable for any losses, injuries, or damages from the display or use of this information. This terms and conditions is subject to change at anytime with or without notice.

  1. nce info kak farah. boleh lah try pegi lepas ni :)

    ReplyDelete
  2. Nak ikut juga nie....urut badan eh..

    ReplyDelete
  3. bestnya dapat ke spa. manjakan badan.

    ReplyDelete
  4. Rasa bangga dengan mama ash dapat tawaran review berterusan dari Dr. Hoe...hensem plak doktor tu hahahhahahha...ish wanita mana x suka cantik kan dear...julia pun suka...good review dear...sungguh, bila kita rasai sendiri pengalaman baru tau cm ne nak terangkan kepada bakal pembaca yg bertukar kepada bakal customer kan...great session

    ReplyDelete
  5. waggggggggggg~ best nya farahhhh~

    ReplyDelete
  6. lamanya tak pegi facial. spa lagi laa... last pegi pun masa nak kawin dulu... haihhh

    ReplyDelete
  7. hensemnya doctor...#Ehhh!!!
    patutlah kulit akak cantik..
    terigin jugak, tapi mesti mahal kan..huhu

    ReplyDelete
  8. menarik.. best dapat manjakan diri gitu...

    ReplyDelete
  9. Good piece of information shared in the post.
    PDO thread lift for anti-aging is another revolutionary procedure which is known for its amazing effects in combating the effects of ageing.

    ReplyDelete
Post a Comment

#buttons=(Accept !) #days=(20)

Bubblynotes.Com uses cookies to enhance your experience. Check Now
Accept !